[Special Edition - Menjaga Hati] Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terlebih dahulu, saya nak memperkenalkan diri saya kepada anda semua. Kalau sape pernah terbaca artikel ini, Marc yang dimaksudkan adalah saya. Sahabat sehidup semati Encik. Setelah saya terbaca satu artikel [...]
[Special Edition - Menjaga Hati] Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terlebih dahulu, saya nak memperkenalkan diri saya kepada anda semua. Kalau sape pernah terbaca artikel ini, Marc yang dimaksudkan adalah saya. Sahabat sehidup semati Encik. Setelah saya terbaca satu artikel yang kurang menyenangkan hati, saya terpanggil untuk menulis artikel ini bagi pihak kawan saya, Encik. Pada saya, motif utama artikel tersebut adalah untuk memalukan kawan saya dan bukan sebab utama iaitu plagiarism.
Saya adalah salah seorang pembaca tegar blog ini dan saya juga pernah menulis artikel dalam blog ini dan artikel tersebut disudahkan oleh Encik. Anda boleh baca artikel ini. Idea asal oleh Encik. Setiap entri yang dikeluarkan oleh Encik akan dibaca oleh saya. Apa yang saya perhati, artikel yang dikatakan telah ditiru oleh kawan saya adalah lebih menarik daripada yang asal. Sebenarnya, hanya idea yang diambik bukan keseluruhan artikel ditiru. Bila pihak yang anggap itu artikel dia dan mendapati artikel yang telah diolah oleh Encik mendapat 'sambutan' dan banyak orang yang meninggalkan komen pada entri tersebut maka perasaan iri hati timbul dalam diri manusia tersebut.
Saya bukan nak memperbesarkan lagi isu ini. Seperti mana anda sedia maklum, isu ini telah diperbesarkan oleh se'kawan' mereka yang penuh dengan perasaan dengki dalam diri mereka. Saya bagi pihak kawan saya, ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada mereka yang sanggup meninggalkan komen di kotak komen blogger lain. Tapi yang saya hairan, mengapa mereka menggunakan anonymous semasa meninggalkan komen tersebut. Kalau rasa cara mereka betul, apa salah tinggalkan nama yang betul ataupun link mereka. Ini menunjukkan diri mereka adalah 'penakut'. Bak kata bro dude, takut dengan bayang-bayang sendiri ke hape? Mungkin jugak bro kalau dia hantu la. Hehe!
Mungkin ramai yang yang anggap isu ini telah tamat. Mungkin juga bagi kawan saya, tapi bagi saya tidak. Ini melibatkan aib seseorang. Sendiri mau ingatlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan yang binasa. Kita kalau nak bercakap atau nak mengeluarkan sesuatu perkataan dari mulut, kena pikir sebaik-baiknya. Mungkin bagi kita, semuanya betul tapi perlu juga ingat, persaan orang lain.
Saya kawan dari kecik sampailah sekarang, saya dah masak dengan perangai Encik. Dia ni terlalu lembut dan selalu menjaga hati orang lain sedangkan hati dia sendiri seringkali disakiti. Saya bagi contoh artikel Diam Bukan Tanda Takut untuk menggambarkan Encik Azizan. Sebab mengapa ramai orang senang bila berkawan dengan dia? Anda boleh baca entri ini. Tak kira apa jua keadaan, dia akan menolong kawan-kawan yang dalam kesusahan padahal dia sendiri kadang-kadang susah tapi tetap dengan perangai dia berdiam diri, tidak mahu menyusahkan orang lain. Sampai sekarang orang tidak bayar hutang dia tapi dia buat senyap je.
Banyak lagi entri yang beliau tulis sebenarnya untuk menggambarkan diri dia. Untuk pengetahuan semua, Encik Azizan tak akan berhenti menulis blog. "Saya akan derhaka kepada diri saya sendiri jika saya meninggalkan kelab ini" itu kata Arsene Wenger. Apa pula kata Encik kepada saya, "Aku tak mungkin akan berhenti menulis sebab itu dan menjadi minat aku dan aku tipu kepada diri sendiri kalau aku berhenti". Apa yang saya tahu, internet sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Dia juga pernah berkata, hidup dia kosong tanpa kawan-kawan dan lebih kosong tanpa internet. Satu lagi perkara yang buat saya hairan, kenapa lah dia ni minat giler dengan Arsenal dan kalau bercakap mesti pasal Wenger. Dia cakap, Wenger lagi banyak orang kriktik pasal dia tapi Wenger ni buat selamba je dan sentiasa berfikiran positif serta yakin dengan kebolehan dia.
Nasib baiklah Arsenal menang besar hari tu, kalau tak saya rasa hati Encik bertambah sedih lagi. Harap-harap pagi nanti, Arsenal akan menunjukkan kebolehan sebenar mereka apabila berdepan cabaran Celtic untuk Play Off Liga Juara-Juara. Kalau menang, lagi gembira la kawan saya sorang tu.
Encik ni, sepanjang kitorang berkawan. Marahnya tak lama. Rajuknya tak lama. Paling lama sehari je. Sebab dia pernah cakap, hidup dia rasa kosong tanpa kawan, buat apa dia nak marah dan merajuk dengan kawan-kawan dia. Untuk pengetahuan semua, Encik sekarang berada di negeri orang dan akan kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang pada 20hb nanti atau lebih senang lusa lah. Dia juga cakap lepas balik nanti dia nak letak balik chatbox tu. Dia rindu giler dengan kawan-kawan bloger. Tetapi itu bergantung kepada dia lah.
Terakhir, saya minta kepada mereka yang telah melakukan perkara ini harap sedarlah. Ini benda kecil dan tak patut diperbesarkan. Dan satu lagi jangan jadi penakut dengan menggunakan anonymous dan saya juga tidak suka orang bersifat hipokrit. Sekejap sebelah sana, sekejap sebelah sini. Kalau dalam politik, orang ni saya letak kan sebagai atas pagar dan gologan inilah sebenarnya yang merosakkan orang Melayu itu sendiri. Sebelum terlupa, saya guna panggilan Encik sebab semua orang menggunakan panggilan itu. Azizan tu dia pakai dalam blogging je.
Sekian.
ps: saya letak gambar Maria Ozawa sebab Encik cakap macam Cinta Laura
28 comments:
bagus la kalau azizan nak kembali menulis.. aku sokong 100%.. pasni letak gambar2 yg hot2 lagi.. ekeke.. gurau jer tu.. ampunn..
moga zizan sentiasa ceria2 k, dan kembali dgn semangat baru serta idea2 yg freshhhhh.....=)
oo
laa zizan ko p mrantau plak ek..wei blik t dtg blog ak..x best woo xda ko..ko pdli laa org nak dengki ngan ko 2..think positif jer..
zizan
hasni masih ingin mbca entry dr zizan
truskan mnulis ok:-)
tak henti membaca di sini....
teruskan....
keep up!cheers.
alah, ignore all people yang ala-ala psiko. aku pun tak kuaser nak melayan. bile dan besar2, do something yang tunjuk kite ni dah besar.
semue org buat silap. tapi, its better bile ngaku salah n minta maaf. for me, ko dah buat ape yg patut.
aku tak mo tahu cite ape..cuz komen2 kat blog aku dapat, aku tapis. pening gak mule2, tu yg ade terlepas..tapi, biarlah..
cool babe!
sabo je la
abaikan je la zizan...
blog ko kan..jadi buat suka hati ko jela...
yg penting ko tau ape ko buat...
aku pun tetap bace blog ko...
saba je.truskan blogging
Rilex jer bro Zan..
Biar lah depa....
Kalo komen pakai nick Anonymous tuh means depa tak brani kut nak berdepan...
Bandwith image blog ko...
chatbox pi mana Zan ?
Ko tukar blog lain ker..
aik.. tak blk lg ker ni..
go go go bebeh!
Salam zizan..aku pon da windu tol ngan komen ko kat blog aku la...aku harap ko akan tetap menulis blog..aku pon suke bace kat blog ko..harap masalah salah paham ko nie leh setel ngan baik..Harap kite sume blogger xmo lagi gaduh2 erk...Melayu kan hancur kalo bergaduh n Melayu akan berjaya jika kita bersatu..Jadi marilah kite sume blogger Melayu bersatu dalam jalan yang sama..selamat maju jaya buat ko zizan...
patutla dh lama Ym dgn aku merantau rupanya..semoga tabah menghadapi dugaan ya..selamat berpuasa.
Salam ramadan... slamat berpuasa....
nice blog... lama tak singgah... been very busy..
rileks jer bro... just keep on writing... anyway... mintak alamat ble? hantar ke adrysabry@yahoo.com k... nak kirim kad raya... thanks
salam ramadan... slamat berpuasa...
hahaha..
lu up nama wa la pulak..;p
kasi arr link ke blog wa.
bagi la can wa hot plak, asyik zizan jek pemes, iri hati lak gua..kahkahkah
kang pasni wa plagiat pulak entri lu, lagi pemes wa dari lu..;p
yg benar,
wa yang giler glem..;)
zizan, gambar tak leh blh. boleh naikkan nafsu aku. hehe
mane entry terbaru?
dah rr menyepinya.
buang yang keruh, ambik yang jernih..hidup kena ada masa susah dan senang baru kita boleh belajar..
salam,
isu plagarism ada dimana-mana sahaja
tapi bagi saya, kalau setakat mengambil idea daripada tajuk entri,is not considered plagarisme.
haha,yela..manusia perlukan inspirasi, and it seems inspirasi somepeople datang dari tajuk orang. and tajuk je kan? it's not like your friend here tiru bulat-bulat entry orang.
i pun ada jugak dapat idea dari tajuk para bloggers. ada blogger cerita pasal kereta, i pun cerita pasal kereta. does that mean i'm plagarising her entry? i rasa tak.
tapi this is life,bila da mempunyai blog yang mashur,memang orang akan menjaga blog tu gila-gila.
hehe,ape la i merepek ni.ape-ape pun ,keep on writting ok =)
p/s : cuba suruh orang-orang yang tak puas hati pergi buka dictionary balik and look for the word plagarisme orite ;p
bro..
gmbar maria ozawa 2 hot r..
hahah
encik azizan.. cik capiqa masih setia di sini, oke?
p.s: kepada sang penulis, maceh ya berkongsi hal ini. buat kami lebih mengenali encik azizan. ^_^
azizan imy :)
suka hati la... nama pun personal blog... buat la apa ko nak
hello! my name is ali and i am pakistani i had three time visit for your country i really like your country and your country peoples honesty and sense of duty and i don't under stand your language but i like it.and i like to friend ship with you if you like. please reply me in English i am waiting for your answers about friends ship may allah bless you. my email-is
aliimran-ali@hotmail.com ok by friend.
Take Care.
Post a Comment
Nak komen? Silakan.