Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tips Untuk Lelaki Kurang Hot Tapi Cool


Siapa kata lelaki kurang tampan tidak menjadi rebutan dewi dewi cinta? Siapa kata wanita hanya mementingkan wajah yang kacak, wang ringgit dan material untuk mendekati lelaki? Jika ada yang berpendapat begitu, fikirkanya semula. Tidak sukar bagi [...]


Siapa kata lelaki kurang tampan tidak menjadi rebutan dewi dewi cinta? Siapa kata wanita hanya mementingkan wajah yang kacak, wang ringgit dan material untuk mendekati lelaki? Jika ada yang berpendapat begitu, fikirkanya semula. Tidak sukar bagi seseorang lelaki untuk didekati oleh wanita meskipun anda kurang tampan.

Apakah yang membuatkan seorang wanita menyenangi seorang lelaki? Rejim penjagaan diri yang betul dan kebersihan diri sudah memadai membuatkan wanita ‘cair’.

Jika selama ini anda mengabaikan rejim penjagaan diri, apa kata mulai sekarang anda mengubah sikap itu.

Anda tidak perlu memakai pakaian yang mahal dan minyak wangi berjenama untuk memikat hati seseorang wanita. Sebaliknya, seorang wanita amat meyenangi seorang lelaki yang kemas penampilanya, bersih dan tahu membawa diri mengikut situasi.

Hakikatnya, tanpa secalit sapuan alat solek di wajah lelaki sudah cukup membuat seorang wanita terpesona. Namun, tidak ramai lelaki yang tahu bahawa mereka memliki faktor 'XXX' yang mampu mencairkan hati wanita jika kena caranya.

Jadi, apakah faktor yang perlu dititikberatkan oleh seorang lelaki? Ikuti tip-tip berikut:

Kulit Wajah

Saban hari kulit kita terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan percemaran udara di samping cahaya ultra ungu yang boleh memudaratkan kesihatan. Kesannya kulit akan beransur ansur berubah mejadi kusam dan tidak bermaya.

Bagi lelaki yang mementingkan kebersihan dan kesempurnaan kulit wajah, saya cadangkan anda menggunakan produk penjagaan kulit. Gunakan pembersih wajah yang bersesuaian dengan kulit anda setiap pagi dan sebelum tidur. Ini membolehkan sel sel mati dihapuskan dan membersihkan liang roma bagi mengelakkan jerawat di samping menghilangkan kekotoran.

Saya nak ingatkan kepda anda semua, berhati hati dengan kulit wajah anda terutama mereka yang mempunyai kulit yang berminyak.

Gigi

Gigi adalah salah satu faktor penting dalam rejim penjagaan diri. senyuman yang menawan sangat penting. Namun, pastikan anda tidak mempunyai masalah gigi dan mulut. Kurangnya penjagaan mulut dengan baik menyebabkan nafas berbau.

Dapatkan rawatan pergigian mengikut masa yang tertentu dan selalu berjumpa doktor gigi di samping itu anda perlu menggunakan produk pemutih gigi yang ada di pasaran ataupun dengan cara anda sendiri.

Rambut

Rambut yang pendek nampak lebih kemas dan mudah diurus berbanding rambut panjang. Tetapi rambut yang panjang boleh dijaga dengan perapi yang bersesuaian.

Rambut kering boleh dicegah dengan perapi selepas rambut dicuci dan kelemumur perlu dielakkan bagi mendapatkan rambut yang sihat. Antara masalah rambut yang dialami lelaki muda ialah rambut beruban menyebabkan keyakinan diri berkurang.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mahupun anda berkunjung ke salon rambut.

Misai, Janggut dan Jambang

Ini merupakan fitrah seorang lelaki termasuk la saya sendiri. Apabila anda memilih untuk menyimpan misai dan jambang, pastikan anda menjaga kedua dua aksesori lelaki ini supaya tidak berserabut.

Seeloknya misai atau jambang dicukur kemas untuk gaya yang bersih. Sesetengah wanita menyukai lelaki yang mempunyai rerambut di tubuh badan terutama di wajah dan dada.

Bau Badan

Faktor terbesar mengapa lelaki kurang didampingi wanita adalah bau badan. Biarpun mungkin ada yang beranggapan masalah bau badan sering berlaku kepada individu yang bertubuh besar, sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Untuk pengetahuan anda, bau badan adalah dipengaruhi oleh makanan dan faktor kebersihan. Oleh itu anda perlu menjaga pemakanan anda.

ps: Lisa surihani cakap dia suka lelaki macam saya sebab ada janggut dan jambang yang cun lg hawt.haha

Ilmu Kempis Perut Paris Hilton


Cukup sudah sebulan aku kat rumah. Nafsu makan aku semakin tinggi bila berada di rumah. Aku naik runsing bila memikirkan keadaan perut yang semakin [...]

Cukup sudah sebulan aku kat rumah. Nafsu makan aku semakin tinggi bila berada di rumah. Aku naik runsing bila memikirkan keadaan perut yang semakin mem'boroi'. Perut pompuan pun tak nampak sangat membesar even hamil 2 bulan. Kalau lah ada petua diet Paris Hilton kan bagus.

Betul ke boroi ni petanda bahaya? Nasib baik lah aku sempat blajar petua kempis perut ini dengan nenek Si Paris Hilton masa zaman aku kecik kecik dulu. Walaupun aku kurang fasih speaking tapi boleh la nak paham apa yang dia cakap.

Zizan, ko tau tak camne nak kempiskan perut? Mai sini aku ajar ko petua nenek Paris Hilton,

Cara 1 - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga peruk menjadi kempis.

Cara 2 - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan dikacau sehngga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut turut. Gendut akan menjadi kempis.

Cara 3 - Puasa aje, sampai perut tu kempis

Sesape yang rasa diri mereka mengalami simptom simptom boroi ni cepat cepat lah berbaik dengan Paris Hilton dan jangan biarkan Christiano Ronaldo je yang boleh makan dia.

Relevenkah aku ikut petua ini atau aku perlu mengikut saja petua Victoria Beckham?

ps: Oii Paris, ko tolong translate balik petua tu kot kot ada mat salleh sesat yang nak baca entri ni.