RHIANNON menunjukkan lidahnya selepas dibedah.
Jalani prosedur atasi masalah sebut abjad L
LONDON: Seorang pelajar, Rhiannon Brooksbank-Jones, 19, sanggup menjalani pembedahan memanjangkan lidah bagi membolehkan beliau mengusai dan mampu bertutur bahasa Korea dengan fasih berikutan minatnya yang mendalam terhadap budaya dan bahasa negara itu.Rhiannon adalah pelajar yang berhasrat untuk bekerja di Korea berikutan tertarik dengan kebudayaan dan bahasa itu.
“Saya belajar bahasa Korea selama dua tahun tetapi tahap penguasaan saya tidak begitu baik. Saya terpaksa berusaha keras mengeluarkan bunyi tertentu supaya ia tidak kedengaran pelik,” katanya kepada akhbar Daily Mail.
“Saya mengalami masalah menyebut abjad Korea L yang lazimnya mempunyai bunyi lebih tinggi berbanding bahasa Inggeris L dan lidah saya terlalu pendek,” tambahnya.
Bagi menyelesaikan masalah itu, beliau berjumpa doktor dan mendapati lidahnya terlalu pendek.
Walaupun tidak mempunyai masalah berbahasa Inggeris, Rhiannon tetap menjalani pembedahan untuk menguasai bahasa Korea.
Dalam pembedahan frenectomi bahasa, sebahagian tisu menghubungkan lidah dengan bahagian bawah mulut dipotong.
Pada 2002 akhbar Korean Herald melaporkan, beberapa kanak-kanak di Gangnam, Korea Selatan menjalani prosedur sama untuk membantu mereka berbahasa Inggeris.
Gadis itu berharap dapat mendalami pengajian Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Korea di Universiti Sheffield, sebelum memohon melanjutkan pengajian di Universiti Yonsei di Seoul.
“Orang Korea pemalu tetapi apabila kita mengenali mereka, mereka sangat mesra dan baik hati.
Mereka bersedia lakukan apa saja untuk anda,” katanya.
Beliau berkata, ibunya turut bangga dan mengalu-alukan minatnya terhadap kebudayaan negara lain di dunia. – Agensi
LONDON: Reece Donovan dari timur London didakwa di mahkamah kerana merompak pelajar Malaysia, Mohamed Asyraf Haziq Rossli, semasa rusuhan di London awal minggu ini, menurut seorang jurucakap Polis Metropolitan.
Menurut polis, Donovan berusia 21 atau 23 tahun.Insiden itu dirakam dan disiarkan di internet sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat dunia dan kerajaan Britain turut mengutuk perbuatan itu. - Agensi
KOTA BELUD: Seramai 130 penjaja pasar Ramadan Kota Belud bertuah apabila menerima sumbangan cenderahati daripada Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Hadir mengiringi Abdul Rahman ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid sebentar tadi.Kunjungan itu diserikan dengan penyerahan cenderahati termasuk apron dan topi sumbangan AmIslamic dan akhbar Berita Harian kepada penjaja serta penduduk Kota Belud.
Hadir sama menyerahkan cenderahati ialah Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Ketua Biro Berita Harian Cawangan Kota Kinabalu, Veena Rusli dan Eksekutif Kanan Projek Khas Berita Harian, Mohd Zainudin Ismail manakala AmIslamic diketuai Eksekutif Pentadbiran AmIslamic, Latif Lait.
KOTA BELUD: Berita Harian-AmIslamic Bank terus memanfaatkan keberkatan Ramadan al-Mubarak dengan meneruskan program Semarak Ramadan menerusi program kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan, Parlimen Kota Belud, di sini.
Pelancarannya disempurnakan Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Masjid Kampung Kelumbai, mukim Dundau pagi tadi.Program itu bertujuan membantu golongan miskin untuk sama-sama menikmati keberkatan Ramadan al-Mubarak, selain merapatkan hubungan antara Berita Harian-AmIslamic Bank dengan anggota masyarakat di negeri ini.
Program di siini dimulakan dengan penyembelihan seekor lembu sumbangan AmIslamic yang disampaikan Eksekutif Pentadbiran AmIslamic, Latif Lait untuk menjayakan kenduri rakyat di perkarangan masjid berkenaan dengan dihadiri kira-kira 200 penduduk kampung itu.
Hadir sama menjayakannya ialah pegawai dan kakitangan AmIslamic serta wartawan Berita Harian dan The New Straits Times Press (NSTP) Cawangan Kota Kinabalu.
ejajar niat murni untuk memperoleh keberkatan Ramadan al-Mubarak, program melapah daging turut disertai Abdul Rahman dan Latif serta Pengerusi Masjid berkenaan, Akoh Saton; Ketua Kampung Kelumbai, Alipudin Ghani dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Yusof Magit.
Program itu dimeriahkan dengan penyerahan 50 kampit beras, 60 kotak kurma dan wang tunai RM3,000 sumbangan AmIslamic bagi menyediakan juadah berbuka puasa yang disampaikan Eksekutif Pentadbiran AmIslamic kepada Pengerusi JKKK kampung berkenaan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Ketua Biro Berita Harian Cawangan Kota Kinabalu, Veena Rusli dan Eksekutif Kanan Projek Khas Berita Harian, Mohd Zainudin Ismail.
Esok, jelajah Semarak Ramadan berkunjung ke Felcra Nasaruddin (Belia), Bota daerah Perak Tengah, Perak diikuti Kampung Bukit Treh, Muar di Johor pada Isnin depan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadirinya.
GUA MUSANG: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui suaminya kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mereka di KM8 Jalan Gua Musang-Merapoh semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kedua-dua lelaki terbabit, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan wanita itu, ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi."Kedua-duanya direman hari ini bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, mayat Zainab Che Kob, 41, dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarganya.
Mayat Zainab ditemui dalam keadaan terlentang di dalam longkang dengan kesan kecederaan di belakang kepala oleh suaminya, Khiri Zam Mohd Naim, 30.
Khiri Zam berkata, isterinya keluar rumah kira-kira 8 malam kelmarin setelah merajuk dengannya kerana tidak memberikan wang RM100 yang dimintanya sebaliknya hanya menghulurkan RM50.
"Selepas isteri saya tidak pulang, saya mencari dan menemui selipar yang dipakai oleh isteri saya berdekatan longkang itu sebelum menemui mayatnya," katanya.
Beliau turut menemui coli dan seluar dalam Zainab yang disangkut secara berasingan di ranting pokok kayu berhampiran tempat mayatnya ditemui.
Khairi Zam berkata, beliau mengahwini Zainab pada April lalu dan tiga daripada 12 anak isterinya hasil perkahwinan terdahulu tinggal bersama mereka. - BERNAMA
BESUT: Tindakan pantas seorang bapa melaporkan kepada polis kejadian anak gadisnya dilarikan oleh tiga pemuda yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berjaya menyelamatkan anaknya itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria, berkata dalam kejadian 9.15 malam tadi, bapa berumur 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu terdengar jeritan anak gadisnya yang ketika itu sedang membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumah mereka di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut."Apabila keluar dari rumah, dia ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali sedang menarik anak gadis berumur 15 tahun itu ke dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang juga dinaiki dua lelaki lain.
"Tergamam dengan kejadian itu, si bapa tidak sempat mengejar kereta itu kerana ia berlaku terlalu pantas dan segera membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut sejurus kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bertindak atas laporan, satu operasi dilancarkan dengan bantuan orang ramai dan akhirnya polis berjaya menahan dua lelaki kira-kira 2.30 pagi ini hasil serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Manok, Pasir Putih di Kelantan iaitu kira-kira 20 kilometer daripada tempat mangsa diculik.
Kamaruddin berkata, gadis yang menjadi mangsa culik itu ditemui di rumah berkenaan dalam keadaan ketakutan.
"Berdasarkan pemeriksaan doktor yang dibuat di Hospital Daerah Besut pagi ini mendapati gadis berkenaan tidak diapa-apakan oleh suspek," katanya.
Polis kini menahan reman kedua-dua lelaki yang berumur 25 dan 17 yang berasal dari Kuala Besut itu untuk membantu sisatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Polis juga sedang menjejaki seorang lagi suspek dalam kejadian itu yang dipercayai melarikan diri semasa serbuan dilakukan. - BERNAMA
KAJANG: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, menyarankan agar satu kerangka diwujudkan untuk membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi belia yang berusia 21 tahun ke atas.
Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun."Walaupun ia mungkin tidak dapat dilakukan pada pilihan raya ke 13, namun satu 'road map' perlu diwujudkan untuk merealisasikan perkara itu.
"Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi, jadi kita perlu memudahkan proses tersebut agar mereka boleh berbuat demikian," katanya pada forum bertajuk "Reformasi Pilihanraya dan Pemurnian Demokrasi" di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini hari ini.
Saifuddin turut mencadangkan undang-undang berkaitan referendum diwujudkan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mematangkan demokrasi.
Katanya, kerajaan walau dari parti mana sekalipun perlu mendapat kelulusan terus daripada rakyat selain wakil rakyat di Parlimen untuk perkara yang besar.
"Perkara ini boleh dilakukan terutama di zaman ini di mana rakyat boleh dihubungi secara terus melalui teknologi komunikasi dan maklumat contohnya seperti e-voting," katanya.
Saifuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menyelar pandangan sesetengah pihak bahawa negara ini tidak demokrasi kerana parti yang sama memerintah negara sejak merdeka.
"Barisan Nasional (BN) tak pernah kalah tak semestinya bermaksud negara ini tidak demokrasi. Kita tak boleh lihat isu ini begitu simplistik," katanya.
Dua panel lain dalam forum anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Grup Peguam Abim (GPA) itu adalah Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Dr Mohamad Redzuan Othman dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi, Wan Mohd Firdaus Wan Fuaad. - BERNAMA
KOTA KINABALU: Seramai 19,191 kakitangan awam perkhidmatan awam Sabah akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri Sabah berkata, kos untuk pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini kepada penjawat awam adalah sebanyak RM16,166,364.40."Ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi anggota perkhidmatan awam dalam menjayakan program dan agenda pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat.
"Ini juga sebagai langkah untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pemberian bonus ini selaras dengan langkah yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri. - BERNAMA
PUSPAKOM merupakan pemeriksa kenderaan yang disahkan mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pemeriksa Kenderaan (Vehicle Examiner). Calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Diploma dalam Mechanical/Automotive atau setaraf. Fresh graduates juga digalakkan memohon.
Calon yang layak akan mengikuti kursus sebulan di akademi Puspakom dan juga latihan kerja (OJT) selama 1 hingga 6 bulan di kawasan Lembah Kelang. Terdapat lebih 100 kekosongan yang ditawarkan, bagi lepasan Universiti yang masih mengangur jangan lepaskan peluang ini. Untuk maklumat lanjut sila baca keterangan lanjut di bawah;
PUSPAKOM SDN BHD is an authorised Vehicle Inspection body. As part of our expansion plan, we invite the suitable candidates for the following position/s:
VEHICLE EXAMINER (Pemeriksa Kenderaan) :
(Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Selangor, Sarawak, Terengganu, Labuan, Putrajaya)
Responsibilities(Tanggungjawab):
- Perform vehicle inspectionin compliance to the Act, Standard Procedures and Rules & Regulations
- Prepare inspection reports.
- Ensure all equipment and tools for inspection purposes are in good conditions and well maintained.
- Perform any other duties as & when required by the Management.
Untuk maklumat lanjut, KLIK di sini.
Bukan sahaja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.
Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.
Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.
“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya.
Polis Britain menahan seorang lelaki yang ada kaitan kejadian samun terhadap pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq RossliMuhammad Asyraf menyatakan dia tidak berasa dendam berikutan kejadian di Barking, Isnin lalu.LONDON 12 Ogos – Polis Britain semalam menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian samun pelajar Malaysia oleh sekumpulan remaja yang berlakon membantunya ketika rusuhan di London.
Suspek berusia 20-an itu ditahan ketika pelajar jurusan akaun tersebut, Muhammad Asyraf Haziq Rossli (gambar) menegaskan dia tidak berasa dendam ekoran kejadian yang berlaku di Barking Isnin lalu dan ingin meneruskan pengajiannya di sini.
Scotland Yard dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan lelaki itu.
‘‘Pegawai polis hari ini (semalam) menangkap seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian seorang lelaki disamun oleh sekumpulan orang yang berpura-pura membantunya selepas dia diserang ketika rusuhan di London,’’ kata kenyataan itu.
Ia berkata, suspek dipercayai berumur 20-an kini ditahan bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, Muhammad Asyraf, 20, yang menjalani pembedahan bagi merawat tulang rahangnya yang patah ekoran kejadian itu kelmarin, telah dibenarkan keluar hospital pagi semalam.
Muhammad Asyraf melahirkan rasa terkejut ketika melihat rakaman video serangan ke atasnya.
‘‘Saya terkejut kerana sebahagian daripada penyerang itu adalah kanak-kanak. Saya juga tidak menyangka ada orang yang merakam kejadian ini,’’ katanya pada satu sidang media.
Pelajar tahun pertama itu berkata, dia memerlukan masa untuk memikirkan apa yang telah berlaku selepas menonton rakaman video berkenaan.
‘‘Adakah itu saya?’’ katanya.
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Agama Kristian secara hakikinya menentang keras dan tidak merestui amalan homoseksual dalam kalangan penganutnya.
Beberapa pemimpin ajaran Kristian di negara ini berkata, amalan tersebut seharusnya ditentang dan dibanteras agar tidak menjadi satu budaya yang menjatuhkan imej agama dan negara.
Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Pais berkata, amalan homoseksual sebenarnya telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh Jesus.
"Sejak dahulu lagi agama Kristian tidak bersetuju dengan perkahwinan sejenis. Berkahwin sesama lelaki adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan budaya ini tidak sepatutnya dibawa ke Malaysia.
"Jika budaya import itu dibawa ke mari, nescaya ia akan menyebabkan kemusnahan terhadap nilai-nilai murni yang telah dibentuk sekian lama," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini dan sekali gus menimbulkan banyak penentangan daripada pelbagai pihak.
Sementara itu, Paderi Gereja Anglican St. Margaret Keningau, Sabah yang hanya mahu dikenali sebagai Jeffry berkata, gejala tersebut harus dihalang daripada berlaku kerana ia bakal memberi implikasi yang buruk terhadap imej dan masa depan negara ini.
"Saya sebagai penganut Kristian sangat dukacita dengan cadangannya (Wen Feng) kerana ia telah memburukkan imej dan kesucian agama ini di mata masyarakat.
"Justeru, saya mengajak semua penganut Kristian yang prihatin untuk bersama-sama menentang serta-merta segala unsur yang bertentangan dengan kesucian agama seperti ini," ujarnya.
Dalam pada itu, paderi dari sebuah Gereja Methodist, juga di Sabah, yang mahu dikenali sebagai David berkata, Kristian sebagai agama yang mementingkan martabat sememangnya mengutuk gejala homoseksual kerana ia mencalar imej agama terbesar di dunia itu.
"Penganut Kristian perlu sensitif dengan perkembangan ini kerana ia akan memberi kesan yang besar terhadap keharmonian yang dikecapi oleh negara ketika ini," katanya lagi.
Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.
Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya
Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
Sumber
IPOH 13 Ogos - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) akan kekal menjadi milik negara walaupun berlaku pertukaran saham dengan AirAsia Bhd. (AirAsia).
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, jaminan itu diberikan berikutan separuh daripada pegangan saham dalam MAS dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah).
Beliau menegaskan, MAS tidak mungkin akan dijual kepada syarikat luar walaupun saham sebanyak 20.5 peratus telah diberikan kepada AirAsia.
"Ini kerana 50 peratus pegangan saham MAS masih dalam tangan Khazanah dan baki selepas pertukaran itu juga dimiliki agensi lain dalam kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke tapak pasar raya baru Mydin Mohamed Holdings Bhd. di Gugusan Manjoi di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin.
Beliau mengulas kebimbangan Dewan perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berhubung pertukaran saham antara MAS dan AirAsia bakal menyebabkan syarikat penerbangan nasional itu terdedah kepada pemilikan sepenuhnya syarikat luar pada masa akan datang.
Ahmad Husni berkata, penggabungan melalui pertukaran saham itu dilakukan bukan sahaja bagi berhadapan dengan persaingan dalaman tetapi juga persaingan dari luar.
Katanya, melalui penggabungan kedua-dua entiti itu, ia akan mewujudkan keseragaman struktur pentadbiran seterusnya membantu mengukuhkan kedudukan kedua-dua organisasi itu.
"Apabila berhadapan dengan pasaran global, tidak boleh ada dua entiti penerbangan yang bersaing antara satu sama lain.
"Maka dengan penggabungan tersebut dan berdasarkan pengalaman kedua-dua organisasi ini, ia mampu mengukuhkan lagi persaingan dalam industri penerbangan dengan dunia luar," katanya.
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kerajaan digesa menghalang cadangan paderi gay warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, jika perkahwinan itu dibiarkan berlaku, nescaya keruntuhan akhlak yang dahsyat bakal tercetus dalam kalangan rakyat negara ini.
"Jika perkahwinan itu dibiar berlangsung, ia akan memperlihatkan bahawa kita membenarkan perkahwinan seumpama itu di negara ini.
"Seterusnya, dia (Wen Feng) akan dijadikan idola oleh minoriti gay atau lesbian yang pada ketika itu berasa diri mereka diiktiraf dan dihargai.
"Akhirnya, komuniti ini akan menubuhkan NGO mereka sendiri dan bertambah berpengaruh sehingga mampu mengikis identiti agama dan bangsa semua orang," katanya kepadaMingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan Wen Feng yang membuat pengakuan terbuka untuk melangsungkan perkahwinan dengan 'kekasihnya' seorang lelaki warga Afrika-Amerika pada hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis itu bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan juga di negara ini.
Jelas Mohd. Jurit, berdasarkan pemerhatiannya, budaya songsang itu sebenarnya semakin menular dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mungkin disebabkan pengaruh media Barat yang gemar 'menghalalkan' watak gay pada cerita-cerita popularnya.
"Pencegahan awal seperti menghalang perkahwinan sebegini adalah amat penting bagi menjamin akhlak rakyat tidak runtuh. NGO juga perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam menentang perkembangan negatif ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, perkahwinan sejenis adalah bertentangan dari segi moral serta budaya dan tidak diterima di negara ini.
"Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis. Saya pasti masyarakat mengetahui hal ini, tetapi mengapa dia (Wen Feng) masih berdegil mahu melakukan majlis perkahwinan di sini.
"Jika dia masih mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya di sini bulan depan, bererti dia sudah melanggar Perlembagaan negara," tambahnya.
PUTRAJAYA: Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuatkuasa 13 September ini, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.
Pengumuman itu menamatkan spekulasi tentang kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 Sept ini selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.
"Jawatan KPN dan timbalannya merupakan Jawatan Khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata Hishammudin ketika mengumumkan perkara itu di sini.
Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendapatkan perkenan Baginda dalam masa terdekat ini.
Menjawab soalan pemberita, Hishammuddin berkata keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Musa bagi kali ketiga juga tidak kena mengena langsung dengan tekanan oleh mana-mana pihak.
Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 September ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin," katanya.
Katanya beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi perghargaaan kepada Musa sepanjang perkhidmatannya dalam PDRM.
Hishammuddin berkata kerajaan juga sedang melihat ruang untuk membolehkan Musa terus menyumbang pengalaman dan kepakarannya kepada kerajaan dan negara selepas ini.
Beliau berkata Musa juga merupakan calon terbaik untuk mengetuai inisiatif penubuhan Akademi Latihan di Langkawi International Shooting Range (Lisram) bagi menangani isu serta ancaman jenayah merentasi sempadan.
Pusat latihan bersepadu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi keselamatan itu bagi menangani jenayah siber, penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, penggubahan wang haram, anti-keganasan, senjata biologi dan bahan letupan.
"Saya sangat berbesar hati sekiranya Musa dapat mengetuai penubuhan akademi ini dari peringkat awal lagi dan saya percaya beliau akan berupaya untuk membantu merintis pusat ini menjadi Akademi Latihan yang tersohor dan diiktiraf dunia," katanya.-BERNAMA
Lagi kisah mengenai ugutan melalui jaringan sosial facebook. Memang berani mereka yang melakukan perkara seperti ini. Terbaru mengenai seorang banduan yang menhantar ancaman kepada individu tertentu.
LONDON: Seorang penjenayah Britain menggunakan kemudahan Facebook untuk menghantar ancaman kepada individu tertentu, lapor akhbar semalam.
Colin Gunn yang kini menjalani hukuman penjara 35 tahun kerana bersubahat membunuh dua orang berkata, dia akan membalas dendam terhadap individu terbabit sebaik dibebaskan nanti.
Sunday Times melaporkan, Gunn sebelum ini didapati bersalah mengarahkan pembunuhan terbabit dan diberi kebenaran membuka akaun dalam laman web sosial itu oleh pengarah penjara.
Dalam satu daripada tulisannya di Facebook, Gunn, 42, berkata: “Aku akan pulang satu hari nanti dan tak sabar merenung mata beberapa orang dan melihat ketakutan mereka memandangku.” Dalam tulisan lain, Gunn berkata: “Seronok apabila ada cara memberitahu kamu bagaimana keadaan aku dan sesetengah kamu akan menerima balasan.
“Sebahagian kamu mengecewakan aku dan akan menerima padah.” Sebelum dipenjara, Gunn mengetuai satu kumpulan penjenayah di Nottingham, tengah England, yang menjadi lokasi beberapa pembunuhan berprofil tinggi beberapa tahun lalu.
Sunday Times melaporkan, akaun Gunn di Facebook ditutup kelmarin.
Jurucakap Kementerian Perundangan Britain berkata, seseorang banduan hanya boleh dibenarkan menggunakan Internet untuk tujuan pendidikan, tetapi dilarang memasuki laman web sosial. - AFP
-Metro
PEKAN, 30 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak meminta seluruh rakyat Malaysia yang lebih berkemampuan supaya bersama-sama memberikan khidmat sukarela mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira warna kulit.
Perdana Menteri berkata kerajaan amat mengalu-alukan semangat sukarelawan itu kerana kerja amal dan bakti yang diberikan itu dapat mengharmonikan negara dan membawa kepada kesejahteraan rakyat.
"Ini petanda yang cukup baik bahawa khidmat bakti yang diberikan tidak mengenal soal etnik, agama dengan warna kulit tidak dibeza-bezakan, kita tidak memilih warna kulit kerana mereka yang kurang bernasib baik memerlukan khidmat kita," katanya ketika berucap merasmikan Kem Kesihatan dan Perubatan 1Malaysia di Kuala Pahang di sini Sabtu.
Kem sehari yang dikunjungi lebih 1,000 penduduk sekitar Parlimen Pekan itu dianjurkan oleh Kelab Rotary Metro Kuantan Diraja.
Turut hadir presiden kelab berkenaan, Dr S. Kanapathy Pillai, dan penasihat Kem 1Malaysia Datuk Dr Penny Tevaraj dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pahang Datuk Ishak Muhammad.
Najib berkata sumbangan yang dihulurkan oleh kelab itu merupakan satu nilai murni dan jelas menunjukkan sikap 1Malaysia yang memberikan amal kebajikan kepada penduduk Pekan tanpa mengharapkan balasan.
"Sebagai sebuah kelab, salah satu nilai utama kelab ini adalah memupuk semangat kesukarelawan dengan tujuan melakukan kerja amal dan bakti dan matlamat kesudahannya adalah untuk membangunkan sebuah negara yang aman dan harmoni serta rakyatnya dalam keadaan sejahtera.
"Jadi semangat kesukarelawan ini adalah sangat dialu-alukan oleh kerajaan kerana kesediaan untuk memberi balik peda masyarakat, rakyat dan negara adalah satu nilai murni yang saya sebagai PM 1Malaysia amat bangga apatah lagi di kalangan ahli kelab ini," katanya.
Najib berkata walaupun ahli kelab itu kebanyakannya bukan Melayu namun itu tidak mereka tidak menjadikannya sebagai satu alasan untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di Pekan yang majoritinya adalah Melayu dan masyarakat nelayan.
Katanya, mereka yang lebih bernasib baik seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki berbanding dengan mereka yang kurang berkemampuan khususnya penduduk di Kuala Pahang yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.
"Kita mesti sedar bahawa kita amat bernasib baik berbanding dengan banyak lagi yang kurang bernasib baik yang terpaksa bergelut dengan halangan dan cabaran untuk mendapatkan sesuap nasi terutama bagi mereka yang tinggal di perkampungan nelayan seperti Kuala Pahang.
"Jika anda mempunyai masalah, cuba fikir mengenai mereka yang tinggal di perkampungan ini yang menempuh pelbagai cabaran yang lebih besar dari kita. Masalah kita kecil sahaja jika kita mahu memilih restoran mana untuk pergi hari ini sedangkan mereka berharap dapat makan sedap petang ini bukan hanya ikan bilis tapi dapat makan ayam," katanya.
Beliau berkata impian penduduk Kuala Pahang itu hanya akan tercapai dengan sumbangan daripada golongan yang bermurah hati seperti Kelab Rotary Metro Kuantan Diraja.
-- BERNAMA
Lepas solat jumaat tadi, mak gwe ajak klua cari barang. Gwe tanye la nak cari barang apa. Last2 nak beli gula. Gula kat dapur da abes katenya. Apasal mak tak beli semalam je, harga gula dah naik la 20 sen. Sampai je kat kedai runcit tu, dengar bising suara ibu ibu bercakap tentang harga gula yaang naik sebanyak 20 sen malam tadi.
20 sen tu kalau nak diikutkan memang tak banyak. Tapi kalau banyak kilo kita beli, memang terasa jgak la kenaikkan 20 sen tu.[...]
Ini petikan yang gwe amik dari kosmo;
Harga jualan runcit gula di pasaran dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram menjadi RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa mulai pukul 12 malam tadi.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram. "Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.
"Harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini. Sebelum ini harganya 14 hingga 16 sen AS (Amerika Syarikat) bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen AS, jadi kerajaan perlu menaikkan harga gula," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Kali terakhir harga gula dinaikkan ialah pada 13 September 2006 iaitu sebanyak 5 sen daripada RM1.40 kepada RM1.45 bagi Semenanjung manakala RM1.55 bagi Sabah dan Sarawak.
Jika tidak dinaikkan, Mohd. Zain berkata, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.
Bagi sesetengah individu memang tidak terasa sangant dengan kenaikkan harga ini. Tetapi Bagaimana dengan peniaga-peniaga kedai makan? Gwe rase makanan mesti mahal selepas kenaikkan harga gula ini. Kite juga yang kena tempiasnya nanti.
ps; lepas ni agak2 barang pe plak yang naik harga ye?

Semalam, aku ada terbaca satu artikel Harian Metro yang mengatakan terdapat sebuah '
restoran berahi' di ibu kota yang mirip luar negara. Dalam artikel tersebut, restoran tersebut menyediakan pelayan hanya bercoli dan berseluar dalam sahaja [...]
Semalam, aku ada terbaca satu artikel Harian Metro yang mengatakan terdapat sebuah '
restoran berahi' di ibu kota yang mirip luar negara. Dalam artikel tersebut, restoran terbabit menyediakan pelayan hanya bercoli dan berseluar dalam sahaja bagi menarik pelanggan yang berpoket tebal.
Hari ini, pihak polis memanggil dua wartawan yang berita itu ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur untuk mengambil keterangan berhubung artikel tersebut. Menurut pihak polis, laporan tentang kewujudan restoran tersebut adalah palsu kerana restoran itu tidak wujud di ibu negara.
Pada pendapat aku, restoran ini mungkin wujud tetapi pemilik restoran lebih pantas bertindak ekoran berita mengenai restoran tersebut telah tersebar diakhbar. Tetapi sekiranya restoran ini benar-benar tidak wujud, terbuktilah Harian Metro nampak sangat mahukan akhbar diorang laris dengan menulis berita-berita sensasi tanpa siasatan yang lanjut diambil.
Sumber: Utusan Malaysia Online