
Apa khabar anda semua? Saya harap semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat. Setujukah anda semua bila saya berkata menulis blog kini menjadi salah satu 'aktiviti' yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk peribadi mahupun dalam bidang perniagaan. Satu perkara yang seringkali menjadi [....]
Apa khabar anda semua? Saya harap semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat. Setujukah anda semua bila saya berkata menulis blog kini menjadi salah satu 'aktiviti' yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk peribadi mahupun dalam bidang perniagaan. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat seorang penulis blog ialah memiliki pembaca seramai mungkin.
Tidak dinafikan terdapat berjuta juta blog yang wujud di dunia sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, bagaikan coklat coco crunch mencurah ke ladang gandum. Tetapi saya juga hairan mengapa masih ada beloger yang kekurangan idea untuk menulis walhal tiada batasan untuk menulis tidak kira dalam bentuk apa sekali pun. (Sebenarnya saya sendiri kekurangan idea untuk menulis di blog ini sejak kebelakangan ini. he he he!). Akibat kekeringan idea untuk menulis, maka wujud la "plagiarism".
Many people think of plagiarism as copying another's work, or brrowing someone else'e original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). "Plagiarism' adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste.
Untuk mengelakkan berlakunya perkara tersebut saya ingin kongsikan tips yang saya sering gunakan ketika berblogging. Saya akan kongsi bersama anda 3 tips utama bagaimana untuk mendapat idea untuk menulis.
1) Buat review tentang berita terbaru sama ada dalam atau luar negara.
Teknik ini saya rasa ramai antara kita yang sudah menggunakkannya dalam beloging. Teknik ini cukup popular! tapi kalau nak dibandingkan dengan Lisa Surihani saya rasa lisa lagi popular..hoho! Untuk buat review anda boleh rujuk pelbagai sumber juga boleh dapatkan berita di Yahoo! News, Google News dan banyak lagi yang boleh di rujuk. Contoh berita terbaru sekarang ialah pasal selesema babi.Anda perlu hurai tentang apa yang anda paham mengikut gaya anda sendiri. Tapi ingat, jangan copy paste kerana itu sudah boleh di anggap sebagai plagiarize.
2) Manfaatkan You Tube.
Ni satu lagi tips menarik di mana anda dapat mencari idea melalui video tanpa perlu menulis sepatah perkataan pun. Teknik ini banyak digunakan oleh beloger beloger sekarang terutama melibatkan videos lawak. Itu adalah dari pemerhatian aku selama berblogging. Haa, apa lagi? cepat cepat la bukak you tube..muahaha!
3) Lawat blog orang lain
mungkin ramai yang setuju dengan teknik ini kerana dengan melawat blog orang lain anda akan dapat menyedut idea mereka dan satukan dalam satu entri. Teknik ini juga memberi kebaikan kepada anda untuk menarik dan meningkatkan traffic ke blog anda. Oh sebelum terlupa, anda dilarang sama sekali untuk copy bulat bulat idea penulis asal. Sila hargai orang lain berblog.
Sampai sini dulu untuk artikel kali ini, saya harap kawan kawan beloger dapat kongsi teknik yang digunapakai di rungan komen. Saya hanya mahu berkongsi bukan mahu mengajar kerna saya bukan seorang guru. Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru tidak kira dimana jua berada, mungkin juga yang membaca artikel ini nanti adalah seorang guru.
ps: Jom Bekpes..terlewat sudah..hehe!