
Salam semua. Kepada lelaki, hari ni saya nak bagi tips kat anda semua. Tips nak jadi kacak, Ahakz. Tips kali ini adalah tips memilih minyak wangi. Minyak wangi tidak asing lagi bagi lelaki masa kini. Berbeza dengan dulu, haruman dan [...]
Salam semua. Kepada lelaki, hari ni saya nak bagi tips kat anda semua. Tips nak jadi kacak, Ahakz. Tips kali ini adalah tips memilih minyak wangi. Minyak wangi tidak asing lagi bagi lelaki masa kini. Berbeza dengan dulu, haruman dan wangian lebih sinonim dengan wanita. Zaman sekarang lelaki perlu menitikberatkan kepada penjagaan dan kekemasan diri termasuklah menyembur haruman.
Pemilihan minyak wangi yang sesuai dapat menyerlahkan karektor diri anda untuk menjadi kacak dan berimej lelaki maskulin. Dengan pemilihan haruman yang sesuai akan memudahkan anda untuk mendekati wanita. Tips daripada penggoda wanita. Haha! Kepada wanita juga, anda boleh mengambil peluang ini untuk menghadiahkan teman lelaki anda dengan minyak wangi yang sesuai. Jangan pula anda memberi minyak wangi kepada teman lelaki yang mempunyai haruman bunga, itu amatlah tidak sesuai sekali.
Minyak wangi dikelaskan mengikut haruman seperti bunga bungaan, buah, lautan, kehijauan, oriental dan tumbuhan kayu. Di antara jenama minyak wangi yang popular di kalangan lelaki ialah Armani Attitude Extreme, DKNYMEN, The Polo Black Collection Eau De, De Toilette Spray dan banyak lagi. Bagaimana dengan One Drop Perfume? Kepada wanita yang ingin menghadiahkan teman lelaki mereka bolehlah mencuba De Toilette Spray. Haha!
Berikut ialah tip tip untuk memilih minyak wangi ideal;
1) Ketahui fungsi minyak wangi iaitu samada daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette ( semburan).
-Kebiasaanya kebanyakan lelaki tidak mengutamakan tip ini. Tips ini adalah penting kerana ia sangat mempengaruhi bau badan anda.
2) Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.
-Sesuai untuk mereka yang sibuk seharian.
3) Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya.
-Sebaiknya sembur haruman pada kertas atau pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan. ( macam kena Virus H1N1 plk. Haha!)
4) Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan sesuai atau tidak
5) Sembur pada nadi , leher dan pergelangan tangan.
-Cara ini adalah untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak
6) Haruman pada setiap orang adalah tidak sama walaupun memakai wangian yang sama
-Ini kerana faktor hormon badan dan biologi
7) Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan haruman dan mencuba haruman yang lain
-Rasanya nak dapatkan biji kopi kat kedai masa membeli amatlah susah. Haha!
8) Usah terburu buru membuat keputusan dalam memilih minyak wangi.
-Anda dibenarkan untuk menghidu seberapa banyak haruman dan perlu ingat wang sekarang dalam wallet anda. Haha!
9) Tip terakhir ini adalah yang paling penting. Jangan malu mendapatkan bantuan dan bertanya kepada jurujual mengenai sesuatu produk yang kita ingini.
- Kalau jurujual awek cun, lagi la saya suka. Muahaha!
Itulah serba sedikit tips berguna yang boleh digunapakai semasa memilih minyak wangi. Saya mahukan De Toilette Spray, ada sesapa yang ingin hadiahkan? Harganya tak mahal cuma RM 280. Haha!





