
Pelakon cantik, Rozita Che Wan, 36, kini hangat digosipkan bercinta dengan Asrarudin Putra Omar setelah mengaku berkawan mengenali dan berkawan dengan pemain bola sepak negara itu baru-baru ini. Walau bagaimanapun, dia [...]
Pelakon cantik, Rozita Che Wan, 36, kini hangat digosipkan bercinta dengan Asrarudin Putra Omar setelah mengaku berkawan mengenali dan berkawan dengan pemain bola sepak negara itu baru-baru ini. Walau bagaimanapun, dia menafikan mereka bercinta walaupun kerap kali keluar dan bergayut telefon dengan pemain bola sepak itu.
Rozita, yang popular dengan drama 3 janda di astro berkata, bergayut dengan telefon tak semestinya bercinta. Kami berkawan tanpa melibatkan perasaan kerana saya bimbang kalau berkahwin dengan lelaki muda nanti dia akan mencari perempuan lain.
Rozita juga menjelaskan sekiranya 1-2 tahun perbezaan umur antara mereka tidak menjadi masalah tetapi jarak umur mereka sangat jauh iaitu 15 tahun. Kebelakangan ini kita boleh lihat banyak artis yang digosipkan dengan pemain bola sepak termasuklah adiknya sendiri Ayu Raudhah dengan penyerang sensasi kebangsaan Mohd Zaqua Adha kembar kepada Mohd Aidil Zafuan yang juga berkahwin dengan seorang artis, Rita Rudaini.
Untuk mengelak daripada terus digosipkan, dia mengakui sedang mengenali seorang lelaki biasa berumur 30-an dan merupakan seorang ahli perniagaan yang masih bujang.
Bagaimana dengan pendapat anda tentang hubungan yang perbezaan umur mereka sangat jauh sekali? Jika sebelum ini ramai yang menganggap dia lebih gemarkan lelaki bertaraf VIP yang bergelar Datuk atau Tan sri.
Walau apa sekali pun, kita tunggu jawapan dari Rozita sendiri dan diharapkan dia terus berjaya dalam bidang lakonannya. Perkembangan terbaru seninya, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 'Puteri Aurora Beradu' yang telah disiarkan di TV3 melalui slot 'Lagenda" mulai 21 Julai, setiap Isnin hingga khamis pukul 4.30 petang dan ulangannya di TV9 pada pukul 8.30 malam.
ps:hawt sungguh awek sorang ni..
