Minyak Wangi : Tips Untuk Menjadi Kacak Dan Maskulin


Salam semua. Kepada lelaki, hari ni saya nak bagi tips kat anda semua. Tips nak jadi kacak, Ahakz. Tips kali ini adalah tips memilih minyak wangi. Minyak wangi tidak asing lagi bagi lelaki masa kini. Berbeza dengan dulu, haruman dan [...]


Salam semua. Kepada lelaki, hari ni saya nak bagi tips kat anda semua. Tips nak jadi kacak, Ahakz. Tips kali ini adalah tips memilih minyak wangi. Minyak wangi tidak asing lagi bagi lelaki masa kini. Berbeza dengan dulu, haruman dan wangian lebih sinonim dengan wanita. Zaman sekarang lelaki perlu menitikberatkan kepada penjagaan dan kekemasan diri termasuklah menyembur haruman.

Pemilihan minyak wangi yang sesuai dapat menyerlahkan karektor diri anda untuk menjadi kacak dan berimej lelaki maskulin. Dengan pemilihan haruman yang sesuai akan memudahkan anda untuk mendekati wanita. Tips daripada penggoda wanita. Haha! Kepada wanita juga, anda boleh mengambil peluang ini untuk menghadiahkan teman lelaki anda dengan minyak wangi yang sesuai. Jangan pula anda memberi minyak wangi kepada teman lelaki yang mempunyai haruman bunga, itu amatlah tidak sesuai sekali.

Minyak wangi dikelaskan mengikut haruman seperti bunga bungaan, buah, lautan, kehijauan, oriental dan tumbuhan kayu. Di antara jenama minyak wangi yang popular di kalangan lelaki ialah Armani Attitude Extreme, DKNYMEN, The Polo Black Collection Eau De, De Toilette Spray dan banyak lagi. Bagaimana dengan One Drop Perfume? Kepada wanita yang ingin menghadiahkan teman lelaki mereka bolehlah mencuba De Toilette Spray. Haha!

Berikut ialah tip tip untuk memilih minyak wangi ideal;

1) Ketahui fungsi minyak wangi iaitu samada daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette ( semburan).
-Kebiasaanya kebanyakan lelaki tidak mengutamakan tip ini. Tips ini adalah penting kerana ia sangat mempengaruhi bau badan anda.

2) Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.
-Sesuai untuk mereka yang sibuk seharian.

3) Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya.
-Sebaiknya sembur haruman pada kertas atau pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan. ( macam kena Virus H1N1 plk. Haha!)

4) Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan sesuai atau tidak

5) Sembur pada nadi , leher dan pergelangan tangan.
-Cara ini adalah untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak

6) Haruman pada setiap orang adalah tidak sama walaupun memakai wangian yang sama
-Ini kerana faktor hormon badan dan biologi

7) Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan haruman dan mencuba haruman yang lain
-Rasanya nak dapatkan biji kopi kat kedai masa membeli amatlah susah. Haha!

8) Usah terburu buru membuat keputusan dalam memilih minyak wangi.
-Anda dibenarkan untuk menghidu seberapa banyak haruman dan perlu ingat wang sekarang dalam wallet anda. Haha!

9) Tip terakhir ini adalah yang paling penting. Jangan malu mendapatkan bantuan dan bertanya kepada jurujual mengenai sesuatu produk yang kita ingini.
- Kalau jurujual awek cun, lagi la saya suka. Muahaha!

Itulah serba sedikit tips berguna yang boleh digunapakai semasa memilih minyak wangi. Saya mahukan De Toilette Spray, ada sesapa yang ingin hadiahkan? Harganya tak mahal cuma RM 280. Haha!

35 comments:

sophie said...

nak wangi gak!!!

my name is Ain said...

nak yg mane? meh ain belikn...hahaha.. sndri pnye ade 10 botol da ni.. pntang jmpe bau best mst nk beli..

hasni said...

besday sidia da dkt
tq bg sdkt idea untu sy:-)

Melz said...

aku pakai minyak wangi BoSS + bedak enchanter.. ahahah kau boleh bayangkan bau wangi dia camna ? :D

Encik Azizan said...

sophie,

sophie da wangi...hahahas

Encik Azizan said...

my name is Ain ,

pergh! 10 botol tu..time ble la nk pakai semua tu?heheeheee

imHepPie said...

penah gk bgi perfume kt someone tp yg murah je yg avon but nice

Encik Azizan said...

hasni,

ur wlcme hasni..hehe

my name is Ain said...

hari2 time g keje pakai la.. dari dulu mmg suka collect perfume..hobi.. hehe

naktambah sikit petua..ni ada sorang trainer tu bagi..

-kpd yang mempunyai kaki yg berbau, spray sikit kat pergelangan kaki sikit dan belakang lutut sikit.. jadi, bau kaki tu boleh di cover sikit dgn bau perfume..
- yg pompuan, spray sikit kat lurah..hahahaha.. yg ni mmg betol bkn buat cite.. erm trainer grooming yg ckp cm tu..

Encik Azizan said...

Melz,

mcm potianak harum sundal malam..?hahaha

Encik Azizan said...

imHepPie,

mahal murah x jadik mslh..yg penting ikhlas n die suke..hehe..

mier@merr said...

aku pakai myk wangi 3 sapuluh hengget jek... wakaka

Encik Azizan said...

my name is Ain,

btol ke?haha..baru taw la ni..tp pompuan bnyak lurah..yg mane satu?..wkakaaka..

YobSumO said...

tapi lelaki lagi banyak EDT dr EDP kan. salunya nampak perempuan pny je EDP.

btw, i already click ur nuff ad :)

Encik Azizan said...

mier@merr,

alahai sedey je dgr..hahaaha

Encik Azizan said...

YobSumO,

laki suka bnda yg mudah dan cepat..ramai yg pakai jenis semburan ni..hehe

thnks..nnti i klik ur nuff balik..i la plk..hahahah

Fatt Chin Choy said...

aku tak pandai pakai minyak wangi
haha

Nine said...

aku pakai dashing speed jer. Tu pun deodorant..huhu

kurang skit bab2 minyak wangi. Tak pandai..

hehe..

cybernetic88 said...

haha. aku pkai one drop sudah. hahaha. wngi jgk =P

izzat aziz said...

aku suka guna ck nya, sbb dia tahan lama.. yang jenis minya tahan lama ek.. aku dengar klau nak bagi bau tu stay lama letak kat siku.. sbb kwsn tu byk bergerak.. aku pun tak faham..

owh lepas ni bleh ah bwak serbuk kopi pegi beli perfume.. haha

al-Wann said...

minyak atar sudh mcukupi buatku..haha

Cik Peanut said...

peanut alah sikit dengan bauan minyak wangi..lebih2 agi bau yang keras...
peanut agi suka bau lotion
heheh
:P

Encik Azizan said...

Fatt Chin Choy,

awek ramai..dorg ley tlg ajrkan...haha

SHeLYN said...

ak py boy pown pkai minyak wangie gk...suke seehh...hehe...(^^.)

Encik Azizan said...

Nine,

klu ada awek kompem akn pndai..hehe

PeJuAnG HiDup said...

bro, klu minyak wangi adidas fresh impact limited edition ble x untuk jejaka macho? XD

Eazy Izzuddin said...

woo....
thanks 4 da tips
hehe
xD

Ariey said...

aku pakai minyak atar je tapi tetap jgk kacak..sng nk bwk smayang..

misz benida said...

kalu aku jdik salesmen,aku syorkan dashing..
ahhh,sgt2 macho beb.

Encik Azizan said...

cybernetic88,

one drop pon ok..murah jimat sbb one drop pon da wangi..haha

Encik Azizan said...

izzat aziz,

ck pon ok..klas2 mantap2 gak tu..hehe..org ckp la yg jenis minyak thn lame..aku pakai yg semburan je..sng dan cepat..haha

Encik Azizan said...

al-Wann,

ok la mnyak atar.aku pnah jgk pakai dulu..not bad la..hahahas

Dj Epoi said...

Salam

Tq...good info....untuk Gua mengawal Bau Badan Gua hehehehehhe.....

agusted said...

wahahaha. info menarik.
thanks
:)

beliamuda said...

baik punya tip.. aku sendiri tak pk sangat pasal tip2 tuh.. main pakai je.. rasa sedap, kira ok la.. huhu~

Post a Comment

Nak komen? Silakan.