Rahsia dara, teruna selebriti

Hari ni malas nak menulis. Terlalu gumbira malam tadi. Haha! Kali ini hanya nak kongsi rahsia dara,teruna selebriti dunia je. Anda ada rahsia tak mengenai dara atau teruna? Layan aje cerita mereka [...]


Hari malas nak menulis. Terlalu gumbira malam tadi. Haha! Kali ini hanya nak kongsi dara,teruna selebriti dunia. Anda ada rahsia tak mengenai dara atau teruna? Layan aje cerita mereka.

ANGELINA JOLIE

DUTA Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Angelina kini dilihat sebagai ibu contoh kerana membesarkan enam orang anak.

Namun, usia mudanya agak liar dan beliau mengaku hilang daranya ketika masih remaja, ketika baru berusia 14 tahun. Beliau tak pernah mengikut peraturan dan hubungan seksualnya turut boleh dianggap ganas kerana teman lelaki dan juga dirinya luka sebelum melakukannya.

"Saya baru berusia 14 tahun ketika melakukan seks pertama kali dengan teman lelaki pertama. Pada masa itu, saya yang ingin berasa intim dengannya melukakan tubuh teman lelaki saya itu dengan pisau.

"Beliau membalas kembali dan saya turut dilukai sebelum kami melakukan seks pada masa itu," katanya


ASHTON KUTCHER

HUBUNGAN seks pertama Ashton hanya berakhir dua saat. Suami Demi Moore ini melakukannya buat pertama kali ketika berusia 15 tahun dengan seorang remaja seusianya di dalam hutan.

Ashton turut mengaku terlalu teruja dengan pengalaman pertamanya itu.

"Pasangan saya diperkenalkan rakan-rakan dan saya berasa terlalu malu apabila ia berakhir dengan begitu pantas, mungkin hanya kira-kira dua saat sahaja.

"Bagaimanapun, dua tahun kemudian saya menebusnya apabila kami melakukan seks buat kali kedua. Saya buktikan insiden pertama itu tidak sepatutnya berlaku dan prestasi saya pada masa itu jauh lebih baik," katanya.



SIENNA MILLER

AKTRES siri televisyen The Factory Girl ini dikaitkan dengan puluhan lelaki kacak, termasuk Jude Law, Balthazar Getty dan Rhys Ifans. Pastinya beliau berpeleseran dengan actor-aktor di merata tempat di seluruh dunia.

Namun, seks pertamanya dilakukan dengan teman lelaki pertama dan lebih pelik, di dalam bilik tidurnya sendiri ketika berusia 16 tahun.

"Ibu memastikan saya membawanya pulang. Beliau tidak mahu saya melakukannya di tempat lain dan menegaskan lebih rela saya hilang dara di dalam rumah sendiri," kata Sienna.



DANIEL RADCLIFFE

DANIEL mungkin bercinta dengan gadis-gadis remaja di dalam filem-filemnya, termasuk siri filem Harry Potter. Namun, di dunia sebenar, Daniel, 16, hilang terunanya kepada seorang wanita yang lebih tua daripadanya.

Khabar angin bertiup kencang mendakwa wanita itu adalah pendandan rambut dalam set penggambaran Harry Potter.

Daniel turut mengaku meskipun perbezaan usia tidak begitu ketara tapi masih ada peminat yang mungkin tidak dapat menerimanya.



BROOKE SHIELDS

AKTRES jelita, Brooke Shields mendakwa beliau tidak berminat dan mengelak untuk melakukan seks hinggalah usianya mencecah lebih 20-an tahun kerana beliau bencikan wajahnya.

Kini, aktres berusia 43 tahun itu mengaku amat menyesal kerana tidak belajar untuk menyukai wajahnya ketika beliau masih muda.

"Saya percaya jika saya lebih sukakan wajah ini, pasti saya sudah hilang dara lebih awal daripada 22 tahun. Saya tak pernah kisahkan mengenai berat badan saya, daripada dulu hingga sekarang saya memiliki kelebihan kira-kira lima kilogram.

"Hakikatnya, saya berasa begitu tertekan akibat menjadi tumpuan umum. Hanya pada usia yang lebih matang, saya Berjaya menangani tekanan itu," katanya.

Brooke mungkin sentiasa digoda tapi sekurang-kurangnya beliau hanya melakukan apabila sudah berasa bersedia.



RUSSELL BRAND

AKTOR Russell Brand didakwa meniduri pelbagai wanita cantik dan seksi seperti Kate Moss, Abi Titmuss, Kate Lawler dan Kimberly Stewart.

Namun, pengalaman pertamanya ditaja oleh bapanya di sebuah rumah pelacuran ketika mereka bercuti di Hong Kong.

"Kami pulang dengan tiga pelacur. Bapa mengambil dua daripadanya. Namun, yang ketiga ditinggalkan dengan saya.

"Pelacur itu pasti sedar saya masih teruna akibat daripada keadaan saya yang begitu kelam kabut," katanya.



THE JONAS BROTHERS

KUMPULAN pemuzik remaja, The Jonas Brothers mungkin boleh dijadikan contoh selepas Kevin, Joe dan Nick bertekad tidak akan melakukan seks sebelum mereka berkahwin.

Ketiga-tiga adik beradik ini memakai cincin suci sebagai tanda sumpah mereka untuk tidak mencemarkan diri mereka dengan perlakuan sumbang sebelum berkahwin.

Tidak hairanlah jika juruacara, Lothario Russell Brand menganggap sumpah mereka itu pelik dan menyentuh mengenainya di Anugerah Muzik Video tahun lalu.

"Mereka boleh melakukannya dengan siapa sahaja tapi memilih untuk tidak melakukannya. Mereka umpama Superman yang boleh terbang tapi memilih untuk menaiki bas ke setiap destinasi tujuannya," katanya.



KELLY OSBOURNE

Kelly pertama kali melakukan seks pada usia 13 tahun.

Tidak berapa lama selepas itu beliau berasa dirinya hamil.

"Saya begitu yakin sudah hamil. Hakikatnya saya masih belum datang haid lagi pada masa itu," katanya.

Agak pelik kerana tahun lalu Kelly dinamakan sebagai duta Hari Kawalan Kehamilan Dunia.



ORLANDO BLOOM

ELF paling seksi Britain ini tidak pernah lekang daripada perhatian wanita.

Secara kebetulan, ibu Orlando menguruskan sebuah sekolah bahasa menyebabkan beliau sentiasa dikelilingi remaja cantik dari Eropah.

Beliau bercium pertama kali pada usia 12 tahun tapi pengalaman itu amat buruk kerana tergigit pasangannya.

"Pada usia 14, saya bertemu dengan remaja yang istimewa dan saya hilang teruna dengannya. Selepas itu minat saya dengan wanita meningkat," katanya.


25 comments:

Ivy Metaga said...

huhu..bukan setakat di negara barat, nampaknya renaja2 di negara kita sendiri ini pun bnyk juga dah kehilangan "itu" pada usia yg muda, amat menyedihkan tapi itulah realiti dunia skrg..

imHepPie said...

perhh dasat tul artis2 holiwug neh..seb bek dok mesia xdela cmtu sgt

hasni said...

artis barat teruk
tp diagaung2kan
napa ek?
malaysia pon sm

Encik Azizan said...

Ivy Metaga,

remaja kite pon nk jdi artis la mksdnye tu..hehe

misz benida said...

nape xcter sal kta pnya artis??
aku rse sme truk je..
hahaha

mier@merr said...

kite negara islam...
konon.....
artis kita takkan nk ngaku bila hilang dara or truna tu..
xpasal2 kang kene kutuk..
xpon ade yg kene bling tlur ke ksut lg...
baik nafikn kot...

artis barat lk..
bangga klu ilang sume tu dalam usia muda..



nauzubillah..
jauhkan kite sume dari perkara cmtu.... :)

cybernetic88 said...

haha. orang melayu kte pon dah bnyk noh "bocor". hahaha. xyh cite la. hncur2. budaya bart dah kompem prngai cam haram. ni remaja skng amik cnth perngai xelok dari barat. huhu. xde ke gadis yg suci skng ni. ey marah aku. ahhahha. sori aku terover. hram maklum =P

al-Wann said...

ak mint sienna miller..xtau lak dia dah hilg dara..syg tol laa..

Encik Azizan said...

imHepPie,

haha.tu la..artis mesia kn baik2 semua,,klu ada pon masih nk sorok..maruah penting beb..padahal ramai org da tau..haha

Encik Azizan said...

hasni,

tu la psl..artis mmg mndpt pujaan la..xtaw la pe yg bez..stakat follow ok je lg,klu smpai agung2kn tu da tahap serius..hehe

Encik Azizan said...

misz benida ,

aku x brani nk cte sal artis kita..sbb artis kite semua baik2..haha

Encik Azizan said...

mier@merr,

setuju..tp x semua artis kite cmtu..ad jgk yg baik cm lisa surihani..haha

klu die same gak xtaw la.wakaka

Encik Azizan said...

cybernetic88,

ada lg bro..aku..masih teruna dara nih..haha

Encik Azizan said...

al-Wann,

mlpas la ko bro..haha

kpda lelaki,klu da mnt kt seseorg luahkn je cpt2.jgn trlpas sudah nnti..haha

miss lolly a.k.a luvfareda said...

wahaiii zizan.

panas oke entri kehkehkeh.

sesuai utk knk2 berumur 18 taun je :P

my name is Ain said...

uit..panas nya..huhu..

org puteh ni bangga gila kalau diorg hilang dara pd usia muda.. sape yg masih virgin tu mcm daketinggalan zaman.. huuu..

kat m'sia pn rsnya mcm dah berjangkit kot budaya ni.. huhu.. mintak dijauhkan..

haritz said...

hanya iman yang menentukan seseorang..

Aku X-PO said...

ni la yg org kita nk ikut skrg ni..siot2

nonna manis said...

apakah da jadi dgn dunia ini.yg haram tu yg dibanggakn

Nine said...

haha..jangan kata Hollywood, Bollywood jer..

Depa mmg tak kiasah dah...

Tapi, Malaywood pun sekarang dah tahap serius...hehe

"Dunia dah berubah , zaman dah maju" katakan...

huhu...

Demo ada teruna lagi zan ? hehe..gurau jer..

izzat aziz said...

tak tahu lak harry potter dah...
kesian peminat dia.. tak leh jadi
first..haha

Mr. Cuz said...

mne ko dapat citer ni bro??haha

FiFFyMaFiA (",) said...

jonas brothers truna lg woh!!! WAKAKA

mello said...

bdk2 melayu kita pun ramai hilang dara/teruna pd usia muda neh.. gapo la nak jd ngan dunia loni.. berat2.. kata bodo kan marah..

beliamuda said...

bangga je diorang duk citer hilang dara dan teruna awal2.. -_-"

Post a Comment

Nak komen? Silakan.