Showing posts with label Karutan. Show all posts
Showing posts with label Karutan. Show all posts

Kenapa Esok Hari Sabtu?

Bila hari sabtu, orang lain seronok. Cuti dan boleh keluar jalan2..Tengok movie. Gua kalau tiba hari sabtu terus dilema. Dilema sebab nak keluar ataupun tido je kat rumah. Haha!

Esok sabtu, Kelantan main lawan Kedah kat Kota Bharu. Esok juga arsenal main lawan sunderland. Konpius mane satu nak tengok.

Ada sesape nak pergi stadium tak esok? Jom la ramai ramai sokong Kelantan. Perlawanan penting tuh..kalah mati. Haha!


Saya Hairan Apabila ….

Hi readers. Pertama kali saya mula artikel saya dengan perkataan ‘orang putih’ . Tak kisah la satu perkataan sekali pun. Sejak 4 5 menjak ni mood nak menulis berada pada tahap yang optimum. Peringatan, artikel kali ini bukanlah penulisan seorang sasterawan tetapi hanya penulisan dan pendapat seorang penulis beloger picisan macam tuan puan saya.

Apakah tujuan utama tuan puan buat belog? Pada pikiran saya, sudah pasti kita buat belog untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kisah hidup kita seharian. Belog juga di anggap sebagai diari yang tidak punya password untuk di kongsi dengan rakan-rakan beloger atau dalam bahasa mudah diari yang tidak perlu memerlukan ‘privacy’. Persoalannya di sini, adakah kita menulis sekadar suka-suka tanpa perlu ada orang membaca? Saya yakin semua beloger yang menulis mahukan setiap penulisannya dibaca dan dihargai dan sesetengah beloger juga mahukan hasil penulisan mereka dikongsi bersama.

Jom bace sepenuhnya. Klik http://azizankadir.com/saya-hairan-apabila.html

Nama Saya Chee 'Pitt'

Hi..Lawa x name saya.? arghhh..Tuan blog keluar berpoya2. Die update lepas balik. Die nak crta kisah seorang awek cun bernama Chee 'Pitt"..chalow bettey..[...]

Hi..Lawa x name saya.? arghhh..Tuan blog keluar berpoya2. Die update lepas balik. Die nak crta kisah seorang awek cun bernama Chee 'Pitt"..chalow bettey

update suda..jom bace http://azizankadir.com/nama-saya-che-pitt.html

Tak Jantan Kalau Tak Tahu BB

Hi berjumpa lagi dalam sesi gedik santai. Hari ini saya nak uji orang jantan. Nak cerita kisah dabel B. B ni bukan yang selalu awek awek duk panggil kat teman lelaki mereka. BB ni satu tempat yang sangat femes area perempuan KL. Lu orang kalau tak paham tajuk sah merana nak paham artikel ini. Saya kasik masa untuk tuan puan pikir.

Jom sambung baca. Klik http://azizankadir.com/tak-jantan-kalau-tak-tahu-bb.html

ps: cerita bola publish kemudian. tenet slow nak upload gamba

Miss : Hilang atau Rindu?


Salam pekaba tuan puan? Kali ni saya publish satu artikel yang dah lama saya simpan kat draft. Miss? Apa tuan puan akan pikir bile dengar perkataan ni ?. Bagi saya banyak maksud, hilang atau rindu adalah dua perkara yang saya nak fokus [...]


Salam pekaba tuan puan? Kali ni saya publish satu artikel yang dah lama saya simpan kat draft. Miss? Apa tuan puan akan pikir bile dengar perkataan ni ?. Bagi saya banyak maksud, hilang atau rindu adalah dua perkara yang saya nak fokus untuk miss. Saya tak berapa expert bahasa mek salleh ni. Kalau tak betul makneya kurang tepat la tu, bukan salah. Kita orang melayu kena cuba walaupun x pandai? Setuju? Melayu boleh katakan.

Tetapi sebelum saya pergi lebih jauh, saya nak cerita skit zaman kanak kanak yang serba indah dulu. Dulu kat sekolah, saya ada seorang cikgu, pompuan , cun , cantik, sexy dan tinggi ala miranda kerr la saya katakan. Saya kacak dia cantik, apalagi budak sekolah memang nakal. Cikgu lepasan ijazah, luar negara plak tu. Pergh meleleh beb. Die ajar saya omputih. jadi terpaksalah saya paggil die miss. Tapi dia marah saya. Sebab pe tuan puan? Saya panggil die miss kol. Jangan gelak. Tu kisah saya muda muda dulu. Kisah miss miss. Haha!

Berbalik pada topik kita arni, saya pasti tuan puan hari hari setiap masa sebut perkataan miss bagi yang sedang mabuk cinta. 'Sayang, i miss u. Miss u so much.' Tu bukan saya, ini ayat klise orang mabuk cinta. Kalau saya macam ni, "aku kangen bangat sama kamu" sebab saya ada cewek bukan awek.

Dalam bahasa mudah miss ni saya definisi sebagai rindu tapi tu terjemahan mek salleh ke melayu bukan definisi perkatan miss. Haha!

"John, mane ko menghilang pagi tadi ? Cakap nak ajak aku lepak mapley. Aku miss la match Liverpool tadi. Dah la draw, memang loserfool la team aku ni." Cakap Marc. Itu cakap Marc, cakap saya lain pula, "yeah! Arsenal menang. Menang besar beb 4-1. Nasib baik saya tak miss. Tak sia sia jaga ke pagi" Tuan puan bole tengok bagaimana perkataan ini sangat popular di kalangan kita.

Saya bagi contoh lagi senang nak paham, Dol, ko ada nampak wallet aku x? Wallet aku miss la, lupe letak. Tu maksudnya hilang.

Mengikut teori saya, benarlah rindu itu hilang tapi hilang tak semestinya rindu walaupun dalam mek salleh perkatan yang sama. Saya rindu dan hilang 'miss kol' saya time sekolah dulu. Haha! Cikgu, i lap u. U lap i. Ok kawan. babaiz.

ps; saya ada bukak cawangan baru. jom gosip http://azizankadir.com/

Janji Manis : Siapa Kuat Tabur Janji?


Pekaba hari ni tuan puan? Bajet 2010 pun telah dibacakan oleh Perdana Menteri. Ada pape bonus ke untuk tuan puan dalam bajet tersebut? Tu salah satu contoh [...]


Pekaba hari ni tuan puan? Bajet 2010 pun telah dibacakan oleh Perdana Menteri. Ada pape bonus ke untuk tuan puan dalam bajet tersebut? Tu salah satu contoh janji tuan puan. Tapi itu bukan janji semata mata sebab bajet tersebut pasti akan dilaksanakan.

Saya nak tanya tuan puan, apa yang anda faham dengan janji? Saya definisikan janji sebagai ungkapan atau lafaz yang melibatkan dua pihak iaitu pihak pertama melafazkan sesuatu perkara kepada pihak kedua dan dipersetujui oleh kedua dua pihak. Janji juga boleh dibuat melalui kontrak ataupun teks.

Tuan puan, apa janji tuan puan arni? Saya pasti setiap hari kita berjanji dengan seseorang. Setuju? Bagus. Tapi adakah janji itu anda tepati? Bercakap tentang janji ni sebenarnya luas. Janji ni dibuat samaada semasa melakukan pinjaman, janji dengan client, janji dengan mak bapak. Macam macam janji dalam kehidupan seharian kita.

Tetapi, kali ini saya hanya nak fokuskan janji dalam bercinta. Saya berani cakap tuan puan tipu sekiranya tidak pernah berjanji semasa berpacaran. Saya amik contoh mudah, janji dengan pasangan nak makan bersama. Janji nak tengok wayang sama. Tetapi adakah janji seperti itu selalunya ditepati? Ini contoh kelas paling bawah bagi saya.

Saya bagi plak contoh janji kelas atasan semasa bercinta. "U sayang I x? U ni kan, mesti la I sayang U. Saya bagaimana tu? Pasangan bercinta tu jawab la bla bla bla." Macam macam janji yang keluar tapi pada akhirnya tak kekal lama sebab x tepati janji dan berpisah. Kebanyakan orang bercinta zaman sekarang macam tu la, penuh dengan janji.

Persoalannya, siapa yang kuat menabur janji? Lelaki atau perempuan? Dan apa pula jenis janji yang selalu dilafazkan semasa bercinta? Jawapan tu semua ada pada tuan puan yang sedang di lamun cinta. Jangan tanya saya sebab saya x percaya cinta. Haha!

Trend Memilih Pasangan


Peringatan, ini artikel mengarut dan tidak berfaedah tetapi ada benarnya jika dipikir dengan akal fikiran ditambah skit dengan mata hati bukannya dengan perasaan jiwang karat emo emosyial. Kali ini saya nak jelaskan lagi satu [...]


Peringatan, ini artikel mengarut dan tidak berfaedah tetapi ada benarnya jika dipikir dengan akal fikiran ditambah skit dengan mata hati bukannya dengan perasaan jiwang karat emo emosyial. Kali ini saya nak jelaskan lagi satu trend yang saya rasa agak menarik untuk dikongsi iaitu trend tunggang awek liar. Eh bukan, trend yang saya nak cerita adalah trend memilih pasangan. Trend tunggang awek liar saya cerita lain masa.

Saya rasa, selepas saya publish artikel ni kemungkinan ada diantara sedara sedari mempersoalkan kewibawaan saya sebagai lelaki kacak. Kemungkinan juga ada yang bertanya kenapa sejak akhir akhir ni saya asik publish artikel berkaitan memilih pasangan. Adakah saya nak kawen? Itu cerita saya, InsyaAllah ada rezeki saya jemput sedara sedari ke majlis walimatul urus saya.

Orang cakap kalau nak memilih pasangan kena tengok empat perkara ni; paras rupa, agama, keturunan dan harta. Kalau x silap saya itu sunnah nabi. Kalau saya silap tolong perbetulkan ustaz ustazah. Tapi trend memilih zaman skang dah berubah. Saya sendiri hairan. Zaman skang, kebanyakan lelaki memilih pasangan merujuk empat perkara juga tapi berlainan dengan empat perkara yang saya sebut kat atas tu.

Saya amik contoh, satu perempuan satu lelaki. Bila saya bertanya pada perempuan, bagaimana sedari memilih pasangan? Jawapannya ada kat atas. Bila saya tuju soalan ni pada lelaki, jawapannya berbeza tetapi masih merujuk empat perkara. Apa empat perkara tu? 1) Body 2) Muka 3) Dada dan 4) Punggung (saya guna perkataan yang lebih sopan).

Ternyata trend memilih pasangan zaman skang amat berbeza. Saya boleh simpulkan kat sini bahawa lelaki zaman skang memilih pasangan berlandaskan kecantikan. Cantik di sini ialah paras rupa berbanding perempuan yang menjadikan paras rupa adalah salah satu daripada empat perkara yang patut diikuti.

Kenapa berlaku situasi sedemikian? Kenapa lelaki memilih perempuan cantik? Jawapannya ada kat lu orang perempuan. Kenapa? Lu orang pikir lah sendiri. Saya bagi hint, buah limau jadi betik. Saya bercakap berdasarkan bukti. Ini bukti yang baru saya dapat sebentar td. Buktinya datang dari komen yang menggelarkan diri beliau anonymous:

we,aku memang tak sangka giler2,sunguh,memang aku serius giler ni yang aku tak sangka giler2 ada lagi laki yang boleh fikir cam ko fikir ni...bukan pe,dari pemerhatian aku la kan...pemerhatian aku je..kalu aku pegi shopping complex sekali pun,perempuan yang pakai dedah dedah ni,memang slalu dapat perhatian laki..tak kira laki type ape skali pun..yg load ke,yang datang dari hulu mana pun,memang suke giler tengok pempuan cam ni..kalu awek tu cun,aku tengok pun kagum la gak..tp kalu mekap tebal kalahkan mak aku,xyah usha pun aku xnyesal.. sory,aku emo..

Ternyata kenapa lelaki suka pada kecantikan, x kira siapa lelaki itu, kacak, macho, kaya, miskin pasti akan tertarik dengan kecantikan. Kalau nak baca klik sini.

Tapi pada saya, kalau saya nak pilih pasangan saya akan pilih yang mana pakej bodinya kalau tengok dari belakang 30-30-30. Kalau sesapa punya bodi seperti itu, sila contact saya. Haha!

Kesimpulan bahasanya, apa yang dapat kita pelajari kali ini adalah secara teorinya lelaki lebih tertarik kepada keindahan dan kecantikan manakala perempuan pula tertarik kepada yang tulus mulus. Lagi sekali saya terbitkan artikel yang tidak bermanfaat. babaiz.

Pasangan Hidup : Pilihan Sendiri Lebih Cun Daripada Pilihan Mama Papa


Berjumpa lagi kita dalam sesi debat saja saja anjuran belog saya. Dalam sesi ini, saya adalah salah seorang daripada pendebat dan bukan bertindak selaku pengacara majlis. Sebelum saya lanjutkan debat ari ni saya [...]


Berjumpa lagi kita dalam sesi debat saja saja anjuran belog saya. Dalam sesi ini, saya adalah salah seorang daripada pendebat dan bukan bertindak selaku pengacara majlis. Sebelum saya lanjutkan debat ari ni saya nak flashback kisah hidup saya 6 tahun lepas. Seorang cikgu telah memilih saya untuk pertandingan debat. Tajuknya sangat menarik berkisarkan kehidupan remaja macam saya. Walaupun saya punya isi isi menarik tapi hasrat hati nak mewakili sekolah tak kesampaian akibat sepatah ayat yang berbunyi, "woi cik, mu mano bulih masuk debat, loghat mu pekat gilo. Haha!".

Okei cukup untuk intro kali ini. Hari ini saya nak meneruskan hasrat saya sebagai seorang pendebat yang hebat. Tajuk kali ini sangat menarik untuk dibahaskan. Pasangan Hidup : Pilihan Sendiri Lebih Cun Daripada Pilihan Mama Papa. Tetapi, itu tajuk yang diusulkan oleh pihak pencadang. Kali ini saya bertindak sebagai pihak pembakang, dan dengan itu saya dari pihak pembakang tidak bersetuju 100% dengan tajuk hari ini dan saya ingin menegaskan Pilihan Hidup : Pilihan Mama Papa Lebih Cun Daripada Pilihan Sendiri adalah tajuk yang sesuai untuk kali ini.

Selepas penat pihak pencadang buang air liur mereka dengan isi yang tak logik dan sama sekali x berasas. Saya berdiri membidas pendapat mereka dengan pendapat bernas dari saya. Pertama, mengapa saya berkata sedemikian, saya yakin pilihan ibu bapa adalah tepat sekali kerana ibu bapa lebih memahami anak anak mereka dan sudah tentu mereka tidak akan memilih pasangan yang salah untuk anak anak mereka. Harapan ibu bapa untuk anak anak mereka adalah tinggi dan semestinya mereka ingin melihat kebahagian anak mereka. Saya terus bercakap dan bercakap sampai saya sendiri penat. Cukup masa saya duduk.

Tiba round ke 2, saya bangun. Saya bawak isi yang mengatakan pilihan ibu bapa lebih cun kerana sekiranya anak anak memilih calon sendiri sudah tentu kebanyakannya tidak mendapat restu ibu bapa secara total. Dengan ini, bila ibu bapa x merestui sudah pasti anak mereka takkan bahagia. Contoh yang sangat mudah, bagaimana bakal menantu nak berdepan dengan bakal mentua sedangkan bakal mentua tidak suka dan merestui hubungan mereka. Saya pun blah blah dengan contoh yang bernas lagi. Cukup masa saya duduk

Tiba round akhir, tiba giliran saya simpulkan tentang keseluruhan pendebatan kali ini. Saya menegaskan sekali lagi, Pasangan Hidup : Pilihan Mama Papa Lebih Cun daripada Pilihan Sendiri adalah tajuk yang sesuai untuk kali ini. Lebih kurang sejam menunggu maka dengan itu pemenangnya diumumkan. Memang seperti yang dijangkakan saya menang. Saya menang sebab saya kacak bukan sebab hujah saya. Hakim awek cun beb. Haha!

Jadi, saya nak jemput anda semua yang hebat berdebat lawan saya sebagai pencadang dan kalau anda setuju dengan saya, saya alu alukan sebagai pembakang 2 dan pembakang 3. Impian saya untuk menjadi pendebat berjaya walupun dengan hanya penulisan sahaja.

ps ; mak, tolong carikan abang awek hawt sorang.Haha!

Susahnya Pandu Ferrari Kat KB


Artikel kali ini saya nak dedah cara yang efektif memandu ferrari kat KB. Saya tak kisah apa yang anda nak terjemah dengan KB tu. Bayangkan saya pandu ferrari dari belakang


Artikel kali ini saya nak dedah cara yang efektif memandu ferrari kat KB. Saya tak kisah apa yang anda nak terjemah dengan KB tu. Bayangkan saya pandu ferrari dari belakang ke hadapan dengan kelajuan yang saya anggap boleh mengalahkan Lewis Hamilton iaitu 160 km/h. Tak sangka jalan kat KB memang syok nak memandu berbanding masa saya berada di London.

Saya berasa hairan, dalam keseronokan memandu menuju ke suatu destinasi yang dipenuhi beribu ribu orang, kenapa tiada sebuah kereta motosikal pun yang follow saya dari belakang. Yang ada semua datang dari arah bertentangan. Ramai di kalangan mereka bagi hon. Saya bangga pada masa tu mungkin saya bawak ferrari, lain dari yang lain. Rupanya, tanggapan saya silap. Ada seorang awek yang boleh saya klasifikasikan sebagai perempuan melayu terakhir menegur saya. "Hai cik abang, ni jalan Kota Bharu, bukannya Amerika".

Selepas itu baru saya sedar yang jalan saya lalui itu jalan sehala. Bodoh punye MPKB, raya da abes la. Buanglah penghadang jalan tu. Orang nak lalu pun susah. Nasib awek panggil saya abang, kalau pak cik? Tuah badan, awek yang tegur. Kalau abang polis? Mampois.

Semalam saya ke Stadium Sultan Mohamed ke-IV menyaksikan Kelantan melawan Kedah. Hati puas Kelantan menang ditambah sedikit lagi berita gembira, Arsenal juga menang pagi tadi. Haha!

Yang beznya, saya jumpa Amir Raja Lawak. Ni je gambar yang dapat saya snap. Orang ramai susah nk snap dengan tenang. Haha!



Sebelum saya menoktahkan artikel ini, saya tinggalkan sedara sedari dengan satu teka teki.
Bagaimana kita nak tahu sesebuah kereta itu laju atau tidak? Babai.

ps: macam-macam jenis mercun kedengaran kat stadium malam tadi.

Nak Naikkan Mood 'Nakal' Lelaki Kacak Memang Susah


Saya pasti, perempuan nakal di luar sana akan terangsang bila saja baca tajuk artikel kali ini. Ini bukan sebuah nurkilan sasterawan tetapi pendapat seorang lelaki normal macam saya. Dua hari yang lepas, sempat saya bersama beberapa orang kawan [...]


Saya pasti, perempuan nakal di luar sana akan terangsang bila saja baca tajuk artikel kali ini. Ini bukan sebuah nurkilan sasterawan tetapi pendapat seorang lelaki normal macam saya. Dua hari yang lepas, sempat saya bersama beberapa orang kawan termasuk kaum wanita cun lepak-lepak kat salah sebuah shopping complex yang boleh dikatakan popular di negeri Kelantan.

Selepas perkena apa yang patut kat secret recipe, saya dan rakan-rakan lepak di satu corner yang memang strategik untuk mencuci mata. Istilah yang selalu digunakan oleh lelaki kacak dan perempuan nakal. Apa yang saya perhati, kebanyakan perempuan kat sane semuanya mahu memuaskan mata liar seorang lelaki macam saya.

Mengikut pendapat salah seorang kawan saya, Marc, nak membuat perempuan nakal stim tidak susah, anda hanya memerlukan poket tebal dengan wang. Itu pendapat Marc, seorang lelaki yang tidak kacak. Kepada lelaki yang ditolak mentah-mentah oleh perempuan nakal, ini menunjukkan anda perlu menilik diri sendiri di depan cermin. Perempuan nakal tak dapat camne nak dapat perempuan baik-baik. Betul x? Ini bermakna, perempuan nakal tidak mementingkan paras rupa, bagi mereka wang ringgit.

Persoalannya, bagaimana pula seorang perempuan nakal boleh membuatkan lelaki stim? Adakah dengan berpakaian seksi seperti mereka-mereka kaki lepak kat shopping complex tersebut? Mungkin bagi sesetengah lelaki bersetuju itu jawapannya. Tetapi bagi saya, lelaki akan lebih stim bila melihat aweks cun yang bertudung dedah dedah. Anda paham? bagus.

Saya nak bandingkan pendapat saya seorang lelaki dengan Pamela Anderson seorang perempuan dalam menaikkan stim lelaki. Bagi Pamela, dia perlu melakukan sesuatu yang pelik untuk menaikkan mood 'nakal' teman lelakinya, Jamie Padgett.

Menurut Pamela, dia menyimpan sepasang baju renang berwarna merah di dalam almari. "Sekali-sekala saya memakainya, lompat dalam bilik mandi dan menyelamatkan teman lelaki saya" Dia menambah dengan cara itu, dia dapat menaikkan mood 'nakal' teman lelakinya itu .Ternyata, amat sukar untuk menaikkan mood 'nakal' seorang lelaki kacak. Bagaimana pula dengan lelaki selekeh, dalam erti kata lain tak kacak? Jawapan saya tetap sama. Memang susah. Tetapi itu hanya untuk lelaki tak kacak yang bertuah, bagi yang kurang bernasib baik memang akan direject awal-awal kalau mereka memilih sangat. Haha!

Kesimpulan bahasanya, nak membuatkan perempuan nakal stim memang senang berbanding nak stimkan lelaki kacak. Satu lagi artikel yang saya rasakan perempuan nakal di luar sana tak boleh duduk diam.Hehe! Adios!

ps: perempuan baik akan komen panjang2.huhu!
pss: artikel mencari jodoh
pss: gambar gwe rembat kat flickr. mekaseh tuan punye.

Semua Orang Bodoh!


Salam sejahtera sedara sedari. Ini artikel tidak bermanfaat. Sekadar nak berkongsi pengalaman. Saya nak cakap banyak tentang tajuk di atas pun tak guna, mungkin sedara sedari lebih arif dan sudah taw apa maknenya bodoh. Kalau xtaw ternyata [...]


Salam sejahtera sedara sedari. Ini artikel tidak bermanfaat. Sekadar nak berkongsi pengalaman. Saya nak cakap banyak tentang tajuk di atas pun tak guna, mungkin sedara sedari lebih arif dan sudah taw apa maknenya bodoh. Kalau xtaw ternyata sedara sedari tergolong dalam kategori tersebut. Ahakz, gurau je. Pada yang xtaw silalah tanya kawan ye. Hehe!

Ada sorang kawan menegur, namanya farah. Saya bagitau nama sebenar die, lagipun anda bukannya kenal dia. Dia cakap penulisan saya seperti membenci perempuan merangkap anti perempuan tapi yang dia heran bila saya ayat sikit perempuan dah cair, :p. Sebenarnya saya bukan anti perempuan dan bukan gologan gei sedara sedari, ini berdasarkan pengalaman hidup. Saya kalau nak bercakap pasal perempuan saya minta maaf, saya tak reti tapi kalau nak menulis pasal perempuan saya boleh huraikan satu2. Dari yang buruk kepada baik, dari yang tersirat kepada yang tersurat, dari yag tak lawa kepada lawa. Hari ini saya bukan nak bercerita pasal lawa ke tak lawa juga bukan nak cerita sesapa bodoh tetapi still related dengan perkataan bodoh.

Berbalik pada tajuk, saya mulakan dengan lelaki. Macamane sedari kenal seseorang lelaki itu? Bagaimana anda mengenali sifat hipokrit ataupun sifat egois mereka?. Bagi saya, seseorang lelaki bodoh sekiranya membuang sifat ego mereka dan lagi bodoh jika mereka menghambakan diri pada perempuan. Betul tak sedara? Kalau sedari nak tau, kebanyakan perempuan yang tertarik dan terjatuh hati dengan lelaki adalah disebabkan sifat egois itu sendiri. Sedari harus percaya dan terima inilah hakikat. Ini juga adalah kelebihan seorang yang berjantinakan lelaki.

Bagaimana dengan perempuan? Perempuan bodoh jika mereka tidak pandai mempengaruhi sifat ego seseorang lelaki. Bagi saya perempuan nakal adalah contoh perempuan yang tidak bodoh. Mengapa? Ok, perempuan nakal sangat hebat bermain dengan kata-kata sehingga seseorang lelaki yang penuh dengan sifat ego dapat dikikis poket tebal mereka oleh perempuan-perempuan nakal di luar sana.

Mereka di luar sana juga ada mengatakan perempuan lagi bodoh sekiranya mereka main tarik rambut. Hehe! Sedara sedari taw tak apa maksud main tarik rambut? Main tarik rambut dalam bahasa yang lebih mudah adalah bergaduh sesama jantina aka perempuan. Perempuan sanggup bergaduh sesama sendiri untuk berebut seorang lelaki. Bagi saya, mereka sebenarnya tidak bodoh jika lelaki yang direbut mereka adalah lelaki kacak. Betul tak? Memang susah nak cari lelaki kacak lagi-lagi lelaki malaya yang tinggal beberapa kerat je. Perempuan memang tergila-gila dengan lelaki kacak ditambahkan dengan poket tebal yang penuh dengan pitis. Umur bukan halangan bagi mereka.

Apa yang boleh saya katakan, bila berdepan dengan situasi ini adalah tidak menjadi masalah bagi saya. Yang pasti saya pilih kedua-dua. Kuota lelaki kan empat semuanya. Poket saya pun tebal. Hehe! Yay! Akhirnya saya dah tulis arikel yang agak memeningkan saya sendiri. Sedara sedari paham tak artikel ini? Xpaham same-same lah korek apa yang saya nak sampaikan. Adios.

ps: awak, bez ke main tarik rambut?

Couple - Top Of The Pop!


Kosong....[...]

Kosong....kosong dan kosong lagi. Couple,Top Of The Pop? Amenda tu?

Berkhayal Itu Tandanya Lelaki


Giler hensem. sape? Aku la, sape lagi kat dalam blog ni, tak kan korang plak kan? Korang iri hati atau sakit hati tak bila aku cakap camtu? Atau teruja. Sila amik tukul besi dan hunus ke perut zizan. Giler per tukul besi nak hunus hunus, ingat pedang samurai ker? ahakz. Aku pasti lelaki [...]

Giler hensem. sape? Aku la, sape lagi kat dalam blog ni, tak kan korang plak kan? Korang iri hati atau sakit hati tak bila aku cakap camtu? Atau teruja. Sila amik tukul besi dan hunus ke perut zizan. Giler per tukul besi nak hunus hunus, ingat pedang samurai ker? ahakz. Aku pasti lelaki buaya darat di luar sane akan sakit hati tahap dewa bagai harimau mau terkam mangsanya juga belasah spiderman yang pakai spender kat luar, tetapi perempuan semestinya seratus peratus teruja punye. ha ha ha! Kenapa aku bangga diri? Sebab aku positif dengan diri sendiri, korang bagaimana? Sebelum tido, bawak lah muhasabah diri terlebih dahulu. Tapi kebanyakan hamba Allah di luar sana tidak pernah bersyukur. Kadang kadang cakap nak cucuk botox la, mcm mcm nak besar mane yang kecik, nak tegang mane yang berkedut.

Dalam kepala aku, cewek bugil, gadis melayu, macam macam ada. Sebentar tadi, sebelum aku menulis artikel ini, singgah rehat jap kat ohartis terbaca plak artikel mengenai Cinta Laura. Sape tak kenal CL? Cewek gedik dari Indonesia, tengah hot masa kini. Bila aku tengok citer dia kat Tv3, pergh! memang cun giler campur cakap nya yang pelat. Sape tak minat dia? Bukan lelaki jika mereka kata tidak. Btol tak? Gadis idaman lelaki masa kini, tetapi ingat lelaki baik utk perempuan baik dan sebaliknya.

Bila cakap pasal khayalan, lelaki lebih expert dalam bab ini tapi bukan lelaki saja. Perlu ingat bila lelaki berkhayal, objek imaginasinya adalah perempuan. Jadi, dalam hal ini sapa yang patut dipersalahkan? Jangan salahkan lelaki jika perempuan sendiri berfantasi di alam realiti ini bagaikan bidadari duniawi.haha! Setuju? Oh Laura, ku sudah jatuh hati sama kamu. Kapan kita boleh ketemu? Ku rindu banget sama kamu.

Sekarang mungkin tidak, hanya setengah jam lepas ku mahu kamu. Mek Pasir Mas, tunggu aku.

ps: Megan Fox pon ley tahan kalau sape nak bt ulik tido.haa!
pss: Sepatutnya entri ini di publish malam jumaat, orang cakap malam jumaat bez utk berkhayal..

You Say Aku, Seperti Barbie


Sukar nak dipercayai bila aku mampu update blog setiap hari. Satu magic mungkin telah berlaku dalam diri aku dan aku perlu memanfaatkannya dengan sebaik baiknya. Ini adalah artikel ke 30 yang dapat aku [...]


Sukar nak dipercayai bila aku mampu update blog setiap hari. Satu magic mungkin telah berlaku dalam diri aku dan aku perlu memanfaatkannya dengan sebaik baiknya. Ini adalah artikel ke 30 yang dapat aku hidangkan kepada pengunjung setia blog ini.

Artikel ini diterbitkan selepas aku berpuas hati dengan traffic ke blog ini. Hampir 60% daripada statistik keyword di blog ini berbaur lucah. Melayu boleh, bogel dan cewek seksi antara carian mereka yang tengah kegersangan di luar sana. Percayakah anda? Anda boleh mencuba dengan keyword itu sekiranya anda mahu menjana traffic yang tinggi.

Lupakan sekejap pasal lucah, stop berkhayal. Ayuh semua tumpu kepada masalah remaja pada masa kini. Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala sosial seperti rompak. lepak, rogol, samun dan banyak lagi yang boleh aku senaraikan di sini, tapi cukup untuk artikel ini. Sebelum terlupa, rempit juga jangan diabaikan wahai remaja remaja bersopan santun dan budiman.

Sebagai remaja, apakah langkah yang patut kita ambil? Janganlah kita berdiam diri sahaja dan hanya berpeluk tubuh menggoyang kaki di rumah.

Berbalik pada tajuk artikel kali ini, kebanyakan perempuan sekarang ini mendekati lelaki lebih kepada wang ringgit daripada hubungan yang sejati seperti yang diharapkan oleh pasangan masing masing. Setuju atau tidak? Tanya diri anda sendiri. Di samping itu, kaum lelaki juga menunjukkan bahawa mereka masih ragu dan sukar untuk memahami hati sebenar seseorang perempuan itu.

Kepada lelaki di luar sana, pilihlah pasangan yang sesuai dengan anda sebagaimana anda memilih spender di pusat membeli belah, dan jangan pula anda jadikan perempuan lemah sebagai mangsa pelepas nafsu anda. Pikir pikirkan lah wahai umat manusia yang dikasihi sekalian.

'Robot peliharaan mikro' seberat 32.5 kg yang digelar 'MicroPets-i' telah diperkenalkan dan akan dijual mulai 4 julai depan. Kepada sesape yang belum tengok transformer, jom serbu pawagam yang berdekatan dengan anda.

ps: Cinta Laura mungkin pengganti Lisa Surihani dalam hidupku selepas ini.

Kampung Boy Kembali Lagi


Apa khabar semua? Harap korang semua sihat sihat aje. Kepada sesape yang rase tak sihat tu cepat cepatlah la ye ke klinik, takut dijangkiti H1N1 je..he he he! Ermm, mesti ramai yang tertanya tanya mane menghilang zizan ensem ni kan dan mungkin ada yang menyampah bila termasuk blog ini kerana tak berupdate. Mungkin disebabkan faktor ini juga pelawat blog ini semakin [...]


Apa khabar semua? Harap korang semua sihat sihat aje. Kepada sesape yang rase tak sihat tu cepat cepatlah la ye ke klinik, takut dijangkiti H1N1 je..he he he! Ermm, mesti ramai yang tertanya tanya mane menghilang zizan ensem ni kan dan mungkin ada yang menyampah bila termasuk blog ini kerana tak berupdate. Mungkin disebabkan faktor ini juga pelawat blog ini semakin hari semakin menurun tapi bak kata aiman, zizan tak kisah. Ha ha ha!

Pada sesape yang nak maintainkan traffic blog tu rajin rajin la ye update tak kira la sekadar video je.hu hu hu! Pada 10 jun yang lepas genap suda zizan berbelog selama 22 tahun. Agak lame juga zizan berbelog tapi diharapkan korang jangan tertipu kerna 22 tahun tu adalah umur zizan. Dah tua rupanya tapi rasa macam budak darjah 6 je baru. So, sila sila lah wish ye dan sila menyampah sekarang juga dengan saya. Ha ha ha!

Actually, Zizan agak kesibukan sikit dan ditambahkan dengan internet yang sedikit jeles dengan Zizan menyebabkan masa untuk blog ini amatlah sedikit. Maklumlah kan, cuti cuti sekolah ramai yang buat kenduri terutama kenduri kawen dan Zizan pun terpaksa lah menyibukkan diri untuk menolong jiran jiran. Baru la nanti orang puji. Ermm, semua tu ikhlas ye bukan sesaje nak menunjuk nunjuk. Hu hu hu!

Zizan rase setakat ini dulu buat kali ini. Zizan nak bersiap ke masjid plak. Pada mereka yang merasakan diri mereka lelaki, jom sama sama ke masjid. He he he!

Azizan4444 Mengenal Dara


Salam, berjumpa lagi. Sebelum nie, saya telah menulis artikel mengenal Azizan4444. Hari ini saya akan menulis pula bagaimana Azizan4444 mengenal dara. Untuk memudahkan cerita, saya dan Azizan4444 ni adalah orang yang sama jadi saya gelarkan [...]


Salam, berjumpa lagi. Sebelum nie, saya telah menulis artikel mengenal Azizan4444. Hari ini saya akan menulis pula bagaimana Azizan4444 mengenal dara. Untuk memudahkan cerita, saya dan Azizan4444 ni adalah orang yang sama jadi saya gelarkan Azizan4444 sebagai saya. Hehe!

Malam Jumaat, malam yang baik untuk saya berfantasi dengan majalah. Saya selak selai demi selai. Siyes, x tipu. Saya terjumpa satu muka surat yang berkonsepkan sesi soal jawab. Soalan bagaimana hendak mengenal dara menarik minat saya. Soalan itu datangnya dari seorang hamba Allah saya gelarkan sebagai John. John lebih dikenali sebagai lelaki pencinta wanita, dia cakap dia lebih stim bila tengok wanita bertudung dan nak tahu bagaimana nak mengenal dara.

Okey, nak mengenal dara tidak memerlukan ilmu yang tinggi, cukup dengan ilmu mantik dan sekadar menggunakan pancaindera kurniaan Ilahi. Ramai yang bercakap, kalau nak kenal tengoklah pada punggungnya. Kalau punggung 'jatuh' maknanye bukan dara. Saya buat perbandingan antara budak dengan emak orang. Tetapi saya rasa susah nak aplikasikan cara ini ke atas perempuan yang berlebihan berat badan.

Ada juga bercakap dari sudut bawah. Iaitu bahagian tumit. Tekan skit dan tidak pucat. masih merah itu tandanya masih dara. Bagaimana pula kalau yang berkulit gelap? Saya pasti lepas ni, kaum pecinta wanita ramai yang akan mengalami masalah sakit leher sebab berjalan teleng-teleng nak tengok tumit gadis perawan.

Tapak tangan dan jari kelingking juga dijadikan bahan eksperimen dalam mengenal dara. Kalau anda masih dara jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada tapak tangan anda. Itu berkemungkinan anda seorang yang gigih dan bekerja keras.

Selain itu, ada juga orang bercakap mengenai bibir. Kalau bibir, rekahan yang bergaris garis dan ada cahaya merah tu dara la. Ada orang cakap bibir saya merah, adakah saya masih dara?Hish! Tetapi itu pendapat orang lain, bagi saya amat senang untuk mengenal dara dengan hanya menyelak kain perempuan dan mengenal dara bukan dengan menyelak majalah. Kalau dia pakai seluar tanggallah seluar seperti di atas. Hehe! Tip yang diberikan oleh gf kena bunuh kepada saya, anak mata terbuka. Setakat ini didapati benar dan mudah dilihat.

Saya dengar ada suara halus nak tahu bagaimana nak mengenal Azizan4444. Kan saya dah tulis artikel sebelum ini, kalau jumpa lelaki kacak mempunyai telaga buruk dan berdagu Hrithik Roshan, tu lah Azizan4444. Haha! Satu lagi nurkilan bukan berdasarkan pengalaman sendiri tetapi lebih kepada pengetahuan dan pembacaan. Adios

ps: macam kenal je boxer tu.
pss: kalau ada gambar menarik lagi ley emailkan saya. haha!

Resume Terbaik Dari Ladang

1 Mei dah lepas, cuti pon dah abes..Korang semua jangan ponteng keje ye..muahaha! dan sesape yang baru lepas U tu kalau nak apply keje, kat bawah ad [...]

1 Mei dah lepas, cuti pon dah abes..Korang semua jangan ponteng keje ye..muahaha! dan sesape yang baru lepas U tu kalau nak apply keje, kat bawah ad contoh resume yang korang leh rujuk..

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who
dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification:Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

Camane? ada bagus tak contoh resume tu..?muakaka!

Update Tak Sengaja #1

Update sambil berdiri selama 5 minit..Latest news Arsenal kalah 0-1 dengan Man U..Tidak perlu kecewa..Next, sempena menyambut Hari Pekerja atau lebih dikenali sebagai Hari Buruh esok 1 Mei, aku nak kongsi dengan korang semua tentang polis kat atas tu..Gambar menunjukkan seorang polis Thai. Daerah mane [...]

Update sambil berdiri selama 5 minit..Latest news Arsenal kalah 0-1 dengan Man U..Tidak perlu kecewa..Next, sempena menyambut Hari Pekerja atau lebih dikenali sebagai Hari Buruh esok 1 Mei, aku nak kongsi dengan korang semua tentang polis kat atas tu..Gambar menunjukkan seorang polis Thai. Daerah mane aku tak tahu...Korang perasan tak kelainan pada polis tersebut? Nampak normal kan? sama je mcm polis2 lain..dengan topi nya.. cota nye..tapi pe yg lain dan lawak nye?

Sekali orang gila daa..muakakaka! Siap de kuning lagi tu..cirit ke?huhuhu!

Kepada korang yang da keje tu..aku mengucapkan selamat hari buruh..cuti cuti jgak, menulis jangan cuti plak..ok babes..

Jawapan Teka-teki & Award

Agenda 1 kite,nampaknye ramai jgak pelawat planet tin susu '87 yang singgah untuk menjawab teka-teki pada entri sebelum ni..tp xde seorg pown yg berjaya menjawab kesemua teka-teki tersebut.. Susah sgt ker?Hahaha!

Setelah mendapat permintaan daripada kwn kwn beloger supaya ak meng'post' jawapan nye, jd aku dengan sukarela memberi jwpan yn paling sempoi untuk teka-teki tersebut...muahaha!
Berikut ialah jwpan utk teka-teki tersebut..

Teka-teki ke 1
Q.
Orang yang kene penyakit aids boleh tahan berape hari?
A.
3 HARI sebab
A=AHAD
I=ISNIN
D=DAN
S=SELASA

Teka-teki ke 2
Q.
Satu ela kain bersamaan RM3 ringgit satu ekor ayam bersamaan berapa ringgit?
A.
seekor ayam = 2 kaki
sehaler kain = 3 kaki
seekor ayam = 2 ringgit

Teka-teki ke 3
Q.
Bende ape bile simbah air sebanyak mane pon kedalaman paras air nye setakat tuu je tak naik-naik?
A.
mangkuk tandas hahaha

Nampaknye soklan 3 yg ramai leh jawab..maybe dorg tgk Gitu2 Apek kot..
muakakaka..

Selesai suda bahagian teka-teki aneh tu..

Agenda ke 2 kite plak..huhu..Sepanjang bulan april nih,nampaknye TIN SuSu '87 mendapat sambutan yang boleh dikatakan hangat la jgak walaupon x sehebat Slumdog Millionaire itu..ngee Tibe la penyampaian award plak..walaupon award ni x sehawt ABP mahupon Oscar..hahaha!
Terima la seadanye..untuk pengetahuan semua,award ni adalah untuk bulan april dan di reka khas di ITALY..hahaha!

azizan



ps; Award ni untuk semua pelawat Planet TIN SuSu '87..amik jangan x amik..muahahaha!
Pss; Nantikan award utk bln hadapan dengan design lebih hawt dan cun dari FRANCE plak..bye babes

Teka-Teki


Korang mesti penah lihat kan pitcha di atas...itu dalah pitcha slh satu teka-teki yg boleh diktakan femes la jgk...klu korg nk taw ak penah mndpt 50 hinggit kerna bjaya menjawab teka-teki trsebut masa sekolah dulu2..mase tu ak join kem kecemerlangan akademik...huhu..

Tapi kali ni aku bukan nk soal pasal pitcha di atas tu..D sini ak ada 3 teka-teki aneh utk diajukan kepada korang yg power2 dlm bidang 'membijak,memandai n mengarut'..huhuhu!



Teka-teki ke-1
Q. Orang yang kene penyakit aids boleh tahan berape hari?
A...??????

Teka-teki ke-2
Q.
Satu ela kain bersamaan RM3 ringgit satu ekor ayam bersamaan berapa ringgit?
A...?????

Teka-teki ke-3
Q. Bende ape bile simbah air sebanyak mane pon kedalaman paras air nye setakat tuu je tak naik-naik?
A...?????

Korang yg rase power tu sila la jawab ye...
muakakaka!