APM '09 : Siti Nurhaliza Kekal 9 Tahun Paling Popular


Pada Shout! Award 2009 yang lepas Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor dalam kategori Best Vocal, ini menunjukkan negara kita tidak ketandusan bakat-bakat muda. Dengan kejayaan tersebut, diharapkan lebih ramai lagi [...]


Pada Shout! Award 2009 yang lepas Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor dalam kategori Best Vocal, ini menunjukkan negara kita tidak ketandusan bakat-bakat muda. Dengan kejayaan tersebut, diharapkan lebih ramai lagi bakat muda tidak kiralah hasil daripada program realiti tv sekalipun.

Sebelum itu, tidak terlewat rasanya saya mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza yang memenangi anugerah kategori Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta, malam semalam. Penyanyi nombor satu negara itu ternyata masih popular diserantau Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kemenangan itu sekali gus mengekalkan takhtanya dalam kategori itu selama sembilan tahun berturut-turut. Tahniah sekali lagi buat Siti Nurhaliza.

Walaupun keputusan muktamad APM'09 telah diumumkan tetapi ramai yang tidak berpuas hati terutama dikalangan artis Malaysia. Keputusan tersebut menyaksikan pemenang anugerah dimonopoli oleh artis Indonesia. Pada pentas APM kali ini tidak cukup dengan kontroversi itu ditambah pula dengan gelagat penyanyi Slank, Kaka.

Selain Siti Nurhaliza, Aizat dan Ayu turut membanggakan negara dengan anugerah yang dimenangi oleh mereka.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori:

1) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)- Aizat (Hanya Kau Yang Mampu)

2) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)- Ayu (Hanya Di Mercu

3) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik)-Kotak (Masih Cinta)

4) Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu- Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq

5) Artis Lelaki Terbaik- Afgan (Confession No. 1)

6) Artis Wanita Terbaik- Bunga Citra Lestari (Tentang Kamu )

7) Duo/ Kumpulan Terbaik- Yovie & Nuno (The Special One)

8) Lagu Terbaik- Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)

9) Album Terbaik- Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka

10) Artis Singapura Paling Popular (berdasarkan SMS)- Taufik Batisah

11) Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! (berdasarkan SMS)- Datuk Siti Nurhaliza

12) Artis Indonesia Paling Popular (berdasarkan SMS)- Yovie & Nuno

13) Artis Serantau Paling Popular (berdasarkan SMS)- Datuk Siti Nurhaliza

14) Lagu Paling Popular (Singapura) (berdasarkan SMS)- Impianku (Didicazli)

15) Lagu Paling Popular (Malaysia) (berdasarkan jumlah muat turun)- Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

16) Lagu Paling Popular (Indonesia) (berdasarkan jumlah muat turun)- Kul Cinta (Slank)

17) Anugerah Cinta Planet Muzik- Dik Doank

18) Anugerah Khas Planet Muzik- Band Gigi

Gambar: mStar

26 comments:

POSH76 said...

vangger jab sbb cik siti dari mesia...hehe

noor afzan said...

suke bile siti, aizat ngan ayu menang~

Ivy Metaga said...

mmg siti layak...dari mula dia nyanyi, sy dah minat kat dia nih =)

IxoR@ said...

Siti, siti dan siti....

Ixora minat dengan Siti....dia sememangnya mempunyai bakat yg semulajadi....

Tahniah kpd semua pemenang....

Nine said...

Tahniah wat Datuk Siti..
Aizat pun power la nih...
Lagu dia pun syok2...

UXOP said...

indon menguasai banyak kategori yg best..

dulu kawe mmg minat siti ms dia blom kawen,sbb dia dh kawen skang kawe minat sipi2 jah..muhaahaa

Anak Gemilang said...

ct. dia mmg lyk pun nk mng. ada kredibliti. ekeke.
sybas ct.
wpun dh kawen. ct ttp popular.
trskn pjuangan.. {wah2. kumen cm kt blog ct lak dh} ekeke..

FATIN kiddy said...

tahniah utk dato siti...

Malaysia Boleh!

PutraRocker said...

tahniah...
bila nk mengandong ni...hahahah

Roslan Nazri said...

tahniah jije..mu dapat anugerah 9 tahun berturut2..dok rajin doh jenguk kawe di kampung le ni..hahahaha

Encik Azizan said...

UXOP,

tinggi harapan demo bro.hehe

Encik Azizan said...

Anak Gemilang,

tu la pasal..komen cm trus kat siti je.huu

Encik Azizan said...

PutraRocker,

tggu dtuk k crik len dulu br nk mngandung.hahaa

Encik Azizan said...

Roslan Nazri,

haha..kawe mlawat sokmo tp org jah xdok bilo kawe g..

azizan4444 said...

POSH76,

nasib baik ad gak kn dari mesia..kalau x nmpk sgt diskriminasi...huu

Encik Azizan said...

noor afzan,

aizat ngn ayu pun hebat gakk..lagu dorang not bad la...sdp tlga mndgr.hehe

Encik Azizan said...

Ivy Metaga,

fanatik ke?hehe..die mmg hebat..tabik spring la..hoho

Encik Azizan said...

IxoR@,

yup,bakat die mmg luar biase,bayangkn dlm masa semggu ley siap bbrpa lagu..respect gler

Encik Azizan said...

Nine,

lagu die mmg tip top la kat malaysia skang ni..tahniah la pada aizat..artu die ad dtg tmpat aku..kacak die.haha

Encik Azizan said...

FATIN kiddy,

malaysia boleh, melayu boleh,semua boleh.hehe

dude said...

tak pernah dengar pon APM nih..haha..

Encik Azizan said...

dude,

bgs la,skang dgr la bile bace cni..hehe

LuVidA^^ said...

datuk ct...da cutest ever,...lallalalalla

Nine said...

haha ye ker..
tapi Aizat anak Datuk gak...
dressing rilek jer..

Encik Azizan said...

Nine,

yup,mase tu ad prgram anjran thr..tu la psl,same gak ngn rich estranged,ank org kaye gak.

ad duit cpt la maju..hehe

shazclan said...

dah rezeki die....same2 la gembire untuk die...hehe

Post a Comment

Nak komen? Silakan.