Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta?


Salam tangan kanan saya hulurkan. Dari mata turun ke tangan, dari tangan turun ke hati. Apa maksud ayat itu ye? Saya tahu tulis tapi xtaw maksudnye. Artikel kali ini saya nak menulis bagaimana Wenger mengajar saya bercinta. Untuk pengetahuan anda [...]


Salam tangan kanan saya hulurkan. Dari mata turun ke tangan, dari tangan turun ke hati. Apa maksud ayat itu ye? Saya tahu tulis tapi xtaw maksudnye. Artikel kali ini saya nak menulis bagaimana Wenger mengajar saya bercinta. Untuk pengetahuan anda semua, saya dan Wenger merupakan rakan sejawat dalam arena bola sepak.

Dulu masa saya menceburi diri dalam dunia management bola sepak, saya tak tahu sangat selok belok bola sepak nie. Yang saya tahu bagaimana nak jual beli player, negotiate gaji player dan kalau nak scout wonderkid dalam bola sepak juga mungkin saya tahu tapi itu baru sedikit. Selepas 5 tahun saya dalam bidang ini, Wenger memuji kehebatan saya bagaimana saya menguruskan sebuah kelab yang begitu kerdil, Eastbourne Boro sampai menjulang semua kejuaraan termasuklah juara liga 23 tahun berturut-turut sampai hari ini.

Saya nak berterima kasih kepada Wenger kerana memperkenalkan satu tactic yang begitu sempurna kepada saya. Saya namakan tactic itu sebagai Azizan 4-1-3-2. Tetapi saya hairan kenapa beliau sanggup berkongsi dengan saya sedangkan cara itu boleh menjatuhkan kelab dia sendiri. Dua tiga malam saya berfikir, kaji selidik apa motif sebenar beliau. Hari ini, baru saya tahu bahawa tactic tersebut bukan sahaja untuk memenangi sesuatu perlawanan tetapi tactic tersebut memang sesuai untuk memenangi hati seseorang tak kira lah lelaki kacak atau perempuan cun.

Ikuti ulasan saya mengenai formasi ini. Dalam tactic ini, saya ada dua orang penyerang yang sungguh prolifik. Salah seorang daripada mereka dikenali sebagai target man. Bagi memudahkan cerita, saya andaikan mereka sebagai perempuan nakal dan perempuan cun. Target man pula salah seorang daripada mereka dan sudah tentu menjadi pilihan bola (lelaki kacak) adalah perempuan cun. Perempuan cun sangat bertuah kerana sentiasa menjadi kegilaan lelaki kacak.

Seterusnya, di bahagian midfield, saya ada tiga orang player yang begitu hebat. Penuh dengan skills dan kemahiran drible yang begitu tinggi. Saya andaikan tiga player saya ini sebagai 3 elements penting dalam bercinta. Element pertama, kecantikan paras rupa, kedua, agama dan ketiga harta dan keturunan baik-baik. Dengan adanya 3 elements ini, maka bola (lelaki kacak) akan sentiasa menemui sasarannya iaitu target man (perempuan cun).

Di bawah 3 midfielders saya ini, saya letak seorang defensive midfielder. Bagi sesetengah manager, mereka tidak memikirkan sangat tentang perkara ini. Tetapi bagi saya benda ini penting bagi memantapkan bahagian atas. Mengapa? Apa yang saya maksudkan dengan satu ini ialah ikatan perkahwinan. Sesebuah kemenangan perlu dipertahankan hingga ke wisel penamat dan defensive midfileder ini lah yang memainkan peranan penting. Begitu juga dalam sesebuah hubungan, ikatan perkahwinan perlu bagi memastikan kebahagian sesebuah cinta tersebut. Paham? Bagus.

Bagaimana pula dengan empat orang defender saya? 4 kat cni bermaksud kuota lelaki berpoligami. Kalau dah puas dengan yang lama kawen lagi dengan yang baru. Saya melawak je. Hehe! jangan marah nanti kena jual. Okey, 4 kat cni saya anggap sebagai tanggungjawab seseorang tak kira lelaki kacak atau perempuan cun. Pertama, tanggungjawab kepada pasangan. Ini penting bagi menjaga dan mengekalkan hubungan masing-masing. Perlu memahami satu sama lain. Kedua, tanggungjawab kepada anak-anak. Anak-anak perlu dididik dengan penuh kasih sayang supaya menjadi anak yang berguna kepada bangsa dan negara. Ketiga, tanggungjawab terhadap keluarga mentua. Perlu menjadi menantu yang baik. Dan yang terakhir ialah tanggungjawab terhadap kerjaya.

Bila dah sempurna formasi ini, bermakna cinta yang anda bina bersama si dia telah berjaya. Ada kawan saya cakap, saya hanya membuang masa dengan game bola yang tak berfaedah, tetapi bagi saya bukan setakat menghilangkan bosan saya, dapat juga saya mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Terbukti dengan bola pun kita boleh mencari awek cun. Bagaimana? Caranya dengan datang ke stadium dan skodeng aweks cun. Hehe! Sekali lagi saya melawak. Carannya adalah seperti apa yang huraikan di atas.

Kepada anda yang tidak minat bola tu, buat-buatlah minat. Mana tahukan suatu hari dapat suami giler bola, bangun kul 2 3 pagi nak tengok bola. Sape yang kena buat kopi? Anda juga yang bergelar isteri, so kesimpulannya makan bola, tido bola, cinta bola dan bola-bola api. Haha! Sekian

ps: cita-cita manager bola nak jadi pakar motivasi

Cinta Itu Bosan Jika Si Dia ...?


Hai cinta. Buat pe tu? Kamu sihat? Dah makan? Ini adalah satu contoh ayat klise tetapi itu adalah hakikat bagi mereka yang sedang mabuk cinta. Bagaimana cinta anda dengan si dia? Bahagia atau membosankan anda? Saya harap [...]

Hai cinta. Buat pe tu? Kamu sihat? Dah makan? Ini adalah satu contoh ayat klise tetapi itu adalah hakikat bagi mereka yang sedang mabuk cinta. Bagaimana cinta anda dengan si dia? Bahagia atau membosankan anda? Saya harap semua berjalan dengan sempurna.

Cinta sangat manis sekiranya sifat memahami antara satu sama lain disemai dalam sanubari anda. Tetapi cinta anda dengan si dia akan lebih bosan sekiranya si dia ....

Kuat Cemburu
Semua orang tahu apa itu cemburu. Setiap kali anda bersama dengan si dia, setiap tingkahlaku anda diperhatikan sehingga anda rasa tidak bebas dengan kecemburuan yang ditunjukkan oleh si dia.

Meragui Cinta Anda
Setiap hari anda diajukan dengan soalan yang sama menyebabkan anda berasa rimas. Betul ke u cinta i? Apa bukti u cinta i? Ini adalah antara soalan yang boleh menyebabkan hubungan anda dengan si dia semakin jauh. Perlukah cinta itu ditayang dan adakah cinta itu akan tebukti dengan
luaran? Sedangkan saya yakin situasi seperti ini sebenarnya menjauhkan lagi jarak anda dengan si dia.

Busy Body
U keluar mana tadi? Dengan siapa? Semua benda yang anda buat dia nak tahu. Actually, ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap pasangan yang sedang bercinta. Diri anda bagaikan dikongkong dengan setiap gerak geri anda diperhatikan. Sampaikan mandi pakai sabun apa pun dia nak tahu. Hebatkan cinta?

Susah Nak Ajar
Semalam dah tegur, hari ini buat lagi. Tegur dan buat lagi sehingga anda sendiri muak dengan peragai si dia yang sangat degil. Bodoh sombong, Pandai tak leh tumpang, bodoh tak leh nak ajar, mungkin pepatah ini yang sesuai menggambarkan pasangan anda itu.

Kaki Kritik
Semua benda yang anda buat tidak betul. Ini salah itu salah. Semua bagaikan tidak bez bagi dia.
Perasan dia bagus dan betul. Arghhh bosannya cinta.

Saya nak senarai banyak pun takda guna kalau si dia tetap juga tak ubah. Betol x? Apa yang saya cakapkan di atas merupakan benda basic yang selalu si dia buat sehingga cinta anda amat membosankan dan tidak seindah apa yang anda impikankan ketika saat anda memerlukan cinta si dia. Mungkin anda sendiri mahu menyatakan hasrat hati anda kepada pasangan anda itu. Jom luahkan!

Cinta Cyber Memang Stylo


Pesanan dari penaja, jangan lupa klik iklan bagi membantu saya yang kekurangan wang ringgit. Intro dengan iklan racun perosak. Makan kenyang, tidur lena, mandi basah dan mimpi pun basah. Itu tandanya? [...]

Pesanan dari penaja, jangan lupa klik iklan bagi membantu saya yang kekurangan wang ringgit. Intro dengan iklan racun perosak. Makan kenyang, tidur lena, mandi basah dan mimpi pun basah. Itu tandanya? Itu tandanya saya sihat fizikal dan mental untuk menulis artikel yang agak keterlaluan ini.

Hello semua, nama saya Mr. Lonely. Hari ini saya dijemput khas oleh Azizan4444 yang senda berdansa dengan dara sunti untuk menulis satu lagi isu yang berkaitan kisah cinta lelaki dengan perempuan bukan cinta pasangan gay juga bukannya hubungan lesbo. Tetapi hakikat cinta cyber memang begitu.

Saya mendefinisikan cinta cyber seperti berikut, cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang begitu obses dengan laman sosialnya dan bermula dari satu ayat yang dramatis sehingga mencairkan hati yang sebelum ini agak pejal. Cinta cyber jgak boleh didefinisikan sebagai cinta jarak jauh melebihi dua marhalah.

Bagaimana anda menilai cinta cyber? Bagi saya cinta cyber adalah satu cinta yang sangat unik dan nilainya sangat tinggi sekiranya cinta itu dapat disemai hingga ke jinjang pelamin. Tetapi sekiranya perkara sebaliknya berlaku, itu adalah salah anda mungkin juga salah laman sosial tersebut.

Cinta cyber boleh dilihat dengan cara Rhea merujuk Ezany, Cik Aina merujuk dengan Ayie, Azizan4444 merujuk pula dengan Nine. Cinta mereka sangat hebat dan saya sangat kagumi dengan cinta cyber mereka itu. Tetapi anda jangan tertipu dengan pasangan last itu kerna mereka adalah lelaki sejati dan tidak mungkin terjerumus ke dalam dunia gay. Sori tuan umah terkutuk sedikit. Haha!

Untuk pengetahuan anda semua, Kalau tak silap Cik Aina akan melangsungkan majlis pertunangan mereka dalam masa yang terdekat. Tahniah daripada saya Mr. Lonely sekeluarga. Semoga kekal bahagia selamanya.

Taraa! Ni dia Cik Aina.


Betollah cinta cyber memang stylo. Nampaknya saya pun kena ceburi bidang terjun ini jgak agar title Mr. Lonely bertukar menjadi pria terhebat. Chow.

ps; artikel kosong tapi penuh dengan pengertian.

Mabuk Cinta?


Lelaki? Perempuan? Lelaki? Perempuan? argh diam la. Ada sesape antara korang yang pernah jatuh cinta? Ada tak yang pernah putus cinta? Aku pasti kebanyakan cinta remaja kini hanya setengah jalan, memang jarang nak jumpa sesebuah [...]


Lelaki? Perempuan? Lelaki? Perempuan? argh diam la. Ada sesape antara korang yang pernah jatuh cinta? Ada tak yang pernah putus cinta? Aku pasti kebanyakan cinta remaja kini hanya setengah jalan, memang jarang nak jumpa sesebuah cinta itu berakhir dengan perkahwinan. Btol x? Bagi korang semua, siape yang lebih setia dalam cinta? Lelaki atau perempuan? Korang fikir lah sendiri.

Kali ini aku sebenarnya bukan nak mengulas pasal sape yang lebih setia dalam bercinta sebab situasi ini bergantung pada individu itu sendiri. Aku sendiri pun tak pasti samada apa yang aku nak katakan ini pernah korang terpikir atau tidak. Korang pernah putus cinta? Kenapa? Adakah korang tergila gila dengan bekas kekasih anda?

Mungkin situasi ini sering berlaku di kalangan remaja yang baru berjinak jinak dalam cinta. Mereka ini x boleh terima hakikat dan susah melupakan bekas kekasih merka. Bagi sesetengah lelaki, mereka akan cari lain selepas berpisah. Ini adalah pendapat dari beberapa kawan aku sendiri. Bagi mereka, buat ape nak peningkan kepala sendiri. Perempuan kat luar sane ramai lagi. Bagaimana pula dengan anda perempuan?

Korang rasa apa signifikan kalau seseorang itu tergila gila dgn ex kekasih? Bukan ke itu membuang masa dan boleh merosakkan diri sendiri. Aku rase ini salah satu masalah besar di kalangan remaja kita sekarang. Ada yang bunuh diri? Itu lah sebabnya kalau dah taksub sangat dengan cinta. Dewasa kini, kita selalu tengok kat dada akhbar berita mengenai bunuh diri. Sebab ape kawan? Sebab cinta, frust cinta dorang tak kesampaian. Jalan mudah bunuh diri.

Konklusinya, berkasihanilah seelok eloknya semasa diberi peluang. Jangan hanya pentingkan keseronokkan tanpa berfikir kesan negatif.

ps: lambatnya ko nak masuk pinang.

Tips Untuk Lelaki Kurang Hot Tapi Cool


Siapa kata lelaki kurang tampan tidak menjadi rebutan dewi dewi cinta? Siapa kata wanita hanya mementingkan wajah yang kacak, wang ringgit dan material untuk mendekati lelaki? Jika ada yang berpendapat begitu, fikirkanya semula. Tidak sukar bagi [...]


Siapa kata lelaki kurang tampan tidak menjadi rebutan dewi dewi cinta? Siapa kata wanita hanya mementingkan wajah yang kacak, wang ringgit dan material untuk mendekati lelaki? Jika ada yang berpendapat begitu, fikirkanya semula. Tidak sukar bagi seseorang lelaki untuk didekati oleh wanita meskipun anda kurang tampan.

Apakah yang membuatkan seorang wanita menyenangi seorang lelaki? Rejim penjagaan diri yang betul dan kebersihan diri sudah memadai membuatkan wanita ‘cair’.

Jika selama ini anda mengabaikan rejim penjagaan diri, apa kata mulai sekarang anda mengubah sikap itu.

Anda tidak perlu memakai pakaian yang mahal dan minyak wangi berjenama untuk memikat hati seseorang wanita. Sebaliknya, seorang wanita amat meyenangi seorang lelaki yang kemas penampilanya, bersih dan tahu membawa diri mengikut situasi.

Hakikatnya, tanpa secalit sapuan alat solek di wajah lelaki sudah cukup membuat seorang wanita terpesona. Namun, tidak ramai lelaki yang tahu bahawa mereka memliki faktor 'XXX' yang mampu mencairkan hati wanita jika kena caranya.

Jadi, apakah faktor yang perlu dititikberatkan oleh seorang lelaki? Ikuti tip-tip berikut:

Kulit Wajah

Saban hari kulit kita terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan percemaran udara di samping cahaya ultra ungu yang boleh memudaratkan kesihatan. Kesannya kulit akan beransur ansur berubah mejadi kusam dan tidak bermaya.

Bagi lelaki yang mementingkan kebersihan dan kesempurnaan kulit wajah, saya cadangkan anda menggunakan produk penjagaan kulit. Gunakan pembersih wajah yang bersesuaian dengan kulit anda setiap pagi dan sebelum tidur. Ini membolehkan sel sel mati dihapuskan dan membersihkan liang roma bagi mengelakkan jerawat di samping menghilangkan kekotoran.

Saya nak ingatkan kepda anda semua, berhati hati dengan kulit wajah anda terutama mereka yang mempunyai kulit yang berminyak.

Gigi

Gigi adalah salah satu faktor penting dalam rejim penjagaan diri. senyuman yang menawan sangat penting. Namun, pastikan anda tidak mempunyai masalah gigi dan mulut. Kurangnya penjagaan mulut dengan baik menyebabkan nafas berbau.

Dapatkan rawatan pergigian mengikut masa yang tertentu dan selalu berjumpa doktor gigi di samping itu anda perlu menggunakan produk pemutih gigi yang ada di pasaran ataupun dengan cara anda sendiri.

Rambut

Rambut yang pendek nampak lebih kemas dan mudah diurus berbanding rambut panjang. Tetapi rambut yang panjang boleh dijaga dengan perapi yang bersesuaian.

Rambut kering boleh dicegah dengan perapi selepas rambut dicuci dan kelemumur perlu dielakkan bagi mendapatkan rambut yang sihat. Antara masalah rambut yang dialami lelaki muda ialah rambut beruban menyebabkan keyakinan diri berkurang.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mahupun anda berkunjung ke salon rambut.

Misai, Janggut dan Jambang

Ini merupakan fitrah seorang lelaki termasuk la saya sendiri. Apabila anda memilih untuk menyimpan misai dan jambang, pastikan anda menjaga kedua dua aksesori lelaki ini supaya tidak berserabut.

Seeloknya misai atau jambang dicukur kemas untuk gaya yang bersih. Sesetengah wanita menyukai lelaki yang mempunyai rerambut di tubuh badan terutama di wajah dan dada.

Bau Badan

Faktor terbesar mengapa lelaki kurang didampingi wanita adalah bau badan. Biarpun mungkin ada yang beranggapan masalah bau badan sering berlaku kepada individu yang bertubuh besar, sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Untuk pengetahuan anda, bau badan adalah dipengaruhi oleh makanan dan faktor kebersihan. Oleh itu anda perlu menjaga pemakanan anda.

ps: Lisa surihani cakap dia suka lelaki macam saya sebab ada janggut dan jambang yang cun lg hawt.haha

Theme Baru & Cinta


Sudah beberapa hari belog ini tak berupdate, hari ini pasti menjadi suprise kerana aku sudah tukar blogspot theme yang baru. Suprise sangat ke? arghh, tak kisah la. Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang pakai wordpress mungkin itu lebih [....]

Sudah beberapa hari belog ini tak berupdate, hari ini pasti menjadi suprise kerana aku sudah tukar blogspot theme yang baru. Suprise sangat ke? arghh, tak kisah la. Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang pakai wordpress mungkin itu lebih cantik dan lagi suprise kan. Kali ini, aku nak kongsi sedikit pasal cinta dan masalah cinta pada masa sekarang.

Cinta Oh Cinta! Sungguh manis bila cinta itu di hargai..tetapi memang susah untuk sesebuah cinta itu dihargai sekiranya kita tidak pernah dan pandai untuk menghargainya. Aku yakin anda yang membaca entri ini pernah mengalami perasaan cinta dan tahu apa itu cinta. Ramai juga yang tahu bagaimana nak meluahkan kata kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya.

Cinta? Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Oit zizan! tadi cakap nak kongsi pasal masalah cinta. Mane nya? Oops, sori sori. Begini la kalau budak genetic bercerita pasal cinta, sampai motif utama tajuk pun diabaikan..he he he ! Tuan tuan dan puan puan pernah tak mengalami masalah cinta? mengapa? kenapa? Bukankah cinta itu indah, mengapa perlu ada masalah.

Sebulan yang lepas, sedang aku menghirup udara segar yang dikelilingi monyet monyet yang amat kiut, aku didatangi seorang kawan baik. Kami lepak sama. Hampir 10 minit sembang, aku diajukan soalan yang agak pelik..' encik, ko boleh tolong aku tak? sekali ni pon jadi la..boleh tak bagi aku pinjam duit.'. Aku pun kehairanan..so, aku tanye la dia balik masalah pe kan. Dia jawab masalah peribadi dan harap aku dapat tolong dia. Aku tanpa berfikir panjang dengan relanya menghulurkan duit kepadanya. Setelah dapat duit itu, dia mengucapkan terima kasih dan akan bayar secepat mungkin dan terus berlalu.

Sepanjang sebulan itu aku tak mengerti apa masalah sebenar yang dialaminya. Hinggalah 2 hari yang lepas, seorang lagi kawan aku memberitahu yang si Mamat tu ada masalah cinta. Dah beberapa hari asyik berkurung dalam bilik. Rupa rupanya dia telah berpisah dengan pasanganya dan duit yang dipinjamnya dari aku itu adalah untuk belanja pasangannya itu. Oh! sungguh dahsyatnya cinta. Sampai orang disekeliling turut terlibat. Bagaimana pula dengan anda? Aku harap cerita itu menjadi contoh dan sama sama pelajari mana yang baik dan dijadikan iktibar.

Cukuplah setakat ini dulu, kalau diikutkan sampai dua tiga pages pun tak cukup bila bercakap pasal cinta. Penulis juga mengalami perasaan cinta yang amat dahsyat iaitu cinta kepada ibu tersayang. Selamat Hari Ibu buat ibuku tercinta..Maaf sebab lambat wish yek. Susungguhnya anakmu ini amat menyayangimu dan menghargai jasa jasa ibu sejak dari lahir sampai la anakmu ini menoktahkan entri ini. Babai..

Masa Bercinta


engkau suka aku pun suka
ke mana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas, basikal pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka


masa engkau suka
aku pun suka
durian yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa


masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe.
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.