Kyle XY Musim Ke-3 Kembali


Sebelum ini, kita telah disajikan dengan sebuah drama siri yang begitu hebat,Ghost Season 2 dan satu lagi drama siri sains fiksyen Kyle XY musim ke-3 akan kembali dengan aksi yang lebih mencabar dan mendebarkan. Drama siri ini telah mendapat sambutan yang [...]

Sebelum ini, kita telah mengikuti drama siri Ghost Season 2 dan satu lagi drama siri sains fiksyen Kyle XY musim ke-3 akan kembali dengan aksi yang lebih mencabar dan mendebarkan. Drama siri ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan pada musim-musim yang lepas.

Sesiapa yang minat dengan drama siri ini mesti tidak mahu ketinggalan kan? Di sini saya ingin membuat sedikit review tentang drama siri Kyle XY musim ke-3 ni. Pada kali ini, Kyle terpaksa berhadapan dengan cabaran yang lebih besar dalam hidupnya. Siri 10 episod ini dibintangi oleh Matt Dallas, Marguerite MacIntyre, Bruce Thomas, April Matson, Jean-Luc Bilodeau, Chris Olivero, Kirsten Prout dan Jaimie Alexander.

Sebagai seorang yang membesar dengan status wira, mereka perlu tahu bahawa ada harga yang perlu dibayar atas kelebihan yang ada pada mereka. Tetapi Kyle (Dallas) tidak peduli akan peraturan ini. Sebelum ini dia hanya seorang budak lelaki yang tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan yang mungkin sukar untuk diuraikannya, siapakah dia dan apakah matlamat hidupnya, tetapi kini dalam keadaan tertekan bagaimana sekalipun, dia harus menghadapinya sebagai seorang lelaki. Dan untuk melakukannya, Kyle terpaksa korbankan perhubungan dengan mereka yang sangat-sangat disayanginya.

Apa yang menjadi penyebab kepada perubahan Kyle adalah sebuah organisasi rahsia, Latnok, yang diketuai oleh Cassidy (Hal Ozsan) seorang yang berkarisma. Latnok merasakan sudah tiba masanya untuk mereka memperkenalkan diri mereka kepada Kyle, mengajak Kyle bekerja bersama-sama mereka dan menjadi seorang lelaki yang sebagaimana telah ditakdirkan. Tetapi apabila Latnok menggunakan penculikan, ugutan dan manipulasi untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, percayakah Kyle pada kejujuran dan keikhlasan dalam niat mereka terhadapnya?

Apakah yang anda rasa perkara yang akan berlaku pada musim kali ini? Adakah ianya lebih menarik dari episode-episode terdahulu?

Sama-samalah kita ikuti drama siri 10 episode ini. Rancangan Kyle XY musim ke-3 ini akan disiarkan pada setiap hari Rabu jam 11 malam di TV3 mulai 22 Julai 2009.Selamat menonton!.

ps: tak sabar nak tengok..

16 comments:

Amoi said...

best ni~~

Precious said...

Esok jam 11 malam ... Lewat sangat tu!

noorafzan.blogspot.com said...

tak mampu nak stay up ler..
kul 11..
masa tidurku~
adeh..

Anonymous said...

*+* nmpknya. klu n3 ni. sy x tau nk komen ape incik zizan..
haha. sy x mint dan x pnh tgk citer ni..
adui2.
kuno dan ktgglan ke sy ni.. <--dialog xnk ngku
ekeke...
huhu..*_*
sy cuma mlyn sintron.. atau citer bsri korea shj..hik2..

Ivy Metaga said...

suka tgk ni, tapi paling suka supernatural hehehehe...hero2 nya hensem lalalalala..sebenarnya suka cerita buru2 hantu nih lalalalalaaaa...

azizan4444 said...

[a.m.o.i] ™,

kalau best kena la tgk nanti.hehe

azizan4444 said...

Precious,

xde la lewat sgt..tp klu yg bekerja kesokan pg x dpt la nk stay lame2..hehe

azizan4444 said...

noor afzan,

awal tdo?hehe..

azizan4444 said...

Anak Gemilang,

biase la tu..kbnykn org pompuan layan sntetron je lg2 cter indon.hee

azizan4444 said...

Ivy Metaga,

zaman skang mane ada hantu..so,x bape femes kot cte cmtu skang..hak3..

Unknown said...

tak suker hero ni...tak hensem...lembut semacam pun mau jadi HERO...hahaha

azizan4444 said...

POSH76,

mmg x hensem,gwe lagi kacak rasenya.hahaa

LuVidA^^ said...

alahai...x penah folow la..hehehhe

Nine said...

Fuhh..aku minat Drama series nih..
Sebab Kyle nampak nerd jer..
tapi dia cool...

emak said...

LuVidA^^,

hoho..rugi x follow..bez drama ni..hee

emak said...

Nine,

btol tu.die mmg cool..

Post a Comment

Nak komen? Silakan.