Siapa kata lelaki kurang tampan tidak menjadi rebutan dewi dewi cinta? Siapa kata wanita hanya mementingkan wajah yang kacak, wang ringgit dan material untuk mendekati lelaki? Jika ada yang berpendapat begitu, fikirkanya semula. Tidak sukar bagi [...]
Siapa kata lelaki kurang tampan tidak menjadi rebutan dewi dewi cinta? Siapa kata wanita hanya mementingkan wajah yang kacak, wang ringgit dan material untuk mendekati lelaki? Jika ada yang berpendapat begitu, fikirkanya semula. Tidak sukar bagi seseorang lelaki untuk didekati oleh wanita meskipun anda kurang tampan.
Apakah yang membuatkan seorang wanita menyenangi seorang lelaki? Rejim penjagaan diri yang betul dan kebersihan diri sudah memadai membuatkan wanita ‘cair’.
Jika selama ini anda mengabaikan rejim penjagaan diri, apa kata mulai sekarang anda mengubah sikap itu.
Anda tidak perlu memakai pakaian yang mahal dan minyak wangi berjenama untuk memikat hati seseorang wanita. Sebaliknya, seorang wanita amat meyenangi seorang lelaki yang kemas penampilanya, bersih dan tahu membawa diri mengikut situasi.
Hakikatnya, tanpa secalit sapuan alat solek di wajah lelaki sudah cukup membuat seorang wanita terpesona. Namun, tidak ramai lelaki yang tahu bahawa mereka memliki faktor 'XXX' yang mampu mencairkan hati wanita jika kena caranya.
Jadi, apakah faktor yang perlu dititikberatkan oleh seorang lelaki? Ikuti tip-tip berikut:
Kulit Wajah
Saban hari kulit kita terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan percemaran udara di samping cahaya ultra ungu yang boleh memudaratkan kesihatan. Kesannya kulit akan beransur ansur berubah mejadi kusam dan tidak bermaya.
Bagi lelaki yang mementingkan kebersihan dan kesempurnaan kulit wajah, saya cadangkan anda menggunakan produk penjagaan kulit. Gunakan pembersih wajah yang bersesuaian dengan kulit anda setiap pagi dan sebelum tidur. Ini membolehkan sel sel mati dihapuskan dan membersihkan liang roma bagi mengelakkan jerawat di samping menghilangkan kekotoran.
Saya nak ingatkan kepda anda semua, berhati hati dengan kulit wajah anda terutama mereka yang mempunyai kulit yang berminyak.
Gigi
Gigi adalah salah satu faktor penting dalam rejim penjagaan diri. senyuman yang menawan sangat penting. Namun, pastikan anda tidak mempunyai masalah gigi dan mulut. Kurangnya penjagaan mulut dengan baik menyebabkan nafas berbau.
Dapatkan rawatan pergigian mengikut masa yang tertentu dan selalu berjumpa doktor gigi di samping itu anda perlu menggunakan produk pemutih gigi yang ada di pasaran ataupun dengan cara anda sendiri.
Rambut
Rambut yang pendek nampak lebih kemas dan mudah diurus berbanding rambut panjang. Tetapi rambut yang panjang boleh dijaga dengan perapi yang bersesuaian.
Rambut kering boleh dicegah dengan perapi selepas rambut dicuci dan kelemumur perlu dielakkan bagi mendapatkan rambut yang sihat. Antara masalah rambut yang dialami lelaki muda ialah rambut beruban menyebabkan keyakinan diri berkurang.
Anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mahupun anda berkunjung ke salon rambut.
Misai, Janggut dan Jambang
Ini merupakan fitrah seorang lelaki termasuk la saya sendiri. Apabila anda memilih untuk menyimpan misai dan jambang, pastikan anda menjaga kedua dua aksesori lelaki ini supaya tidak berserabut.
Seeloknya misai atau jambang dicukur kemas untuk gaya yang bersih. Sesetengah wanita menyukai lelaki yang mempunyai rerambut di tubuh badan terutama di wajah dan dada.
Bau Badan
Faktor terbesar mengapa lelaki kurang didampingi wanita adalah bau badan. Biarpun mungkin ada yang beranggapan masalah bau badan sering berlaku kepada individu yang bertubuh besar, sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Untuk pengetahuan anda, bau badan adalah dipengaruhi oleh makanan dan faktor kebersihan. Oleh itu anda perlu menjaga pemakanan anda.
ps: Lisa surihani cakap dia suka lelaki macam saya sebab ada janggut dan jambang yang cun lg hawt.haha
43 comments:
hehehe..suke artikel ni..
lelaki tu kalo tak hensem mcm brad pitt tapi kalo die kemas and jaga kebersihan diri, pastuh baik hati, suke senyum and friendly, akmar mmg suke nak kawan dengan die..
;)
Kamu ni zizan.. Lisa surihani plak daa.. Tak payah pi jauh2.. Ku pn blh ckap camtu.. Wakakaka..
Btol tu.. Sape kate wanita hny mementingkan wajah kacak dan duit brkepuk-kepuk semata.. Tapi kalo ade, itu adalah satu bonus.. Wakakakaka.. =p
Bukan saje lelaki yerk, pompuan tlg take note juge.. Artikel di atas juge blh diaplikasikan pada wanita.. Btol tak zizan?? Tak cantik takda hal kan, yg pnting kemas, bersih.. Hahaha.. =)
Pape pn, btol laa ckap zizan tu.. Laki tu kalo nak pompuan suke, kmas laa sket.. Jgn selebet sgt.. Dengarlah nasihat dari lelaki idaman Malaya seperti zizan ni.. Hik hik.. =p
oi! perasan btol.. lisa surihani suka org cam aku la.. kurus tinggi lampai n pkai spek!
=P
akmar anuar,
tp kalau laki tuh lbh dr brad pitt kompem org pompuan x tolak kn.hehe
leh la kite kawan ye.ngee
farhana,
kamu mmg bley tp ku takut d serang org yg x dikenali nanti,
mmg btol,artikel ni sesuai utk pompuan cutie kat lua sane.layan
aduka,
gler kuat jelez, bhaye dapat laki cm aduka nih.hahaa!
salam..azizan4444,
anda selamat la...saya yang teruk kena..!
bukan dah kawan ke sekarang??
wekk! =p
anak laut,
salam, tu la pasal.nasib baik time tu..lps ni kna ati2..
akmar anuar,
hehe..kawan tapi mesra ek..ngeh3
Kenapa saya suka dia....? Kenapa....
Sebab saya suka dia lah!
:D
bagus entri ni... hehehe...
bengong btol pakcik nih..
cool zizan..
suka aku membaca entri kamu...
patut awek banyak bagi hadiah kat ko ek..
hehe..
ixora,
dia?siapakah dia itu.nampaknye kesetiaan yang ditunjukkan bgtu tinggi.hehe
adry,
mekaseh.adakah sebgs pompuan yang setia kpd kite atau ssdp nasi kerabu.:)
akmar anuar,
erk?apa yang telah berlaku ni..ku tidak mengerti.
haha
nine,
mekaseh sbb ko baca dr awal hngga abes.harap2 cmtu la.hehe
sgt menghargai kekasih gelap itu.
ko amalkan ke tak tips2 yang ko kasik tu? apekate ko upload gambo ko mau tgk sikit kemas ke tak..check up! haaaa
si lampu neon,
kalau aku letak gambo kat cni mau mengamuk lisa tuh taku aku dikebas org len.haaa..
msti la ikot..bnda wajib tuh..
haha. ak x ensem. tp awek aku cin gila babas. ape rahsia? ketiak yg berbau la
hehe..thanks zizan jalan2 kt blog yaya..hmm ciri2 lelaki di atas sangat menyerupai kekasih gelapku yg sedang blayar kini..huhu..
hahaha..ye ye je lisa cakap cmtuh...
anyway kajian mengatakan perempuan tertarik kepada bau peluh laki..
nisah terpksa mengaku..huuhu~~ sorry..
;)
peluh jantan tuh beb!!
;) haha
ubey,
naseb baik ko ngaku awal2..xde la aku nak mengata ko.haha
nur hidayah,
mekaseh nur, jaga lah dengan baik kekasih gelap anda itu ye
semoga kekal dan bahagia selalu.ngee
niesah,
mmg btol bau laki menghairahkan.tp itu hanya utk lelaki tampan mcm brad pitt n tip ini adalah utk kekasih2 gelap aja.haa
ermmm entri yg sngt bagus..
lepas ni leh la taw cmne tackle awek hhee
nah tip dari wa.
lu ikhlas je. xpayah pikir2 smua tu.. bau badan , rambut, janggut, dan semua, lu xyah jaga pun.. rilek2 je..haha! (yeke? mcm orggila pulak).. gini lah.. lu rilek2 je.. runcit2 je..
dan hati biar bersih. confim! terpikat
haha
ada btul gk...
hahaha..aku tak kisah ler..sng jer jawap jodoh ape ker di tangan tuhan.. aku redho jer tak sebaik pak tan..eh jijan ni..=P
aihhh..bukan ke selalu nya laki yang tak hensem awek dia chantek meletop-letop hehehe..
kalo ada keyakinan, tu yg penting kan kan..=)
sy suke tgk laki kalo hati dia baik, pandang dia pun sejuk jak mata memandang hehe
si penunggu subuh,
manfaatkan entri ini, sekiranye berjaya inform 1 malaysia kasi hot.hehe
oranglidi,
cukupkah dengan ikhlas seseorang itu akan diterima..ada kemungkinan ya atau tidak.
tapi itu adalah salah satu cara yang boleh di tunjukkan semasa berkasih sayang hingga selamanya.
roslan nazri,
mmg jodoh di tangan tuhan,tapi kita diberi peluang untuk memilih pasangan hidup kita..
so,gunakah lah peluang yang diberi dengan sebaiknya,jgn menyesal dikemudian hari
ivy,
mostly pe yg berlaku skrang mcm tu la..susah nak jumpa sama chantek same padan..hehe..
wah, bagus ni. tp aku memang tak tampan, tp aku cute. hehe...uiks...peminat lisa la ni yerk...haha...cewek aku tu...keke
nice tips sbb ramai je lelaki yg buat slumber kodok atau dalam bahasa mudahnya ikut suka hati je pasal penjagaan bagai ni. nk buat, buat.. taknak buat, tak ler. termasuk aku sometime. hehe..
mohdisa,
gler ramai peminat lisa..abis tu azizah mahzan ko nak bg sape bro.haahaa
kekeke :P
arini bru sempat bace entri zizan.
tfa sokong handred persen sume tu.kihkih..
xensem pon xpe, janji kemas n xserabai sgt.
muahaha
azizan(dot)com,
tu la psl kan..ramai yg bt slumber je,da la selekeh lps tu penjagaan dri plk ntah ke mana..
mmng susah la awek nak masuk line nanti.huhu
tfaaa,
bgs la klu cmtu...tfaa seorang yg x memilih sgt..sng la dpat nanti ye.huhu..
ensem kena gak skit2..ngee
zizan,
bagus la info ni. hihi
fatin,
pe yg bgus tu?huhu...ni kompem bf kamo amalkan pemkanan sihat kn?heee..
Post a Comment
Nak komen? Silakan.