Sekarang gwe berada di McD. Lepak selepas seharian di MAHA 2010. Agak memenatkan sebenarnya tetapi menankjubkan. Mana tidaknya, lepas lepak di MAHA, terus ke wangsawalk tengok next three days. Cerita yang agak okei untuk ditonton. Hehe!
Hari ni masih mahu ke MAHA, semalam tak banyak yang sempat lawat. Dengar cerita hari ni banyak aktiviti yang best. Huhu! Malam ni pulak layan futsal bersama sama beloger lain. Wahh penat yang amat.
Okei la gwe mau melantak McChicken untuk sarapan pagi ni. Hehe!
Dah 22hb da ye arini. Cepat sungguh masa berlalu. Maknanya da 10 hari tak update blog ni. Kesian Belog susu kambing ni. Muahaha! Badan sengal, kepala pun sakit lagi la malas [...]
Dah 22hb da ye arini. Cepat sungguh masa berlalu. Maknanya da 10 hari tak update blog ni. Kesian belog susu kambing ni. Muahaha! Badan sengal, kepala pun sakit lagi la malas nak update belog. Semalam pulak Arsenal kalah lagi la tensen kepala otak nih.
Bila la demam ni nak sembuh. Tak sabar nak update cerita yang mantap mantap. Haha! 7 8 hari ni pon hujan lebat je. Kepada korang yang sudi datang belog ni saya ucapkan terima kasih dan juga kepada kekawan yang datang klik klik nuff kat sini. Korang yang klik tu tolong tinggalkan jejak korang ye, nanti senang la aku nak klik balik tuk korang.
3 hari lepas, masuk je belog nih rasa nak lempang je photobucket. Haha! Ada ke suruh upgrade ke pro. Tapi xpe la. Aku malas nak edit buat masa ni, kepala pening pening lagi. Nanti elok balik lah belog ni. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada korang yang tak jemu jemu datang walaupun dah 10 hari belog ni tak berupdate.
1171? Amenda tu? Tu la nombor ekor tuan puan. Lu orang Cina amiklah nombor tu kalau nak menang duit sejuta dan sorang awek cun. Apa korang buat kalau dapat duit sebanyak itu? Kalau saya sudah pasti saya buat kahwin. Kahwin empat beb. Berbaloi baloi. Kali ni nak bercerita kisah diri sendiri yang tak berapa kacak ini [...]
1171? Amenda tu? Tu la nombor ekor tuan puan. Lu orang Cina amiklah nombor tu kalau nak menang duit sejuta dan sorang awek cun. Apa korang buat kalau dapat duit sebanyak itu? Kalau saya sudah pasti saya buat kahwin. Kahwin empat beb. Berbaloi baloi. Kali ni nak bercerita kisah diri sendiri yang tak berapa kacak ini.
Hampir 80% kehidupan seharian aku lebihkan kepada komputer berbanding benda benda lain. Sampai bapak aku sendiri naik hairan apa yang menarik sangat sehingga aku sering terlepas makan tengahari. Nak kata aku ni anak emas tak jugak tapi bapak sanggup bayar bulan bulan [...]
Hampir 80% kehidupan seharian aku lebihkan kepada komputer berbanding benda benda lain. Sampai bapak aku sendiri naik hairan apa yang menarik sangat sehingga aku sering terlepas makan tengahari. Nak kata aku ni anak emas tak jugak tapi bapak sanggup bayar bulan bulan berukband aku ni. huhu! Mekaseh bapak, aku ada hadiah special utk kamu sempena hari bapa ni.
Pernah juga kawan kawan kat ukm dulu ajukan soalan tentang ni pada aku. Jawapan aku senang ada internet semua ley jalan janji wang dapat support kat belakang. Betul x? Aku tidak pernak bosan bila menghadap internet.
Aku tertarik dengan kajian yang dibuat oleh Economic and Social Commission for Asia and the Pacific(ESCAP), menunjukkan bahawa Malaysia berada di kedudukan kelima dalam lima negara asia paling ramai pengguna Internet mengikut populasi. Seperti New Zealand, Jepun, Korea Selatan, dan Singapura, Semua negara ini mempunyai antara 55% hingga 80% dari populasi penduduk yang menggunakan Internet pada tahun 2007.
Analisis ini menunjukkan pada akhir tahun 08. Aku pasti pada tahun 2009, penggunaan akan meningkat di kalangan penduduk negara kita. Selain itu lebih dari 50% penggunaan internet aku adalah untuk aktiviti membaca artikel online terutama mengenai berita bolasepak. Selebihnya tertumpu kepada aktiviti rangkaian bersosial seperti facebook termasuk juga update blog ini.
Bagaimana pula dengan anda? Layakkah anda digelar sebagai penagih internet? Fikir fikir la sendiri
ps: Sesape nak sponsor aku internet leh contact dan email aku. Thanks pss: Sesape yang belum merasa perkhidmatan internet sila sila lah register dengan segera
Ha ha ha! kah kah kah! Begitulah riuhnya kelas 6 Bestari selepas mendengar kata kata yang keluar dari mulut anak muda yang ingin menjadi PM bila dewasa kelak. Zizan pun tak tahu kenapa perkataan tu yang keluar padahal banyak lagi kerjaya selain nak jadi PM ni. Tapi Zizan bangga pada hari itu. Kenapa? Sebab [...]
Ha ha ha! kah kah kah! Begitulah riuhnya kelas 6 Bestari selepas mendengar kata kata yang keluar dari mulut anak muda yang ingin menjadi PM bila dewasa kelak. Zizan pun tak tahu kenapa perkataan tu yang keluar padahal banyak lagi kerjaya selain nak jadi PM ni. Tapi Zizan bangga pada hari itu. Kenapa? Sebabnya cita-cita Zizan je yang lain dari semua orang pada masa tu. Cikgu memuji Zizan kerana mempunyai semangat yang tinggi. Apalagi malu la jawabnya bila awek awek memandang kat kita pada masa tu. He he he!
Kalau korang nak tahu kat sekolah dulu Zizan dilantik sebagai ketua pengawas. Bez gler kalau kita jadi ketua dan ada orang hormat serta hargai jasa kita. Betul tak? Bila kita bercakap pasal nak jadi ketua ni kebolehan utama yang dinilai ialah sifat 'leadership' seseorang. Kalau kita fikirkan tentang perkataan 'leader', mungkin kita akan menceritakan tentang kebolehan seseorang untuk memimpin sesebuah organisasi tak kira lah di peringkat rendah mahupun tinggi dengan baik dan berkualiti. Macam cakap bekas Perdana Menteri kita yang lepas Pak Lah, CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.
Pada kebiasaanya, seseorang yang memiliki leadership yang bagus mempunyai kelebihan berbanding mereka yang kurang berkebolehan memimpin dalam melalakukan sesuatu kerja yang diamanahkan. Mereka juga lebih dipercayai dengan kebolehan yang mereka miliki. Untuk pengetahuan korang, skills ini sebenarnya boleh diajar dan diasah semasa peringkat kanak kanak lagi. Pada masa ini juga kita bole lihat banyak rancangan TV yang diacarakan oleh kanak kanak. Menjadi pengacara pada peringkat umur sebegitu juga merupakan cara untuk membentuk leadership.
Menurut buku 'Project Management & Leadership Skills for Engineering & Construction Projects, Barry Benator & Albert Thumann(2003)', Leadership Skills is the process of influencing individuals or groups to accomplish an organization goal or mission. daripada maksud tersebut, terdapat 3 point utama yang dapat kita bincangkan untuk mengetahui maksud leadership dengan lebih mendalam iaitu yang pertama ialah Leadership is a process yang bermaksud ianya boleh dalam satu tempoh sahaja dan bukan untuk dihitungkan dan juga bukan untuk dilupakan. Ke 2 adalah ianya melibatkan 'influencing individuals or groups'. sebagai seorang leader yanag bagus, kita perlu mempunyai daya pengaruh yang kuat kerana seorang leader tidak dapat menguruskan sesebuah organisasi dengan baik tanpa bantuan orang bawahan. Point yang ke 3 ialah seorang leader mestilah merancang dan merangka sesuatu kerja dengan baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Selain itu juga, ada sesetengah orang mengatakan 'he is a natural born leader'. Mungkin itu benar dan itu adalah anugerah daripada tuhan. Yang penting, leadership skills ada dalam diri masing masing dan mereka perlu buktikan sendiri pada orang lain. Zizan tidak dapat terangkan dengan lebih lanjut berkaitan leadership skills ni, mungkin 2, 3 hari pun tak habis kalau nak bahas pasal benda ni. He he he! Berbalik pada intro tadi, Zizan paling tak suka kena bagi speech dalam English setiap hari Ahad pada perhimpunan mingguan. Ngeh3!
Sudah beberapa hari belog ini tak berupdate, hari ini pasti menjadi suprise kerana aku sudah tukar blogspot theme yang baru. Suprise sangat ke? arghh, tak kisah la. Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang pakai wordpress mungkin itu lebih [....]
Sudah beberapa hari belog ini tak berupdate, hari ini pasti menjadi suprise kerana aku sudah tukar blogspot theme yang baru. Suprise sangat ke? arghh, tak kisah la. Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang pakai wordpress mungkin itu lebih cantik dan lagi suprise kan. Kali ini, aku nak kongsi sedikit pasal cinta dan masalah cinta pada masa sekarang.
Cinta Oh Cinta! Sungguh manis bila cinta itu di hargai..tetapi memang susah untuk sesebuah cinta itu dihargai sekiranya kita tidak pernah dan pandai untuk menghargainya. Aku yakin anda yang membaca entri ini pernah mengalami perasaan cinta dan tahu apa itu cinta. Ramai juga yang tahu bagaimana nak meluahkan kata kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya.
Cinta? Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Oit zizan! tadi cakap nak kongsi pasal masalah cinta. Mane nya? Oops, sori sori. Begini la kalau budak genetic bercerita pasal cinta, sampai motif utama tajuk pun diabaikan..he he he ! Tuan tuan dan puan puan pernah tak mengalami masalah cinta? mengapa? kenapa? Bukankah cinta itu indah, mengapa perlu ada masalah.
Sebulan yang lepas, sedang aku menghirup udara segar yang dikelilingi monyet monyet yang amat kiut, aku didatangi seorang kawan baik. Kami lepak sama. Hampir 10 minit sembang, aku diajukan soalan yang agak pelik..' encik, ko boleh tolong aku tak? sekali ni pon jadi la..boleh tak bagi aku pinjam duit.'. Aku pun kehairanan..so, aku tanye la dia balik masalah pe kan. Dia jawab masalah peribadi dan harap aku dapat tolong dia. Aku tanpa berfikir panjang dengan relanya menghulurkan duit kepadanya. Setelah dapat duit itu, dia mengucapkan terima kasih dan akan bayar secepat mungkin dan terus berlalu.
Sepanjang sebulan itu aku tak mengerti apa masalah sebenar yang dialaminya. Hinggalah 2 hari yang lepas, seorang lagi kawan aku memberitahu yang si Mamat tu ada masalah cinta. Dah beberapa hari asyik berkurung dalam bilik. Rupa rupanya dia telah berpisah dengan pasanganya dan duit yang dipinjamnya dari aku itu adalah untuk belanja pasangannya itu. Oh! sungguh dahsyatnya cinta. Sampai orang disekeliling turut terlibat. Bagaimana pula dengan anda? Aku harap cerita itu menjadi contoh dan sama sama pelajari mana yang baik dan dijadikan iktibar.
Cukuplah setakat ini dulu, kalau diikutkan sampai dua tiga pages pun tak cukup bila bercakap pasal cinta. Penulis juga mengalami perasaan cinta yang amat dahsyat iaitu cinta kepada ibu tersayang. Selamat Hari Ibu buat ibuku tercinta..Maaf sebab lambat wish yek. Susungguhnya anakmu ini amat menyayangimu dan menghargai jasa jasa ibu sejak dari lahir sampai la anakmu ini menoktahkan entri ini. Babai..
Cepat betul masa berlalu, hari nie dah masuk 5hb Agustus. Makin hari makin meningkat umur, nasib baik kalori lemak dalam badan x naik. Ades!! Jarang sekali saya menulis kisah kehidupan kat cni. Maklumlah hidup aku ni tidak semeriah [...]
Cepat betul masa berlalu, hari nie dah masuk 5hb Agustus. Makin hari makin meningkat umur, nasib baik kalori lemak dalam badan x naik. Ades!! Jarang sekali aku menulis kisah kehidupan kat cni. Maklumlah hidup aku ni tidak semeriah Lisa Surihani, tak seceria Paris Hilton dan tak sehebat Ronaldo. Hari-hari berada di rumah meneroka dunia dengan Celcom Broadband yang saya rasa selayaknya dipanggil celcom berukband.
Bukan apa, bila saya selalu menulis tentang kehidupan takut nanti tak pasal-pasal pihak politikus datang dengan sekapit beras, 3 kilo gula ditambah juga sedikit gandum ke rumah saya. Ingat saya tinggal kat India ke nak bagi gandum. Karenah orang berpolitik murahan. Tapi kalau yang datang tu satu family, dengan anak gadisnya sangat kiut untuk merisik itu saya alu-alukan.
Actually, artikel ini terbit selepas ada beberapa orang rakan beloger yang nak tahu sangat kenapa saya pakai nickname Azizan4444 tu. Okey, Azizan tu separuh daripada nama saya yang panjang dan agak unik iaitu Encik Mohd Azizan Abdul Kadir. Memang ramai yang tak percaya bila saya letak encik kat depan tu. Hakikatnya itu adalah my real name ok. Harap lepas ni tak perlulah lagi saya keluarkan kad pengenalan setiap kali masuk majlis.
4444? Ada orang cakap saya perempuan. Dia cakap nama tu comel, mesti tuan punya badan pon comel. Nak gelak pun tak sampai hati. Hei, saya lelaki sejati ok. Bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali, saya letaklah 4444 tu kat belakang. Kenapa? Sebab kuota untuk seorang lelaki kacak dan sejati untuk berpoligami adalah 4. Paham? Ok, bagus. Dengan ini terbuktilah yang saya seorang lelaki budiman dan bukan perempuan dan juga bukan golongan gei. Tapi kawan saya sebelah kaum Cina cakap, haiyak zizan lu pakai itu 4444 maksudnya mati juga xde ong (tuah) wo. Ada saya kisah? Saya orang melayu. Lelaki melayu terakhir katakan.
Soalan kedua yang mereka ajukan juga, kenapa saya pakai nama blog ni TinSusu'87. Ada sesapa di sini tak kenal tin susu? Dulu-dulu zaman melaka, saya suka permainan tradisional. Tak kira lah permainan apa yang melibatkan tin susu, mesti saya main. Tin susu ini juga tribute kepada sorang makcik yang sangat susah kehidupan sehariannya. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Betul ke? Kehidupan sehariannya dengan mengumpulkan tin susu untuk mencari sesuap nasi (mood sedih). Tetapi skang saya dah x jumpa lagi dengan makcik tu, xtaw la die masih hidup lagi atau tak. Untuk pengetahuan semua, makcik tu dah tua dan belom berkahwin. Moralnya, wahai kaum perempuan jangan memilih. Cepat-cepat kahwin ok? Hehe! Sebelum terlupa, 87 tu tahun saya lahir ke dunia yang indah ini. Masih bergetah kan? Haha!
Saya rase cukuplah sesi soal jawab untuk kali ini. Sedih ni. Lap air mata jap. Ok kekawan. I Lap Uolls. Muackz.
ps: Tiada lagi jambang dan janggut juga rambut terpacak. Haha!
Pagi yang sungguh dingin dan amat tenang sekali..Tengah tengah melayan kekwn beloger kt chatbox mlm tadi, mengantuk yang amat sangat aku rasai.Bukan senang perasaan mengantuk ni menguasai diri aku ini..tapi entah kenapa malam tadi aku terpaksa mengalah...Mungkin juga katil yang di penuhi bunga bunga cinta itu menarik perhatian ku.
Selepas 3 jam 3minit 3 saat aku lena di buai mimpi, maka bangkit la makhluk ensem ni katilnya.uhuhu!..sempat plak aku termimpi mimpi dalam mase 3 jam tu..Korang nak tau tak apa mimpi aku tu? tapi yang pasti bukan mimpi basah k..muahahaha! selepas mencuci muka, hanya 2 perkara bermain di kepalaku di pagi yg indah ini..1 mimpi indah aku tadi dan 1 lagi HUMAN GENETIC. Hajat di hati untuk menelaah note HUMAN GENETIC..Bosan la plak kalau duk study je..aku pun layan la SLUMDOG MILLIONAIRE secara sengaja sambil sambil study tu..Klu korang pernah tgk cite ni mesti korang tau ape yang aku nak cerita seterusnya..huhu!
Aku bukan nak cerita dunia realiti masyarakat India ek kat korang semua..Cuma nak cakap pasai pelakonya tu..JAMAL K. MALIK..Aku bukan hebat sangat nak jadi macam mamat tu sampai boleh 10 juta rupee setrusnya menang anugerah Oscar..Sori nak cakap (ayat cikgu aku kt matrik dulu)..Klu aku hebat sekali pun bukannya leh jadi cam jamal pun..Cuma mampu bermimpi saje..tp tu bukan mimpi ak td..haha! Mane ada pengarah filem kat Malaysia ni nak buat cerita mcm SLUMDOG MILLIONAIRE tu..so,mmg susah la aku nak kaya..Asyik asyik dengan cerita social problem dorang tuh..yang terbaru nih kluar plak BOHSIA...
Aku rase tajuk entri kali ni memang sesuai dengan aku...Ok ya, sudah karang 2 perenggan pasai cite ni..cukup la tu..Korang yang belum tgk lagi sila sila la tgk..kompem tak bosan dan akan menyentuh naluri anda semua. Kepada yang berjiwa sentimental, tonton dengan jiwa yang kental. Sila jangan menangis..Aku bagi 5 bintang utk filem ini.
ps; 10 Juta Rupee = RM 720,040.04, cukup ke untuk Lisa Surihani? pss; weih korang.aku mimpi Lisa Surihani la malam td..muahahaha!
Jumaat-24 April..Hari yang amat membosankan, nak study pun rase xde semangat..xtaw la knape.Dalam kebosanan yang teramat sangat ni aku terbaca plak pasal permainan tradisional...Alangkah menariknye kalau aku masih di alam kanak kanak dan bersama kawan kawan yang comel comel dan hepi hepi semuanya bermain permainan tradisional ini.
Mase kecik kecik aku memang suke sangat dengan permainan tradisional ni..xtaw la knape mungkin permainan ini tak membosankan aku. Permainan yang selalu aku main mase kecik kecik dulu agak pelik jgak..Mungkin korang semua pernah bermain permainan tersebut..
Aku nak kongsi ngan korang semua permainan yang selalu aku main ni..Antara permainan yang aku paling suke ialah rebut tiang..Korang tau x permainan tu? Permainan ini boleh dilangsungkan dengan jumlah pemain yang sedikit atau ramai. Kesemua pemain mesti berkumpul di tengah-tengah permainan iaitu pada kedudukan sama jauh dengan semua tiang. Masing-masing mencakung dalam satu bulatan dengan kedudukan menghadap ke dalam bulatan. Apabila dikira 1, 2, 3 dengan cara berjalan itik, masing-masing berlumba-lumba menuju ke mana-mana tiang pilihan. Siapa lambat dia tidak dapat tiang untuk dibuat "rumah". Maka bermulalah kemelut merebut tiang dalam permainan merebut tiang ini. Dalam permainan rebut tiang, pemain, gelaran juara pastinya mencerminkan kehebatan pemain. Juara ialah pemain yang tidak pernah kehilangan "rumah" iaitu tidak pernah menjadi perebut tiang. Pemain ini tentu tangkas pergerakkannya untuk berlari merebut tiang dan tajam penglihatannya untuk mengintai peluang yang sesuai.
Sekolah merupakan tempat aku bermain bersama kawan kawan. Mungkin sekolah aku dulu terlalu banyak tiang kot..muahaha..Waktu yang paling sesuai kitorang main adalah sebelum bermulanya kelas fardu ain sambil menunggu ustaz aku yg slalu datang lambat..Aku pernah sekali terhantuk tiang semasa main..terus pengsan..kuat jgak ak langgar tiang masa tu..seingat aku itulah pertama kali aku pengsan dan kali terakhir sampai arini..Kalau korang nak tau permainan ini akan berakhir apabila masing masing sudah keletihan.
Selain itu,aku juga suke permainan laga biji getah..Dulu aku tinggal di kawasan kampung yang dipenuhi pokok getah..Oleh sebab terlalu bosan,maka wujudlah permainan yang amat menarik ini dan sesiapa yang tak biasa main boleh bengkak tangan dibuatnya. Selepas aku pindah ke kawasan yang lebih maju sikit,nak kata bandar tak juga mungkin pekan la kot aku dah tak main permainan ni.
Bagi aku mase tu tak kira permainan ape janji menggembirakan..betul tak?Dalam permainan laga biji getah ini, kekuatan dan ketahanan tempurung dan ketahanan inilah yang hendak diuji. Permainan laga biji getah ini hanya sesuai untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Ini kerana untuk memecahkan biji getah itu memerlukan tenaga yang banyak dan tapak tangan yang kuat. Dari segi teknik, permainan ini agak pasif tetapi mendedahkan kepada kecederaan tapak tangan sekiranya kurang berhati-hati. Permainan ini hanya memerlukan kekuatan tapak tangan semata-mata. Berdua pun sudah memadai untuk menyempurnakan permainan ini. Namun penglibatan lebih ramai pemain pastinya lebih menyeronokkan.
Permainan seterusnya lagi menarik.Ia melibatkan tin susu yang kosong..Mungkin sebab itu juga aku namakan blog aku ni Tin Susu '87..87 tu tahun aku di lahirkan..Permainan ini di beri nama tuju pot..mungkin namanye berbeza dengan tempat korang.
Permainan ini adalah mudah dimainkan, tin susu disusun membukit di tengah padang oleh kumpulan A manakala pemain kumpulan B pula membuat balingan. Sekiranya susunan tin itu jatuh akibat lontaran bola tersebut, maka pemain kumpulan A akan cuba merebut bola itu dengan tujuan membalingkan kepada salah seorang ahli kumpulan B sebelum mereka sempat menyusun semula tin itu. Sementara itu, pelontar tadi hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat mungkin dan boleh ditolong oleh rakan-rakan sekumpulan dengannya.
Ini memerlukan kebijaksanaan para pemain untuk bekerjasama. Jika pelontar tadi berjaya menyusun semula tin-tin itu sebelum kena baling daripada kumpulan A, maka kumpulan B mendapat satu mata. Jika pemain kumpulan B terkena balingan daripada kumpulan A maka pelontar itu dianggap "mati" dan pemindahan balingan pula berpihak kepada kumpulan A. Andainya bola yang dilontarkan ke susunan tin itu dapat disambut sebelum mencecah tanah, maka ke semua pemain kumpulan B dikira "mati".
Perkara berikut akan berulang sehinggalah salah satu kumpulan mendapat kiraan mata yang tertinggi dalam masa yang ditetapkan atau kedua-dua kumpulan sudah bosan untuk meneruskannya.
Itulah antara permainan yang paling aku suka mase kecik kecik dulu..sesape yang minat permainan tradisional ni sile sile la kongsi bersama.
Agenda 1 kite,nampaknye ramai jgak pelawat planet tin susu '87 yang singgah untuk menjawab teka-teki pada entri sebelum ni..tp xde seorg pown yg berjaya menjawab kesemua teka-teki tersebut.. Susah sgt ker?Hahaha!
Setelah mendapat permintaan daripada kwn kwn beloger supaya ak meng'post' jawapan nye, jd aku dengan sukarela memberi jwpan yn paling sempoi untuk teka-teki tersebut...muahaha! Berikut ialah jwpan utk teka-teki tersebut..
Teka-teki ke 1
Q. Orang yang kene penyakit aids boleh tahan berape hari?
A. 3 HARI sebab A=AHAD I=ISNIN D=DAN S=SELASA Teka-teki ke 2
Q. Satu ela kain bersamaan RM3 ringgit satu ekor ayam bersamaan berapa ringgit? A. seekor ayam = 2 kaki sehaler kain = 3 kaki seekor ayam = 2 ringgit Teka-teki ke 3
Q. Bende ape bile simbah air sebanyak mane pon kedalaman paras air nye setakat tuu je tak naik-naik? A. mangkuk tandas hahaha
Agenda ke 2 kite plak..huhu..Sepanjang bulan april nih,nampaknye TIN SuSu '87 mendapat sambutan yang boleh dikatakan hangat la jgak walaupon x sehebat Slumdog Millionaire itu..ngee Tibe la penyampaian award plak..walaupon award ni x sehawt ABP mahupon Oscar..hahaha! Terima la seadanye..untuk pengetahuan semua,award ni adalah untuk bulan april dan di reka khas di ITALY..hahaha!
ps; Award ni untuk semua pelawat Planet TIN SuSu '87..amik jangan x amik..muahahaha! Pss; Nantikan award utk bln hadapan dengan design lebih hawt dan cun dari FRANCE plak..bye babes
Hmmm, rasenya artikel kali inilah saya terpaksa mengambil masa yang sangat lama. Idea nak menulis memang ada tetapi saya tak tahu bagaimana nak memulakannya. Mungkin ini artikel terakhir daripada saya. Dari dulu lagi, saya dengar orang kita cakap xnak terlibat dengan dunia politik, tapi makin hari [...]
Hmmm, rasenya artikel kali inilah saya terpaksa mengambil masa yang sangat lama. Idea nak menulis memang ada tetapi saya tak tahu bagaimana nak memulakannya. Mungkin ini artikel terakhir daripada saya. Dari dulu lagi, saya dengar orang kita cakap xnak terlibat dengan dunia politik, tapi makin hari makin ramai yang terlibat. Dewasa kini juga, ramai antara kita yang cakap xnak terlibat dengan masalah sosial tapi ada juga yang terlibat. Nak kate mereka tak pandai, tak jugak sebab ramai yang terlibat berpendidikan tinggi. Mungkin?
Cuba anda pikir, pernahkan setiap orang dikalangan kita tidak pernah melakukan kesilapan? Bagi saya, orang yang tidak pernah melakukan kesilapan adalah orang yang tidak pernah melakukan sebarang aktiviti ketika hayatnya. Setuju? Mungkin ada sesetengah orang tidak setuju sebab sudah termakan hasutan dakyah politik murahan. Selepas menulis, saya baca apa yang saya tulis. Penat baca saya tulis balik. Dan begitulah perumpamaan yang sesuai bagi seorang beloger.
Dulu, masa mula-mula saya beloging, saya selalu baca artikel-artikel camne nak naikkan trafiic blog. Saya terfikir penting ke nak naikkan traffic? Lepas saya baca, saya baca dan saya baca barulah saya tahu traffic tu perlu kalau anda nak menceburi dalam bisnes internet. Saya beloging bukan untuk duit tetapi untuk mengasah bakat penulisan yang saya ada dan berkongsi idea. Ada orang cakap kalau nak naikkan traffic perlu tinggalkan komen dekat blog yang PR die dah tinggi, dekat blog otai yang sedia maklum sudah popular. Itu memang cara yang mudah tetapi perlu ingat kita komen bukan semata-mata nak mencapub tanpa perlu paham apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kepada anda, saya nak bagi tips yang paling mudah nak dapatkan traffic. Tulis isu panas, saya yakin seorang daripada pengunjung blog anda akan lari dan sepuluh yang baru akan datang. Kalau tak percaya anda boleh cuba. Itu prinsip saya berbeloging.
Saya,kalau nak bercakap tentang politik saya x reti. Nak menulis pun saya x reti. Tetapi nak aplikasi saya reti. Kita tak payah pandang salah orang lain, sebelum mengkritik orang tengok diri kita dulu mcmane. Itu kata ustaz saya masa sekolah dulu. Saya bagi contoh yang paling mudah nak aplikasi karenah politik ni, dalam dunia blog sendiri. Kita ada blog, sudah tentu kita ada pembaca. Setuju? Dan pembaca inilah sebenarnya merupakan pengikut setia kita. Di sini kita boleh lihat persamaan dengan dunia politik. Ada ketua ada pengikut. Same la kita berbelog. Dan bila pengikut tu dah termakan hasutan ketua, dorang sanggup buat apa saja demi ketua dorang. Mereka tak pikir apa pandangan orang tentang mereka dan mereka rase bila ketua mereka hepi dorang pun hepi. Mereka inilah sebenarnya golongan orang kampung. Mengapa? Sebab ahli politik sendiri boleh makan semeja sesama mereka tak kira pihak kerajaan dengan pihak pembangkang sekalipun. Jadi mengapa perlu kita sebagai rakyat nak berbalah sendiri semata-mata setia kepada ketua yang penuh dengan agenda dan kepentingan tersendiri .
Saya, mengaku kalau saya buat salah. Sebab bagi saya setiap benda yang kita buat mesti ada salahnya. Saya juga tak kate orang bodoh, sebab golongan yang cerdik macam kita dulu asalnya datang dari kebodohan itu jugak. Saya buat artikel ni sebab terkilan dengan perangai beberapa orang kawan kita. Kalau betul saya buat saya mengaku. Tapi kita perlu ingat, sekarang di zaman moden, zaman internet. Setiap benda yang kite search kat Google tu mesti benda yang same akan keluar even berpuluh-puluh web yang kite jumpai.
Rasenye kepada sesape yang dah dapat message dekat kotak komen blog mereka mungkin dah tau apa maksud saya. Dan kepada yang belum tahu, saya nak bagitahu saya tak menipu, apa yang saya tulis mungkin semua orang dah tahu cuma apa yang saya tulis adalah idea dan pendapat saya sendiri. Kalau ada gaduh pendapat kat ruangan komen biasa la. Sebab itu dah menjadi asam garam dunia blogging. Kalau xde benda tu tiada guna sebenarnya apa yang anda tulis itu. Betul x?
Bagi mengakhiri luahan hati saya ini, saya nak memohon maaf lah kepada mane-mane pihak yang terasa. Saya cuma terkilan dengan sikap beberapa orang kawan kita. Kita hidup jangan jadi tali barut. Itu zaman Jepun, sekarang kita zaman merdeka. Zaman 1 Malaysia. Mungkin dorang gembira dengan apa yang mereka lakukan dan saya juga harap agar mereka selalu gembira.
Saya tak paksa anda semua nak baca blog saya atau tak. Sebab itu datangnya keihklasan dari diri anda sendiri. Bagi saya, saya akan bace sesebuah blog itu sekiranya blog itu bez untuk dikongsi. Sekian.
ps: satu lagi artikel bersifat keperibadian. pss: hjn lebat sedap tido psss: kalau sape nak taw gambar kat atas tu lah pencuri dan penipu korang semua pssss: saya beloging bukan untuk duit. babai
1. type of person you would settle down with? open minded and ade rupe.. (rupe syarat memilih pasangan dalam Islam..) ... sempurna sixth sense
2. type of parent-in-law you're hoping for? sporting,friendly, boleh teman aku tgk bola klu yg laki and yg pompuan plk leh tlg buatkn kopi utk kami..ni klu bini malasla..haha
3. when are you planning to settle down? yang ni da lame plan tp smpai skang tak menjadi...huhu..
4. how many kids do you plan to have? yang ni rezeki aku ngan bini aku la bpe org dapat nnti..muahaha (kena tanye bini dulu kang die xnak plak klu aku nak banyak anak) :P
5. what would you do if you partner is unable to give you off-spring? usaha sampai dapat la weih..lpas usaha kite same2 la tawakal..ngee
6. what would you do if your marriage is in a bad situation? terpaksa la aku jumpa Dr Fadzilah Kamsah..hehe..xpun beli bnyak2 buku die pasai umahtangga and sme2 baca..kah2..btol x?
7. what would you do if you're a divorcee? jgn la dimintak benda yg x elok..
8. what would you if the next morning you find out that your partner is dead? Allah lebih menyayangi mereka..