
Ha ha ha! kah kah kah! Begitulah riuhnya kelas 6 Bestari selepas mendengar kata kata yang keluar dari mulut anak muda yang ingin menjadi PM bila dewasa kelak. Zizan pun tak tahu kenapa perkataan tu yang keluar padahal banyak lagi kerjaya selain nak jadi PM ni. Tapi Zizan bangga pada hari itu. Kenapa? Sebab [...]
Ha ha ha! kah kah kah! Begitulah riuhnya kelas 6 Bestari selepas mendengar kata kata yang keluar dari mulut anak muda yang ingin menjadi PM bila dewasa kelak. Zizan pun tak tahu kenapa perkataan tu yang keluar padahal banyak lagi kerjaya selain nak jadi PM ni. Tapi Zizan bangga pada hari itu. Kenapa? Sebabnya cita-cita Zizan je yang lain dari semua orang pada masa tu. Cikgu memuji Zizan kerana mempunyai semangat yang tinggi. Apalagi malu la jawabnya bila awek awek memandang kat kita pada masa tu. He he he!
Kalau korang nak tahu kat sekolah dulu Zizan dilantik sebagai ketua pengawas. Bez gler kalau kita jadi ketua dan ada orang hormat serta hargai jasa kita. Betul tak? Bila kita bercakap pasal nak jadi ketua ni kebolehan utama yang dinilai ialah sifat 'leadership' seseorang. Kalau kita fikirkan tentang perkataan 'leader', mungkin kita akan menceritakan tentang kebolehan seseorang untuk memimpin sesebuah organisasi tak kira lah di peringkat rendah mahupun tinggi dengan baik dan berkualiti. Macam cakap bekas Perdana Menteri kita yang lepas Pak Lah, CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.
Pada kebiasaanya, seseorang yang memiliki leadership yang bagus mempunyai kelebihan berbanding mereka yang kurang berkebolehan memimpin dalam melalakukan sesuatu kerja yang diamanahkan. Mereka juga lebih dipercayai dengan kebolehan yang mereka miliki. Untuk pengetahuan korang, skills ini sebenarnya boleh diajar dan diasah semasa peringkat kanak kanak lagi. Pada masa ini juga kita bole lihat banyak rancangan TV yang diacarakan oleh kanak kanak. Menjadi pengacara pada peringkat umur sebegitu juga merupakan cara untuk membentuk leadership.
Menurut buku 'Project Management & Leadership Skills for Engineering & Construction Projects, Barry Benator & Albert Thumann(2003)', Leadership Skills is the process of influencing individuals or groups to accomplish an organization goal or mission. daripada maksud tersebut, terdapat 3 point utama yang dapat kita bincangkan untuk mengetahui maksud leadership dengan lebih mendalam iaitu yang pertama ialah Leadership is a process yang bermaksud ianya boleh dalam satu tempoh sahaja dan bukan untuk dihitungkan dan juga bukan untuk dilupakan. Ke 2 adalah ianya melibatkan 'influencing individuals or groups'. sebagai seorang leader yanag bagus, kita perlu mempunyai daya pengaruh yang kuat kerana seorang leader tidak dapat menguruskan sesebuah organisasi dengan baik tanpa bantuan orang bawahan. Point yang ke 3 ialah seorang leader mestilah merancang dan merangka sesuatu kerja dengan baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Selain itu juga, ada sesetengah orang mengatakan 'he is a natural born leader'. Mungkin itu benar dan itu adalah anugerah daripada tuhan. Yang penting, leadership skills ada dalam diri masing masing dan mereka perlu buktikan sendiri pada orang lain. Zizan tidak dapat terangkan dengan lebih lanjut berkaitan leadership skills ni, mungkin 2, 3 hari pun tak habis kalau nak bahas pasal benda ni. He he he! Berbalik pada intro tadi, Zizan paling tak suka kena bagi speech dalam English setiap hari Ahad pada perhimpunan mingguan. Ngeh3!

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Tin Susu '87. Apa itu social network? social networking merupakan suatu bentuk sistem di mana setiap orang dapat berinteraksi dan membuat ruangan tersendiri atau homepage peribadi dan membolehkan ia berhubung dengan ruangan peribadi orang lain. Di sini mereka boleh berkongsi segala [....]
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Tin Susu '87. Apa itu social network? social networking merupakan suatu bentuk sistem di mana setiap orang dapat berinteraksi dan membuat ruangan tersendiri atau homepage peribadi dan membolehkan ia berhubung dengan ruangan peribadi orang lain. Di sini mereka boleh berkongsi segala buah fikiran mereka dengan orang lain dan juga hasil karya mereka seperti foto, cerpen dan sebagainya.
Bila bercakap mengenai social network, anda semua mesti memikirkan myspace. Baru baru ini kepopulariti facebook semakin bertambah sejak ia dihidangkan bagaikan ayam golek kat pasar pasar malam kepada golongan remaja dan pelajar pelajar kolej seperti saya. Dalam masa sejam, facebook dapat menarik berjuta juta pengunjung. Mengapa? ini kerana terdapat pelbagai
aplikasi yang disediakan melebihi aplikasi yang terdapat di myspace. Pada masa kini, dua network ini ibarat musuh utama dalam jaringan sosial di dunia ibarat Man U dengan Liverpool dalam EPL. he he he!
Pusingan 1: Design
Layout: Facebook menang di sini kerana profilenya yang disusun dengan kemas lagi teratur dan memudahkan anda untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Ini dapat mengalahkan myspace yang mana profilenya kurang kemas dan tidak konsisten.
Overall Site Design: Nampak jelas facebook menang di sini. Myspace kelihatan kurang profesional berbanding facebook. Terutamanya dari segi design yang tidak konsisten dan ini menyulitkan pengguna myspace itu sendiri.
Site Organization: Kedua dua site di uruskan dengan teratur. Bagaimanapun, facebook memenangi kerana layoutnya membenarkan anda mecari sesuatu dengan mudah berbanding myspace.
Pemenang Pusingan: Facebook!
Pusingan 2: Media
Pictures: Facebook menang kerana section gambar di atur dengan kemas dan kebolehan untuk tag pengguna lain dan diri anda sendiri. Juga, dengan adanya aplikasi yang baru direlease anda boleh menambahkan flickr atau mana mana photosharing ke dalam profile anda.
Videos: Dalam kategori ini, tiada pemenang kerana video boleh diupload dalam kedua dua site ini dan mempunyai flash video mereka sendiri. Myspace membenarkan anda mengupload video ke dalam profile anda begitu juga dengan facebook.
Music: Myspace menang, ini kerana semua orang tahu kebanyakan band band mempunyai account myspace. Bagaimanapun, dengan adanya aplikasi terbaru facebook anda boleh menambahkan data daripada music tracking sites seperti Last.fm dan iLike.
Sharing: Facebook mengatasi kerana ia membolehkan anda berkongsi media dengan senang secara automatik melalui facebook feed, kadang kadang pengguna myspace tidak berupaya melakukannya.
Pemenang Pusingan: Facebook!
Pusingan 3: Community
Relationships: Perbezaan yang amat ketara pada facebook yang mana kawan yang anda add adalah real friends dan ini berbeza jika di bandingkan dengan myspace kerana setiap orang ingin menambahkan seberapa ramai kawan di myspace. Di facebook, anda bercerita tentang orang yang dikenali dan berkongsi cerita bersama mereka.
Messaging: Ini adalah sama. kedua dua mempunyai ruang untuk pengguna meninggalkan messages pada profile anda dan mempunya sistem mail yang asas.
Co-Workes: Facebook boleh digunakan sebagai alat untuk percakapan dengan dengan mereka yang membuat bisnes bersama anda dan juga dapat melihat benda baru bersama mereka. Anda boleh ikut serta rangkaian ini untuk syarikat anda. Myspace hanya direka untuk remaja, jadi ia tidak mempunyai jenis jenis feature tersebut.
Pemenang Pusingan: Facebook!
Pusingan 4: Usefulness
Finding Old Friends: Salah satu faktor utama anda menyertai social network adalah untuk menghubungi kawan kawan lama dan juga rakan rakan sekelas. Facebook menjadikan perkara ini sangat mudah kerana ia menyediakan ruangan sekolah dan lokasi juga. Sekiranya anda lupa nama meraka, anda sekurang kurangya boleh mencari mereka jika meraka mempunyai account.
Myspace juga menyediakan ruangan search tetapi untuk mencari kawan yang sebenar adalah susah.
Communication: Facebook ialah jalan yang bagus untuk menghubungi kawan jika anda tidak mempunyai maklumat tentang meraka. Seseorang itu lebih suka meninggalkan message pada facebook daripada myspace ini kerana facebook spam yang kurang.
Promoting Yourself: Myspace menang di sini. Beribu ribu bands menggunakan myspace untuk promosi music mereka dan peminat mereka menggunakan myspace untuk menunjukkan sokongan mereka. ini tidak same dengan Facebook walaupun dibenarkan juga untuk mempromosi diri mereka.
Pemenang Pusingan: Myspace!
Dan pemenangnya ialah...Facebook!!

Facebook adalah social network yang paling popular pada masa kini. Kepada anda yang belum join facebook, saya sarankan join dengan secepat mungkin dan menikmati pelbagai aplikasi menarik yang disediakan sebelum anda semua terlambat.
Nantikan artikel seterusnya daripada saya mengenai kepopulariti blog pada masa kini.
Diharapkan anda semua setia membaca artikel daripada saya dan memberi komen komen yang bernas.
Sumber - Wikipedia

Apa khabar anda semua? Saya harap semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat. Setujukah anda semua bila saya berkata menulis blog kini menjadi salah satu 'aktiviti' yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk peribadi mahupun dalam bidang perniagaan. Satu perkara yang seringkali menjadi [....]
Apa khabar anda semua? Saya harap semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat. Setujukah anda semua bila saya berkata menulis blog kini menjadi salah satu 'aktiviti' yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk peribadi mahupun dalam bidang perniagaan. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat seorang penulis blog ialah memiliki pembaca seramai mungkin.
Tidak dinafikan terdapat berjuta juta blog yang wujud di dunia sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, bagaikan coklat coco crunch mencurah ke ladang gandum. Tetapi saya juga hairan mengapa masih ada beloger yang kekurangan idea untuk menulis walhal tiada batasan untuk menulis tidak kira dalam bentuk apa sekali pun. (Sebenarnya saya sendiri kekurangan idea untuk menulis di blog ini sejak kebelakangan ini. he he he!). Akibat kekeringan idea untuk menulis, maka wujud la "plagiarism".
Many people think of plagiarism as copying another's work, or brrowing someone else'e original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). "Plagiarism' adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste.
Untuk mengelakkan berlakunya perkara tersebut saya ingin kongsikan tips yang saya sering gunakan ketika berblogging. Saya akan kongsi bersama anda 3 tips utama bagaimana untuk mendapat idea untuk menulis.
1) Buat review tentang berita terbaru sama ada dalam atau luar negara.
Teknik ini saya rasa ramai antara kita yang sudah menggunakkannya dalam beloging. Teknik ini cukup popular! tapi kalau nak dibandingkan dengan
Lisa Surihani saya rasa lisa lagi popular..hoho! Untuk buat review anda boleh rujuk pelbagai sumber juga boleh dapatkan berita di Yahoo! News, Google News dan banyak lagi yang boleh di rujuk. Contoh berita terbaru sekarang ialah pasal
selesema babi.Anda perlu hurai tentang apa yang anda paham mengikut gaya anda sendiri. Tapi ingat, jangan copy paste kerana itu sudah boleh di anggap sebagai plagiarize.
2) Manfaatkan You Tube.
Ni satu lagi tips menarik di mana anda dapat mencari idea melalui video tanpa perlu menulis sepatah perkataan pun. Teknik ini banyak digunakan oleh beloger beloger sekarang terutama melibatkan videos lawak. Itu adalah dari pemerhatian aku selama berblogging. Haa, apa lagi? cepat cepat la bukak you tube..muahaha!
3) Lawat blog orang lain
mungkin ramai yang setuju dengan teknik ini kerana dengan melawat blog orang lain anda akan dapat menyedut idea mereka dan satukan dalam satu entri. Teknik ini juga memberi kebaikan kepada anda untuk menarik dan meningkatkan traffic ke blog anda. Oh sebelum terlupa, anda dilarang sama sekali untuk copy bulat bulat idea penulis asal. Sila hargai orang lain berblog.
Sampai sini dulu untuk artikel kali ini, saya harap kawan kawan beloger dapat kongsi teknik yang digunapakai di rungan komen. Saya hanya mahu berkongsi bukan mahu mengajar kerna saya bukan seorang guru. Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru tidak kira dimana jua berada, mungkin juga yang membaca artikel ini nanti adalah seorang guru.
ps: Jom Bekpes..terlewat sudah..hehe!