Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Korban Dunia : Versi Gila-gila Remaja

Peringatan oleh pihak berkuasa tempatan : Hanya mereka yang mengamalkan budaya membaca je yang dapat menghabiskan artikel kali ini.

Ku jejak, jalan yang berliku…….Hujan hujan saya suke layan jiwang sambil peluk anak bear.Nak bez lagi peluk Pooh. Nak kate saya ni mat jiwang tak juga. Mat romeo lagi la bukan. Mat Jijan? Hah ok gak name tu. MJ tu tuan puan. Ada style.

Hai korang, pekaba? Tak sopan lak tegur camtu ye. Salam tuan puan. Pekaba hari Jumaat? Ok sikit kan? Salam Maal Hijrah buat semua. Berjumpa lagi kita dalam sesi gedik santai. Penulisan kali ini berkisarkan sebuah kisah korban dunia. Sepatutnya artikel ini saya paparkan buat tuan puan mase Hari Raya Korban yang lepas tapi tak sempat. Petang semalam dengan tidak sengaja bukak Metro online terjumpa satu kisah menarik. Tersangatlah sweet. Sesuai dengan artikel saya kali ini. Nanti saya tunjuk pada tuan puan.

Jom baca artikel penuh. Klik http://azizankadir.com/korban-dunia-versi-gila-gila-remaja.html

Perempuan Jangan Gatal Nak Kahwin Jika..


Alam perkahwinan merupakan suatu alam yang indah, suatu alam yang selalu diimpikan oleh setiap pasangan yang sedang bercinta terutama kaum hawa. Banyak belog saya masuk sebelum ini bercerita tentang pengalaman [...]


Alam perkahwinan merupakan suatu alam yang indah, suatu alam yang selalu diimpikan oleh setiap pasangan yang sedang bercinta terutama kaum hawa. Banyak belog saya masuk sebelum ini bercerita tentang pengalaman cinta mereka. Ada yang manis, ada yang pahit. Ada yang kekal lama dan ada juga yang putus ditengah jalan.

Memang saya tak nafikan perkahwinan merupakan satu saat dan pengalaman yang indah bagi setiap manusia. Tetapi sedarkah sedara sedari, dewasa ini kita sering dengar berita tentang perceraian. Di manakah silapnya sehingga perkara ini boleh terjadi? Apakah silap itu datangnya dari golongan perempuan? Atau lelaki?

Bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga akan paham maksud saya itu. Bagaimana pula dengan pasangan yang sedang bercinta terutama perempuan? Mengapa perempuan? Sebab kebanyakan belog yang bercerita tentang cinta, kahwin semua ni adalah kaum hawa yang saya hormati.

Kali ini saya x nak menulis panjang. Jadi, kepada kaum perempuan jangan gatal nak kahwin jika...

1) Tak sanggup bangun malam
Saat baru berkahwin, siapa xnak bangun malam kan? Apa yang saya maksudkan di sini adalah sekiranya sesetiap pasangan yang berkahwin mesti mahukan anak kan. Ingin meneruskan zuriat mereka. Tetapi bersediakah seseorang perempuan itu untuk bangun malam menjaga anak kecil? Apabila sudah ada anak, bangun malam sudah menjadi kewajipan untuk golongan perempuan yang bergelar ibu. Paham paham aje la ragam anak kecil. Sekiranya kaum perempuan belum bersedia untuk bangun malam, jangan gatal nak kahwin.

2) Tak pandai dukung anak
Tanya saya cara nak dukung pun saya bole ajar. Apatah lagi lelaki liar di luar sana yang selalu dukung awek awek liar. Hehe! Bagi saya dukung anak, bayi dan sewaktu dengannya adalah benda basic dalam menjaga kanak kanak atau dalam bahasa mudahnya anak anak kecil. Jangan sesekali gatal nak kahwin kalau benda ni pun perempuan belum master.

3) Rasa kotor nak basuh berak anak
Hahaha! Alasan ini saya rasa paling kukuh bagi saya untuk katakan pada perempuan jangan gatal kalau nak kahwin kalau belum bersedia. Berak? Tahik? Kotor tak puan puan. Ibu ibu tahu lah jawapannya. Kepada perempuan yang nak kahwin tu banyak banyaklah belajar dari ibu ibu sebelum nak ajak pasangan kahwin. Ada jugak saya dengar cerita yang si suami buat semua keje camni. Si isteri pula? Takkan tengok saja. Memang x dinafikan suami pun kena buat keje cmni tapi ingat ini adalah tugas si isteri. Sekali lagi, perempuan jangan gatal nak kahwin kalau belum bersedia melakukan keje keje macam ini.

4) Tak tahu nak buat apa kalau anak menangis
Saya nasihat jangan kahwin kalau x tahu nak buat apa kalau bayi menangis. Lu orang perempuan jangan gelak bila saya cakap cmni sebab banyak ibu yang x tahu nak buat bila bayi mereka menangis terutama waktu malam. Golongan ibu muda yang umurnya belasan tahun terutamanya. Umur awal 20-an pun saya rasa kena banyak blaja sebelum nak ajak pasangan kahwin.Tapi jangan la kahwin lewat plk, nanti susah tua tua baru nak dapat anak. Hehe!

5) Tak pandai masak
Perkara ni yang saya rase perempuan belom cukup sedia jangan kawen. Kalau dapat suami kaya boleh la selalu makan lua. Tapi kadang kadang nak juga merasa isteri masak. Nak rasa masakan air tangan isteri lah katakan. Kalau air len memang boleh merasa klu dah kawen. Kalau yang x pandai masak memang sulit kalau dapat suami yang kurang berada. Takkan hari hari makan megi je. Nasik ngan telur dadar je. Jangan sampai ada perang kuali sudah la.hahaha.

Rasanya cukup la setakat ni dulu. Kalau nak senaraikan semua memang xkan abes. Hehe! Kepada ibu ibu yang baca artikel ni sila silalah kongsi pengalaman anda supaya anak anak muda sedar terutama yang tengah gatal nak berkahwin tu . Jadi kepada perempuan yang nak kahwin tu saya nasihat agar benda benda asas yang saya senaraikan kat atas tu tidak dipandang remeh. Babaiz.

Trend Percakapan Masa Kini


Kebanyakan di antara kita hari ini, seringkali terdengar atau terbaca artikel mengenai trend pemakaian remaja pada masa kini. Bila bercerita mengenai trend pemakaian, kita sendiri boleh membezakan atau


Kebanyakan di antara kita hari ini, seringkali terdengar atau terbaca artikel mengenai trend pemakaian remaja pada masa kini. Bila bercerita mengenai trend pemakaian, kita sendiri boleh membezakan atau mengenali seseorang dengan cara pemakain mereka. Saya amik contoh yang mudah, bagi pelajar yang tinggal di hostel. Trend pemakaian mereka ialah berseluar track, t-shirt dan berselipar Jepun. Mungkin ada dia antara mereka lebih daripada itu tapi contoh di atas adalah perkara basic yang senang untuk difahami.

Saya tak nafikan, trend pemakaian remaja masa kini adalah keterlaluan tetapi mungkin bagi mereka itulah yang paling sesuai sejajar dengan arus permodenan yang kita kecapi sekarang ini. Actually, bagi saya remaja sekarang tergolong dalam golongan cerdik pandai. Dengan cara pemakaian mereka dapat menarik perhatian orang ramai. Setuju? Bagus.

Berbalik pada topik penulisan hari ini, cara percakapan remaja masa kini juga boleh saya kelaskan sebagai trend. Saya pasti, sedara sedari tak kan paham kalau saya menulis tanpa contoh. Sekali lagi saya bagi contoh yang amat senang dijumpai sekarang ini. Kita seringkali mendengar orang malah ada juga di antara kawan kita yang menggunakan perkataan seperti dow, syial, bai dan macam macam lagi. Setujukah sedara sedari kalau saya cakap penggunaan perkataan seperti ini dapat membezakan golongan remaja urban dan rural?

Pada pemerhatian saya, kebanyakan gologan urban la yang selalu memakai perkataan ini. Tapi saya tak nafikan juga, budak budak kampung sekarang pun ada yang menggunakannya semasa berkomunikasi. Adakah ini pengaruh golongan remaja urban? Sepanjang dua puluh dua tahun saya bernafas, ada juga golongan remaja menggunakan perkataan selain daripada contoh di atas tetapi lebih kepada loghat masing masing. Sebagai contoh, orang kelantan suka pakai perkataan 'bodo', orang Terengganu pula pakai 'menatang'. Kalau sedara sedari tak percaya, boleh tanya saya. Hehe! Adakah dengan cara ini kita dapat menarik perhatian orang ramai dan juga mengeratkan tali silaturrahim?

Kesimpulan bahasanya, bukan cara pemakaian sahaja menjadi trend malah cara percakapan juga saya klasifikasikan sebagai trend. Dan saya pasti lama kelamaan trend ini akan menjadi budaya dalam masyarakat majmuk di negara kita. Artikel ini terbit selepas saya menonton 'Bohsia' buat ke 4 kalinya. Haha!

Ada pendapat? Jom kongsi. Papai..

29 Hari Hidup Tanpa Iblis


Akhirnya...akhirnya saya kembali. Sape cakap saya nak berhenti beloging? Pandai pandai je korang ni kan. Hehe! Saya bukannya berhenti tapi berehat sekejap bersama kit-kat. Haha! Rindu giler sama awek awek cun yang datang kat blog ni. Mana tahan beb, sebulan cuti tak kerjakan awek cun. Oleh sebab dah lama tak mengarut


Akhirnya...akhirnya saya kembali. Sape cakap saya nak berhenti beloging? Pandai pandai je korang ni kan. Hehe! Saya bukannya berhenti tapi berehat sekejap bersama kit-kat. Haha! Rindu giler sama awek awek cun yang datang kat blog ni. Mana tahan beb, sebulan cuti tak kerjakan awek cun. Oleh sebab dah lama tak mengarut kat blog ni, kali ini saya nak bawak cerita panas. "Blog gue, ikut suke gue la. Taknak baca sudah." Pertama kali saya menulis entri dengan intro x puas hati. Haha!

Sedara sedari, sebulan tu lama ke sekejap? Dalam masa sebulan, saya boleh lupa password nak masuk blog ini sebab selama 29 hari tu saya sibuk mengejar sesuatu yang amat berharga nilainya berbanding bulan bulan yang lain. Setelah semua nama awek saya try, akhirnya jumpa la satu nama yang mana menjadi password untuk saya masuk blog ni. Korang pasti kenal sapa awek tu. Awek yang selalu saya sebut dalam penulisan saya.

Entri raya? Rasanya x perlu buat masa skang. Hari ni baru masuk raya ke 7, lagi 23 hari kita nak sambut hari raya. Cukup sebulan baru saya buat entri pasal raya sebab baru 2 buah rumah terbuka saya terjah, banyak lagi yang belum saya hadiri. So, ceritanya lebih menarik jika saya kumpulkan semua dalam satu entri.

Berbalik pada tajuk penulisan saya kali ini, 29 hari hidup tanpa iblis. Dalam tempoh 29 hari tu, saya jadi bapak ayam. Tauke besar. Haha! Bulan puasa, rezeki mencurah curah. Jual je pape yang boleh di makan, kompem laku. Saya bukannya sesaja taknak update blog, cerita memang banyak tapi saya sedikit bz cari rezeki bulan puase. Tolong orang jual ayam, bukan jadi bapak ayam..ahakz. Kat cni saya panggil ayam golek, kat sana tu tak tau la orang panggil apa. Panggang, bakar ayam memang hawt same hawt dengan awek yang datang membeli. Pulangannya amat lah memuaskan hati. Syukur!

Ni kawan saya yang cakap, bukan saya yang cakap. Pebarang men belog bulan puasa. Bulan puasa jadi budak masjid la baru ada umph. Hehe! Hai kacak, asyik menulis duit rayanya mana? Duit raya saya abiskan untuk kanak kanak bawah umur yang ada kakak hawt dan bergetah.

Kepada sesapa yang belum kasik saya duit raya, silalah tunaikan yang mana anda rasa wajib tu. Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya! Sori Zahir kepada sedara sedari semua. Batin rasenya tak perlu lagi kot. Kepada awek awek saya, tak kira yang sebelum ataupun yang akan datang, Selamat Hari Raya, Maaf Batin! Muakzzzzzzzzzzz!

ps: chatbox xley nak pasang lagik, lupe password.
pss: sape nak duit raya, sila la ke rumah.

Kegagalan Epik : Alasan Lelaki Dingin


Bercakap dengan Jenin, Zizan lu tau ke Akhil dah ceraikan Maizawati, ala Akhil yang skandal dengan Waheeda wassini tu. Gua tau la tapi citer diorang xde la sehangat citer gua masa first time kapel dengan Lisa aritu. Ala, biase la kalau dah [...]

Bercakap dengan Jenin, Zizan lu tau ke Akhil dah ceraikan Maizawati, Akhil yang skandal dengan Waheeda wassini tu. Gua tau la tapi citer diorang xde la sehangat citer gua masa first time kapel dengan Lisa aritu. Ala, biase la kalau dah bini tak tau jaga laki camtu la jadinye.

Semalam aku dapat message kat YM dari seorang hamba Allah bergelar perempuan. Message die mengatakan yang aku ni anti-perempuan sebab kebanyakan artikel yang aku tulis semua mengutuk perempuan. Untuk pengetahuan anda, aku seorang pencinta wanita. Aku memang giler akan wanita bukan perempuan yang gler mekap, baju belah sane belah sini, bibir merah setebal makaroni, pipi putih dengan bedak sejuk dan sewaktu dengannya.

Berbalik pada tajuk kali ni, memandangkan aku seorang lelaki, aku akan menceritakan serba sedikit tentang lelaki. Anda perlu tahu, lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita memerlukan cintanya.

Jika kemesraan dalam sebuah hubungan percintaan semakin jauh, itu sebenarnya satu isyarat kepada perempuan. Sekiranya, lelaki tidak lagi menghubungi anda seperti dahulu, menolak pelawaan makan malam bersama atau tidak lagi mahu berpegangan tangan, isyarat dingin itu perlu anda susuli dengan tindakan.

Jika sikap si lelaki masih berterusan, perempuan harus mencari inisiatif dan berusaha mengembalikan semula kemesraan. Jika si lelaki masih bersikap tidak ambil peduli terhadap anda dan sentiasa ingin berjauhan saat anda memerlukannnya, lakukanlah sesuatu.

Namun, jika si lelaki tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprangsaka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain. Maklumlah, perempuan lebih dikenali dengan sifat cemburu yang tinggi.

Ingat, golongan Adam mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita. Walaupun mereka bersikap sedemikian, ini tidak bermakna si lelaki tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan. Kepada anda yang bernama wanita, pandailah mengambil hati lelaki dan menurut apa kemahuan pasangan anda itu tetapi ini tidak bermakna anda perlu menyerahkan dara anda sekiranya pasangan anda seorang yang kuat keinginan seksnya.

Untuk renungan bersama, jauhilah skandal skandal yang boleh menjejaskan hubungan cinta anda dan keharmonian rumahtangga anda. Jangan sampai lelaki memberi alasan. Papai

Membuat Pilihan Satu Kesulitan


Semalam, hari last aku ke hospital. Badan penat ulang alik selama sebulan melawat my uncle yang kacak itu. Selama sebulan tu lah aku sempat berkenalan dengan gadis kembar. Memang cun abes, sekali pandang mesti lame. Mata tak payah cakap la kan, terbeliak [...]


Semalam, hari last aku ke hospital. Badan penat ulang alik selama sebulan melawat my uncle yang kacak itu. Selama sebulan tu lah aku sempat berkenalan dengan gadis kembar. Memang cun abes, sekali pandang mesti lame. Mata tak payah cakap la kan, terbeliak nak terkeluar mcm terkena H1N1 suda. hehe!

Persoalannya, mane satu yang aku nak pilih. Sorang ayu bertudung dan sorang lagi seksi tanpa tudung. Kedua dua nya sama baik sama sweet, maklum la kan kembar seiras. Sebagai lelaki, hatiku menuju kepada si adik yang 'free hair' itu. Sebenarnya, perempuan yang tak bertudung menjadi kegilaan lelaki zaman sekarang sebab mereka nampak lebih up to date, trends dunia luar menjadi ikutan.

Teringat cakap ustaz masa sekolah dulu, mencari perempuan beriman memang susah. Beliau cakap pemakaian seseorang itu juga melambangkan keperibadian dan keimanan seseorang. Kebanyakan orang bercakap perempuan bertudung semua baik dan sebaliknya. Bagi aku, pendapat itu sebenarnya jauh meleset. Pada zaman sekarang, yang pakai tudung ada jugak mencuri, mengumpat, menipu dan sewaktu dengannya. Btol x?

Sebagai perempuan, apa pendapat anda bila orang bercakap sedemikian tentang anda? Sebelum keluar dari wad, aku sempat berbual dengan seorang misi/nurse/jururawat berkenaan masalah itu. Apa yang dia cakap pada aku adalah kita jangan sesekali memandang buruk terhadap seseorang perempuan dengan melihat cara pemakaian saja sebelum kita mengenali hati budi mereka. Yang paling penting kita ikhlas terhadap seseorang itu.

Untuk renungan bersama, menutup aurat bukan satu benda yang optional. Itu adalah kewajipan. Tapi pendapat kita semua tentang hal ni memang berbeza-beza. Tapi untuk aku, personally aku rasa penampilan seseorang bukan menggambarkan secara total tentang keimanannya tapi sekadar boleh buat gambaran ringkas tentang tahap pemahaman dia kepada agama.

Moralnya, korang pikirlah sendiri. mungkin pendapat korang berbeza dan sila kongsi di ruangan komen.

ps: misi cakap aku kacak.haha!

Nama! Satu Daya Tarikan


Bayangkan korang semua berada di alam persekolahan saat membaca artikel ini. Ini artikel pendek. Peristiwa ini semasa aku sekolah rendah dengan keyakinan yang tinggi memulakan hari pertama kelas. Alkisahnya, aku teringat [...]


Bayangkan korang semua berada di alam persekolahan saat membaca artikel ini. Ini artikel pendek. Peristiwa ini semasa aku sekolah rendah dengan keyakinan yang tinggi memulakan hari pertama kelas. Alkisahnya, aku teringat zaman kenakalan kanak kanak aku dulu. Benda pertama bila masuk kelas adalah sesi taaruf. Setiap orang melihat senarai nama.

Kalau nama yang agak canggih, up to date versi internet tu aku bajet empunya badan tu mesti punya muka lawa ala cinta laura dan body solid ala megan fox. Mungkin masa itu aku belum mengenali mereka. Kalau punya nama unik macam aku mmg menjadi tarikan. Bagaimana dengan sekolah satu jantina? Simpati aku buat sekolah satu jantina, korang telah terlepas satu nikmat dunia. haha!

Semua orang mempunyai nama. Begitu juga aku. Mungkin nama aku sedikit berbeza daripada korang semua dan ini merupakan keistimewaan bagi aku. Dipendekkan cerita, nama nama yang hadir dalam diri aku pun manis semuanya. Bagaimana dengan korang semua? Nama yang manis memang senang utk dimanjakan.ahaakz

Orang tua tua selalu cakap bila nak bagi nama anak nanti bagi la name yang elok elok. Pendek tak menjadi masalah asalkan membawa maksud yg baik. Kepada bakal bapa dan ibu, sila rujuk weluvpad-ia.

Kalau nama dah elok ditambahkah lagi keayuan, seksi maka senang lah untuk lelaki kacak seperti aku membuat pilihan yang bijak dalam memilih pasangan. hehe! Sebelum aku menoktahkan artikel ini, aku tinggalkan korang dengan satu persoalan. Jika anda bertemu dengan seseorang lelaki atau perempuan yang anda tapi punyai name yang bersifat kekampungan atau mudah difahami bersifat orang lama. Adakah anda mahu teruskan atau menoktahkan terus hasrat lamaran hati anda itu?

ps: Nama gua agak unik, encik mohd azizan.
pss: Agak2 kawen nanti sesuai tak kalau encik encik?
pss: Jangan terpedaya dengan nama

Blog Aku Kena Bomoh


Setiap orang ada cerita masing-masing. Begitu juga aku. Blog adalah salah satu tempat di mana cerita dan idea itu diluahkan. Sebelum berblogging, para beloger terhormat sekalian mesti sudah tetapkan niche utk blog diorang. Kebanyakan belog yang aku [...]

Setiap orang ada cerita masing-masing. Begitu juga aku. Blog adalah salah satu tempat di mana cerita dan idea itu diluahkan. Sebelum berblogging, para beloger terhormat sekalian mesti sudah tetapkan niche utk blog diorang. Kebanyakan belog yang aku terjah adalah berkisar tentang kehidupan dan berbentuk personal. Bagaimana dengan blog korang?

Blog aku? Ada korang kisah ke bila aku cerita. haha! Blog ini ibarat kocek Doraemon, macam macam ada kat cni. Tapi aku rase blog aku ni macam kena bomoh je, kadang kadang ramai kadang kadang sikit pengunjung blog ni. Sunyi jek. Ada sesape jampi ke? haha! Mane tak sunyi nya kalau update blog tu tak menentu..bila xde entri baru, xde la komen komen membina dari korang. So, hah! aku update.

Actually, aku bukannya xnak update tapi demam ni semakin menjadi jadi je. Risau gak bile demam ni, maklum la semua org tau pasal masalah dunia skrang ni kan. Bukan setakat selsema babi, benda lain yang aku takut bomoh. Bomoh? memang bahaya bahana bomoh ni. Kebanyakan bomoh ni disebabkan perasaan iri hati, dengki dan sewaktu dengannya.

Bomoh ni bukannya berlaku di kampung kampung je, malahan kat bandar pun banyak. Golongan artis mungkin paling tinggi yang terkena bomoh. Minggu lepas aku ada tengok rancangan kat TV9 bersama tetamu Pian Cecupak dan Almy, kedua duanya pernah terkena dengan bomoh. Memang takut bila mendengar pengalaman dorang tu. Macam macam benda yang keluar dari badan dorang, sesetengah tu macam tak logik bila difikirkan.

Selain dengki, apa lagi faktor yang menyebabkan orang melakukan bomoh ni? Pesanan dari aku beloger sapara tegar. Jangan plak kita dalam berblogging sampai ada yang iri hati sesama beloger. Amalkan amalan sihat semasa berblogging. huhu!

ps: ada sesape nak tlg suapkan ubat?:)

Ilmu Kempis Perut Paris Hilton


Cukup sudah sebulan aku kat rumah. Nafsu makan aku semakin tinggi bila berada di rumah. Aku naik runsing bila memikirkan keadaan perut yang semakin [...]

Cukup sudah sebulan aku kat rumah. Nafsu makan aku semakin tinggi bila berada di rumah. Aku naik runsing bila memikirkan keadaan perut yang semakin mem'boroi'. Perut pompuan pun tak nampak sangat membesar even hamil 2 bulan. Kalau lah ada petua diet Paris Hilton kan bagus.

Betul ke boroi ni petanda bahaya? Nasib baik lah aku sempat blajar petua kempis perut ini dengan nenek Si Paris Hilton masa zaman aku kecik kecik dulu. Walaupun aku kurang fasih speaking tapi boleh la nak paham apa yang dia cakap.

Zizan, ko tau tak camne nak kempiskan perut? Mai sini aku ajar ko petua nenek Paris Hilton,

Cara 1 - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga peruk menjadi kempis.

Cara 2 - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan dikacau sehngga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut turut. Gendut akan menjadi kempis.

Cara 3 - Puasa aje, sampai perut tu kempis

Sesape yang rasa diri mereka mengalami simptom simptom boroi ni cepat cepat lah berbaik dengan Paris Hilton dan jangan biarkan Christiano Ronaldo je yang boleh makan dia.

Relevenkah aku ikut petua ini atau aku perlu mengikut saja petua Victoria Beckham?

ps: Oii Paris, ko tolong translate balik petua tu kot kot ada mat salleh sesat yang nak baca entri ni.

Kampung Boy Kembali Lagi


Apa khabar semua? Harap korang semua sihat sihat aje. Kepada sesape yang rase tak sihat tu cepat cepatlah la ye ke klinik, takut dijangkiti H1N1 je..he he he! Ermm, mesti ramai yang tertanya tanya mane menghilang zizan ensem ni kan dan mungkin ada yang menyampah bila termasuk blog ini kerana tak berupdate. Mungkin disebabkan faktor ini juga pelawat blog ini semakin [...]


Apa khabar semua? Harap korang semua sihat sihat aje. Kepada sesape yang rase tak sihat tu cepat cepatlah la ye ke klinik, takut dijangkiti H1N1 je..he he he! Ermm, mesti ramai yang tertanya tanya mane menghilang zizan ensem ni kan dan mungkin ada yang menyampah bila termasuk blog ini kerana tak berupdate. Mungkin disebabkan faktor ini juga pelawat blog ini semakin hari semakin menurun tapi bak kata aiman, zizan tak kisah. Ha ha ha!

Pada sesape yang nak maintainkan traffic blog tu rajin rajin la ye update tak kira la sekadar video je.hu hu hu! Pada 10 jun yang lepas genap suda zizan berbelog selama 22 tahun. Agak lame juga zizan berbelog tapi diharapkan korang jangan tertipu kerna 22 tahun tu adalah umur zizan. Dah tua rupanya tapi rasa macam budak darjah 6 je baru. So, sila sila lah wish ye dan sila menyampah sekarang juga dengan saya. Ha ha ha!

Actually, Zizan agak kesibukan sikit dan ditambahkan dengan internet yang sedikit jeles dengan Zizan menyebabkan masa untuk blog ini amatlah sedikit. Maklumlah kan, cuti cuti sekolah ramai yang buat kenduri terutama kenduri kawen dan Zizan pun terpaksa lah menyibukkan diri untuk menolong jiran jiran. Baru la nanti orang puji. Ermm, semua tu ikhlas ye bukan sesaje nak menunjuk nunjuk. Hu hu hu!

Zizan rase setakat ini dulu buat kali ini. Zizan nak bersiap ke masjid plak. Pada mereka yang merasakan diri mereka lelaki, jom sama sama ke masjid. He he he!

Tanya Zizan ; Apa Itu Tumor?


Dewasa kini, mungkin ramai yang mengetahui tentang bahaya tumor dan kesannya tetapi ramai di kalangan kita sekarang yang lebih suka bercakap mengenai isu isu semasa, dunia artis, dan yang paling hangat diperkatakan sekarang adalah mengenai isu politik di negeri Perak. Swine Flu juga antara isu hangat yang merisaukan dunia masa pada masa kini. Malaysia juga tidak [....]

Dewasa kini, mungkin ramai yang mengetahui tentang bahaya tumor dan kesannya tetapi ramai di kalangan kita sekarang yang lebih suka bercakap mengenai isu isu semasa, dunia artis, dan yang paling hangat diperkatakan sekarang adalah mengenai isu politik di negeri Perak. Swine Flu juga antara isu hangat yang merisaukan dunia masa pada masa kini. Malaysia juga tidak terlepas dari masalah ini. Swine Flu merupakan salah satu topik yang hangat dibincangkan di twitter. Tidak lupa juga mengenai isu bola sepak yang semakin rancak di pentas dunia.

Berbalik pada persoalan kita kali ini, apakah yang anda tahu mengenai tumor? Tumor (berasal dari perkataan Latin) yang bererti 'bengkak', merupakan salah satu dari lima ciri radang (inflamasi). Tumor tidak sinonim dengan kanser yang mana tumor boleh dikategori sebagai benign, pre-malignant atau malignant manakala kanser didefinisi sebagai malignant.

Berikut adalah di antara 3 jenis tumor yang berbahaya dan boleh diklasifikasikan sebagai mengerikan.

Kes 1: Jose, Lelaki Tanpa Muka



Jose merupakan salah seorang penghidap tumor muka yang berbahaya dalam sejarah perubatan. Lelaki berasal dari Portugal ini memerlukan pembedahan yang drastik kerana tumor ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Lelaki ini terpaksa terbang ke UK untuk berbincang dengan doktor pakar bagi membuang tumor yang dihidapinya itu. Demi emaknya, dia sanggup menolak untuk menjalani pembedahan tersebut kerana agamanya dia tidak boleh melakukan transfusi darah. Walaubagaimanapun pihak doktor berusaha untuk membuang tumor tersebut tanpa melibatkan transfusi darah.

Kes 2: Phuon, Juga Mengalami Tumor Muka (No Luck)



Phuon lelaki berusia 27 tahun mengalami tumor muka sejak beliau berumur 7 tahun. Tumor ini membesar ke sebelah pipi kirinya, termasuklah telinga dan mata kirinya dan ini menyebabkan beliau terpaksa menerima hakikat dan tidak boleh merasai kehidupan normal seperti manusia lain. Beliau telah menjalani tiga kali pembedahan tetapi tumor ini tumbuh kembali dan semakin membesar. Kes ini adalah satu kes yang agak sukar untuk diubati.

Kes 3: Chantal Sébire: menghidapi Sthesioneuroblastoma, Mati Melalui euthanasia



Chantral Sebire, seorang pesara guru dari France mengalami easthesioneuroblastoma, dan ia merupakan salah satu kanser yang jarang dijumpai. Pada tahun 2000, beliau telah menjalani diagnosis dan kanser ini amat jarang di jumpai, hanya 200 kes dalam masa 20 tahun yang lepas. Beliau menolak sebarang rawatan semasa diagnosis bagi mengelakkan sebarang risiko. Pada Mac 21, 2008, beliau ditemui mati di rumahnya.

Demikianlah serba sedikit info mengenai tumor dan kesan kesannya kepada manusia yang boleh kita kongsi bersama. Mungkin banyak lagi info yang saya tidak nyatakan di sini. Cukuplah untuk kali ini. Sama samalah kita megambil iktibar dan mengambil langkah awal jika berlaku sedemikian. Salam.

Final Liga Juara-Juara Social Networks: Facebook Benam Myspace 3-1


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Tin Susu '87. Apa itu social network? social networking merupakan suatu bentuk sistem di mana setiap orang dapat berinteraksi dan membuat ruangan tersendiri atau homepage peribadi dan membolehkan ia berhubung dengan ruangan peribadi orang lain. Di sini mereka boleh berkongsi segala [....]

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Tin Susu '87. Apa itu social network? social networking merupakan suatu bentuk sistem di mana setiap orang dapat berinteraksi dan membuat ruangan tersendiri atau homepage peribadi dan membolehkan ia berhubung dengan ruangan peribadi orang lain. Di sini mereka boleh berkongsi segala buah fikiran mereka dengan orang lain dan juga hasil karya mereka seperti foto, cerpen dan sebagainya.

Bila bercakap mengenai social network, anda semua mesti memikirkan myspace. Baru baru ini kepopulariti facebook semakin bertambah sejak ia dihidangkan bagaikan ayam golek kat pasar pasar malam kepada golongan remaja dan pelajar pelajar kolej seperti saya. Dalam masa sejam, facebook dapat menarik berjuta juta pengunjung. Mengapa? ini kerana terdapat pelbagai aplikasi yang disediakan melebihi aplikasi yang terdapat di myspace. Pada masa kini, dua network ini ibarat musuh utama dalam jaringan sosial di dunia ibarat Man U dengan Liverpool dalam EPL. he he he!

Pusingan 1: Design


Layout: Facebook menang di sini kerana profilenya yang disusun dengan kemas lagi teratur dan memudahkan anda untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Ini dapat mengalahkan myspace yang mana profilenya kurang kemas dan tidak konsisten.


Overall Site Design: Nampak jelas facebook menang di sini. Myspace kelihatan kurang profesional berbanding facebook. Terutamanya dari segi design yang tidak konsisten dan ini menyulitkan pengguna myspace itu sendiri.


Site Organization: Kedua dua site di uruskan dengan teratur. Bagaimanapun, facebook memenangi kerana layoutnya membenarkan anda mecari sesuatu dengan mudah berbanding myspace.


Pemenang Pusingan: Facebook!


Pusingan 2: Media


Pictures: Facebook menang kerana section gambar di atur dengan kemas dan kebolehan untuk tag pengguna lain dan diri anda sendiri. Juga, dengan adanya aplikasi yang baru direlease anda boleh menambahkan flickr atau mana mana photosharing ke dalam profile anda.


Videos: Dalam kategori ini, tiada pemenang kerana video boleh diupload dalam kedua dua site ini dan mempunyai flash video mereka sendiri. Myspace membenarkan anda mengupload video ke dalam profile anda begitu juga dengan facebook.


Music: Myspace menang, ini kerana semua orang tahu kebanyakan band band mempunyai account myspace. Bagaimanapun, dengan adanya aplikasi terbaru facebook anda boleh menambahkan data daripada music tracking sites seperti Last.fm dan iLike.


Sharing: Facebook mengatasi kerana ia membolehkan anda berkongsi media dengan senang secara automatik melalui facebook feed, kadang kadang pengguna myspace tidak berupaya melakukannya.


Pemenang Pusingan: Facebook!


Pusingan 3: Community


Relationships: Perbezaan yang amat ketara pada facebook yang mana kawan yang anda add adalah real friends dan ini berbeza jika di bandingkan dengan myspace kerana setiap orang ingin menambahkan seberapa ramai kawan di myspace. Di facebook, anda bercerita tentang orang yang dikenali dan berkongsi cerita bersama mereka.


Messaging: Ini adalah sama. kedua dua mempunyai ruang untuk pengguna meninggalkan messages pada profile anda dan mempunya sistem mail yang asas.


Co-Workes: Facebook boleh digunakan sebagai alat untuk percakapan dengan dengan mereka yang membuat bisnes bersama anda dan juga dapat melihat benda baru bersama mereka. Anda boleh ikut serta rangkaian ini untuk syarikat anda. Myspace hanya direka untuk remaja, jadi ia tidak mempunyai jenis jenis feature tersebut.


Pemenang Pusingan: Facebook!


Pusingan 4: Usefulness


Finding Old Friends: Salah satu faktor utama anda menyertai social network adalah untuk menghubungi kawan kawan lama dan juga rakan rakan sekelas. Facebook menjadikan perkara ini sangat mudah kerana ia menyediakan ruangan sekolah dan lokasi juga. Sekiranya anda lupa nama meraka, anda sekurang kurangya boleh mencari mereka jika meraka mempunyai account.
Myspace juga menyediakan ruangan search tetapi untuk mencari kawan yang sebenar adalah susah.

Communication: Facebook ialah jalan yang bagus untuk menghubungi kawan jika anda tidak mempunyai maklumat tentang meraka. Seseorang itu lebih suka meninggalkan message pada facebook daripada myspace ini kerana facebook spam yang kurang.


Promoting Yourself: Myspace menang di sini. Beribu ribu bands menggunakan myspace untuk promosi music mereka dan peminat mereka menggunakan myspace untuk menunjukkan sokongan mereka. ini tidak same dengan Facebook walaupun dibenarkan juga untuk mempromosi diri mereka.


Pemenang Pusingan: Myspace!



Dan pemenangnya ialah...Facebook!!

Facebook adalah social network yang paling popular pada masa kini. Kepada anda yang belum join facebook, saya sarankan join dengan secepat mungkin dan menikmati pelbagai aplikasi menarik yang disediakan sebelum anda semua terlambat.

Nantikan artikel seterusnya daripada saya mengenai kepopulariti blog pada masa kini.
Diharapkan anda semua setia membaca artikel daripada saya dan memberi komen komen yang bernas.

Sumber - Wikipedia

Theme Baru & Cinta


Sudah beberapa hari belog ini tak berupdate, hari ini pasti menjadi suprise kerana aku sudah tukar blogspot theme yang baru. Suprise sangat ke? arghh, tak kisah la. Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang pakai wordpress mungkin itu lebih [....]

Sudah beberapa hari belog ini tak berupdate, hari ini pasti menjadi suprise kerana aku sudah tukar blogspot theme yang baru. Suprise sangat ke? arghh, tak kisah la. Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang pakai wordpress mungkin itu lebih cantik dan lagi suprise kan. Kali ini, aku nak kongsi sedikit pasal cinta dan masalah cinta pada masa sekarang.

Cinta Oh Cinta! Sungguh manis bila cinta itu di hargai..tetapi memang susah untuk sesebuah cinta itu dihargai sekiranya kita tidak pernah dan pandai untuk menghargainya. Aku yakin anda yang membaca entri ini pernah mengalami perasaan cinta dan tahu apa itu cinta. Ramai juga yang tahu bagaimana nak meluahkan kata kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya.

Cinta? Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Oit zizan! tadi cakap nak kongsi pasal masalah cinta. Mane nya? Oops, sori sori. Begini la kalau budak genetic bercerita pasal cinta, sampai motif utama tajuk pun diabaikan..he he he ! Tuan tuan dan puan puan pernah tak mengalami masalah cinta? mengapa? kenapa? Bukankah cinta itu indah, mengapa perlu ada masalah.

Sebulan yang lepas, sedang aku menghirup udara segar yang dikelilingi monyet monyet yang amat kiut, aku didatangi seorang kawan baik. Kami lepak sama. Hampir 10 minit sembang, aku diajukan soalan yang agak pelik..' encik, ko boleh tolong aku tak? sekali ni pon jadi la..boleh tak bagi aku pinjam duit.'. Aku pun kehairanan..so, aku tanye la dia balik masalah pe kan. Dia jawab masalah peribadi dan harap aku dapat tolong dia. Aku tanpa berfikir panjang dengan relanya menghulurkan duit kepadanya. Setelah dapat duit itu, dia mengucapkan terima kasih dan akan bayar secepat mungkin dan terus berlalu.

Sepanjang sebulan itu aku tak mengerti apa masalah sebenar yang dialaminya. Hinggalah 2 hari yang lepas, seorang lagi kawan aku memberitahu yang si Mamat tu ada masalah cinta. Dah beberapa hari asyik berkurung dalam bilik. Rupa rupanya dia telah berpisah dengan pasanganya dan duit yang dipinjamnya dari aku itu adalah untuk belanja pasangannya itu. Oh! sungguh dahsyatnya cinta. Sampai orang disekeliling turut terlibat. Bagaimana pula dengan anda? Aku harap cerita itu menjadi contoh dan sama sama pelajari mana yang baik dan dijadikan iktibar.

Cukuplah setakat ini dulu, kalau diikutkan sampai dua tiga pages pun tak cukup bila bercakap pasal cinta. Penulis juga mengalami perasaan cinta yang amat dahsyat iaitu cinta kepada ibu tersayang. Selamat Hari Ibu buat ibuku tercinta..Maaf sebab lambat wish yek. Susungguhnya anakmu ini amat menyayangimu dan menghargai jasa jasa ibu sejak dari lahir sampai la anakmu ini menoktahkan entri ini. Babai..

Lelaki, Pink Dan Bola Sepak


Tajuk yang ringkas dengan 3 perkataan tapi memberi erti yang panjang kalau di pikir oleh mereka yang bijaksana. Kita mungkin seringkali mendengar 3 perkataan tersebut dalam kehidupan seharian kita. Aku juga percaya korang semua mungkin pernah terbaca atau terjumpa mane mane [....]

Tajuk yang ringkas dengan 3 perkataan tapi memberi erti yang panjang kalau di pikir oleh mereka yang bijaksana. Kita mungkin seringkali mendengar 3 perkataan tersebut dalam kehidupan seharian kita. Aku juga percaya korang semua mungkin pernah terbaca atau terjumpa mane mane artikel yang bercerita tentang lelaki, tentang bola sepak dan juga tentang kelembutan warna pink..

Kali ni aku tidak mahu letak gambar Man U, mahupon kelab kelab terkemuka di abad ini...Mengapa? mungkin itu soalan yang paling sesuai keluar dari mulut korang..Jika aku buat, aku mungkin orang yang ke 2,345,879 meletakkan gambar mereka menjulang mane mane piala dan berkemungkinan meraih lebih ramai lagi penyokong baru memilih mereka untuk musim hadapan dan seterusnya. Oh tidak! aku tidak mahu menjadi publisher yang percuma..Sekiranya ini berlaku, ini akan meningkatkan revenue Man U dan seterusnya memudahkan Alex Ferguson membeli pemain baru dan membolehkan mereka menjulang piala lagi dan dan ini akan menyulitkan pasukan Arsenal dan Liverpool untuk menang..Sori nak cakap, entri kali ini menggunakan perkataan 'dan' yang melebihi had..

Oh ye! korang juga mesti tertanya tanya mengapa aku tidak menyebut Chelsea..adakah mereka lemah?adakah mereka tidak sepopular teams yang lain? jawapannya sgt senang..mungkin ye atau tidak...Dari pemerhatian aku, Chelsea menampakkan peminat yang lebih ramai bila Maurinho menjejakkan kaki ke dunia EPL...Dua ari yang lepas, Chelsea menangis di saat akhir dan Drogba
berkemungkinan berhadapan hukuman yang berat. Mungkin juga tidak diperbaharui kontrak di Stamford Bridge.

Berbalik pada tajuk diatas, lelaki, bola sepak dan pink. Apakah hubungan antara ke tiga tiga perkataan itu? Pada masa kini, hampir semua lelaki meminati bola sepak dan ini bukan lagi trend. Fenomena ini sudah boleh dikenali sebagai budaya sebagaimana kita menyambut hari hari yang bersejarah lain..Adakah anda semua bersetuju dengan pendapat aku? Adakah minat aku akan berkurang bile ramai yang meminati bola sepak? Tidak same skali.

Dua tiga hari yang lepas, aku ke mapley lepak lepak sambil mengenakan segelas teh o ais untuk menonton pasukan fevret aku, Arsenal..sedang lepak lepak sebelum sepak mula, 0245 pagi aku terpandang sorg lelaki berbaju pink..aku konpius? peminat Arsenal ke Man U? tu la persoalan yg timbul dlm kepala otakku..ataupun die tersalah pakai..mengapa? jersey tradisi ke dua dua pasukan adalah merah, semua org tau..Mungkin juga lelaki lembut meminati bola?..Sebab itu la aku mengatakan bola sepak bukan lagi satu trend..sudah menjadi budaya dan di minati semua golongan manusia..Anda yang tidak minat bola sila jelezkan diri sendiri...ha ha ha!

Bile bercakap pasal lelaki, bola sepak dan pink aku teringat Sevilla dan Benfica..ini bukan disebabkan aku pernah ke sane..Kalau korang semua nak tahu, mereka menggunakan warna pink sebagai warna jersi mereka..Oh tidak! ape pendapat korang bile bercakap pasal lelaki meminati pink? bagi aku kalau perempuan meminati pink adalah trend masa kini..


Oops, aku terlewat sudah..mahu pegi solat jumaat. Jumpa lagi....

Ps: sori lambat update..ngeee

Lumba Haram Semakin Berleluasa, Babi Ikut Serta


Pagi ni aku bangun awal mcm biase..Selesai menunaikan yang wajib, seperti hari sebelumnya kosmo online adalah benda pertama yang aku layari..Maklumlah kan tak nak ketinggalan kenalah rajin mengikuti perkembangan semasa tidak kira dalam atau luar negara.

Aku tertarik dengan tajuk berita utama hari ni iaitu 'mat rempit diperangkap polis'..aku pun tak mengerti kenapalah muda mudi kita masih lagi tak sedar tentang bahayanya lumba haram ni..Padahal aku rase dah berlambak kempen yang dibuat utk membasmi lumba haram di negara kita Malaysia.

Operasi bersepadu oleh polis dan disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertumpu di Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut memang terkenal sebagai lokasi lumba haram dan tempat melepak kumpulan tersebut pada malam minggu.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, Ops Cegah Jenayah dan Lumba Haram’ di ibu negara dilancarkan bagi membanteras kegiatan lumba haram sama ada membabitkan kereta atau motosikal.

Tapi kan aku rase geng mat rempit ni mmg tak sayang nyawa btol la..kalau hebat sgt pegi la join mane2 kelab race ke,bnyak benda berfaedah lg dorang leh buat selain merempit ni..btol x?baru la aktiviti yang sihat nameya..Bagi aku la, lumba haram geng geng mat rempit ni belom cukup haram lg la klu nak dibandingkan dengan perlumbaan di bawah ni..Aku rase yg ni lagi haram..100% haram..Cuba korang semua bandingkan mane lebih haram ek.





Camane?btol tak pendapat aku td...muakaka! Ni 1st time babi masuk blog aku, nampaknya lepas ni aku kena letak pagar yang ada current blog aku ni..nak mengelak kemasukan yang berleluasa geng geng rempit babi masuk blog aku..Maklum la kan, skang ni selsema babi da merebak ke seluruh dunia..So kena la hati hati...

polis: woii..mana lesen? helmet x pakai... dahla botak..
mat rempit: pehal lak ni ecik, ecik ni suka capur hal orang betol la..
polis: taknak aku campur , ko mati tanam sendiri la..

Cukup utk kali ini...byebye

ps; berita baik, warga NZ negatif H1N1 - Malaysia masih bebas wabak berbahaya

Jika Aku Jamal K. Malik, Lisa Surihani?


Pagi yang sungguh dingin dan amat tenang sekali..Tengah tengah melayan kekwn beloger kt chatbox mlm tadi, mengantuk yang amat sangat aku rasai.Bukan senang perasaan mengantuk ni menguasai diri aku ini..tapi entah kenapa malam tadi aku terpaksa mengalah...Mungkin juga katil yang di penuhi bunga bunga cinta itu menarik perhatian ku.

Selepas 3 jam 3minit 3 saat aku lena di buai mimpi, maka bangkit la makhluk ensem ni katilnya.uhuhu!..sempat plak aku termimpi mimpi dalam mase 3 jam tu..Korang nak tau tak apa mimpi aku tu? tapi yang pasti bukan mimpi basah k..muahahaha! selepas mencuci muka, hanya 2 perkara bermain di kepalaku di pagi yg indah ini..1 mimpi indah aku tadi dan 1 lagi HUMAN GENETIC. Hajat di hati untuk menelaah note HUMAN GENETIC..Bosan la plak kalau duk study je..aku pun layan la SLUMDOG MILLIONAIRE secara sengaja sambil sambil study tu..Klu korang pernah tgk cite ni mesti korang tau ape yang aku nak cerita seterusnya..huhu!

Aku bukan nak cerita dunia realiti masyarakat India ek kat korang semua..Cuma nak cakap pasai pelakonya tu..JAMAL K. MALIK..Aku bukan hebat sangat nak jadi macam mamat tu sampai boleh 10 juta rupee setrusnya menang anugerah Oscar..Sori nak cakap (ayat cikgu aku kt matrik dulu)..Klu aku hebat sekali pun bukannya leh jadi cam jamal pun..Cuma mampu bermimpi saje..tp tu bukan mimpi ak td..haha! Mane ada pengarah filem kat Malaysia ni nak buat cerita mcm SLUMDOG MILLIONAIRE tu..so,mmg susah la aku nak kaya..Asyik asyik dengan cerita social problem dorang tuh..yang terbaru nih kluar plak BOHSIA...

Aku rase tajuk entri kali ni memang sesuai dengan aku...Ok ya, sudah karang 2 perenggan pasai cite ni..cukup la tu..Korang yang belum tgk lagi sila sila la tgk..kompem tak bosan dan akan menyentuh naluri anda semua. Kepada yang berjiwa sentimental, tonton dengan jiwa yang kental. Sila jangan menangis..Aku bagi 5 bintang utk filem ini.

ps; 10 Juta Rupee = RM 720,040.04, cukup ke untuk Lisa Surihani?
pss; weih korang.aku mimpi Lisa Surihani la malam td..muahahaha!

Mengapa perlu sedih?


Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa
dikecewakan, depressi, dan sakit hati.
Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu
memikirkan hal-hal tersebut.

Hidup ini penuh dengan keindahan, kesukacitaan dan
pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu
memikirkan sisi yang buruk, mengecewakan dan
menyakitkan jika kita bisa menemukan banyak hal-hal
yang indah di sekeliling kita?

Aku percaya kita akan menjadi orang yang
berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur
untuk hal-hal yang baik dan mencoba melupakan yang
buruk.

Kita bukanlah orang tanpa kekurangan, begitu pula
dengan pasangan kita,kita tidak bisa membentuknya
menjadi sosok tanpa cacat.. kita ingin menerima
setiap orang dalam hidup kita dengan segala
kekurangannya sebagaimana mereka menerima kita
dalam hidup mereka…

Masa lalu adalah untuk dilupakan,tidak ada
kendaraan secanggih apapun yang mampu membawa kita
kembali kesana, jadi untuk apa mengungkitnya lagi?
syukuri yang anda peroleh sekarang…
lupakan yang telah lewat..
dan berbahagialah..

ps; khas untuk kwn kite X-PO

pss; pada sesape jua yg mengalami situasi di atas

Tribute Kepada Kawan Saya Encik


[Special Edition - Menjaga Hati] Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terlebih dahulu, saya nak memperkenalkan diri saya kepada anda semua. Kalau sape pernah terbaca artikel ini, Marc yang dimaksudkan adalah saya. Sahabat sehidup semati Encik. Setelah saya terbaca satu artikel [...]


[Special Edition - Menjaga Hati] Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terlebih dahulu, saya nak memperkenalkan diri saya kepada anda semua. Kalau sape pernah terbaca artikel ini, Marc yang dimaksudkan adalah saya. Sahabat sehidup semati Encik. Setelah saya terbaca satu artikel yang kurang menyenangkan hati, saya terpanggil untuk menulis artikel ini bagi pihak kawan saya, Encik. Pada saya, motif utama artikel tersebut adalah untuk memalukan kawan saya dan bukan sebab utama iaitu plagiarism.

Saya adalah salah seorang pembaca tegar blog ini dan saya juga pernah menulis artikel dalam blog ini dan artikel tersebut disudahkan oleh Encik. Anda boleh baca artikel ini. Idea asal oleh Encik. Setiap entri yang dikeluarkan oleh Encik akan dibaca oleh saya. Apa yang saya perhati, artikel yang dikatakan telah ditiru oleh kawan saya adalah lebih menarik daripada yang asal. Sebenarnya, hanya idea yang diambik bukan keseluruhan artikel ditiru. Bila pihak yang anggap itu artikel dia dan mendapati artikel yang telah diolah oleh Encik mendapat 'sambutan' dan banyak orang yang meninggalkan komen pada entri tersebut maka perasaan iri hati timbul dalam diri manusia tersebut.

Saya bukan nak memperbesarkan lagi isu ini. Seperti mana anda sedia maklum, isu ini telah diperbesarkan oleh se'kawan' mereka yang penuh dengan perasaan dengki dalam diri mereka. Saya bagi pihak kawan saya, ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada mereka yang sanggup meninggalkan komen di kotak komen blogger lain. Tapi yang saya hairan, mengapa mereka menggunakan anonymous semasa meninggalkan komen tersebut. Kalau rasa cara mereka betul, apa salah tinggalkan nama yang betul ataupun link mereka. Ini menunjukkan diri mereka adalah 'penakut'. Bak kata bro dude, takut dengan bayang-bayang sendiri ke hape? Mungkin jugak bro kalau dia hantu la. Hehe!

Mungkin ramai yang yang anggap isu ini telah tamat. Mungkin juga bagi kawan saya, tapi bagi saya tidak. Ini melibatkan aib seseorang. Sendiri mau ingatlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan yang binasa. Kita kalau nak bercakap atau nak mengeluarkan sesuatu perkataan dari mulut, kena pikir sebaik-baiknya. Mungkin bagi kita, semuanya betul tapi perlu juga ingat, persaan orang lain.

Saya kawan dari kecik sampailah sekarang, saya dah masak dengan perangai Encik. Dia ni terlalu lembut dan selalu menjaga hati orang lain sedangkan hati dia sendiri seringkali disakiti. Saya bagi contoh artikel Diam Bukan Tanda Takut untuk menggambarkan Encik Azizan. Sebab mengapa ramai orang senang bila berkawan dengan dia? Anda boleh baca entri ini. Tak kira apa jua keadaan, dia akan menolong kawan-kawan yang dalam kesusahan padahal dia sendiri kadang-kadang susah tapi tetap dengan perangai dia berdiam diri, tidak mahu menyusahkan orang lain. Sampai sekarang orang tidak bayar hutang dia tapi dia buat senyap je.

Banyak lagi entri yang beliau tulis sebenarnya untuk menggambarkan diri dia. Untuk pengetahuan semua, Encik Azizan tak akan berhenti menulis blog. "Saya akan derhaka kepada diri saya sendiri jika saya meninggalkan kelab ini" itu kata Arsene Wenger. Apa pula kata Encik kepada saya, "Aku tak mungkin akan berhenti menulis sebab itu dan menjadi minat aku dan aku tipu kepada diri sendiri kalau aku berhenti". Apa yang saya tahu, internet sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Dia juga pernah berkata, hidup dia kosong tanpa kawan-kawan dan lebih kosong tanpa internet. Satu lagi perkara yang buat saya hairan, kenapa lah dia ni minat giler dengan Arsenal dan kalau bercakap mesti pasal Wenger. Dia cakap, Wenger lagi banyak orang kriktik pasal dia tapi Wenger ni buat selamba je dan sentiasa berfikiran positif serta yakin dengan kebolehan dia.

Nasib baiklah Arsenal menang besar hari tu, kalau tak saya rasa hati Encik bertambah sedih lagi. Harap-harap pagi nanti, Arsenal akan menunjukkan kebolehan sebenar mereka apabila berdepan cabaran Celtic untuk Play Off Liga Juara-Juara. Kalau menang, lagi gembira la kawan saya sorang tu.

Encik ni, sepanjang kitorang berkawan. Marahnya tak lama. Rajuknya tak lama. Paling lama sehari je. Sebab dia pernah cakap, hidup dia rasa kosong tanpa kawan, buat apa dia nak marah dan merajuk dengan kawan-kawan dia. Untuk pengetahuan semua, Encik sekarang berada di negeri orang dan akan kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang pada 20hb nanti atau lebih senang lusa lah. Dia juga cakap lepas balik nanti dia nak letak balik chatbox tu. Dia rindu giler dengan kawan-kawan bloger. Tetapi itu bergantung kepada dia lah.

Terakhir, saya minta kepada mereka yang telah melakukan perkara ini harap sedarlah. Ini benda kecil dan tak patut diperbesarkan. Dan satu lagi jangan jadi penakut dengan menggunakan anonymous dan saya juga tidak suka orang bersifat hipokrit. Sekejap sebelah sana, sekejap sebelah sini. Kalau dalam politik, orang ni saya letak kan sebagai atas pagar dan gologan inilah sebenarnya yang merosakkan orang Melayu itu sendiri. Sebelum terlupa, saya guna panggilan Encik sebab semua orang menggunakan panggilan itu. Azizan tu dia pakai dalam blogging je.

Sekian.

ps: saya letak gambar Maria Ozawa sebab Encik cakap macam Cinta Laura