'Sejadah Berdiri Dan Bayi al-Quran' : Tanda Kebesaran Allah S.W.T Atau Sindiran Kepada Umat Islam?

Di sebalik kecohnya kejadian 'sejadah berdiri' sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat, wujud lagi satu kejadian aneh antara mukjizat dan penyakit kulit iaitu [...]


Di sebalik kecohnya kejadian 'sejadah berdiri' sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat, wujud lagi satu kejadian aneh antara mukjizat dan penyakit kulit iaitu 'bayi al-Quran'. Dua kejadian yang saya rasakan banyak persamaan.

Bagi saya, fenomena aneh seperti sejadah berdiri bukanlah benda baru. Fenomena aneh yang bersangkut paut dengan agama seumpama kejadian ini sudah lama wujud dan tercatat dalam sejarah negara kita. Sebelum ini kita mungkin melihat objek objek dengan kalimah ayat ayat suci al-Quran juga kepulan awan yang muncul dengan pelbagai bentuk.

Saya akui ilmu agama saya tak seberapa dan boleh dikatakan cetek untuk bercerita secara syarat mengenai kejadian aneh seperti ini. Anda boleh rujuk kepada yang lebih pakar dalam hal seumpama ini. Saya lebih suka bercerita tentang pemikiran masyarakat kita hari ini. Masyarakat kita hari ini lebih mudah dipengaruhi elemen kemediaan daripada elemen keagamaan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Media tidak pernah ketinggalan apabila berlaku kejadian seperti ini dan mereka pastinya menguasai carta kisah kisah seperti ini.

Pada pandangan saya, kejadian ini adalah angkara budak nakal yang mempunyai agenda tertentu serta mengharapkan perhatian. Selepas menilai daripada kejadian pertama, saya tidak memberi perhatian kepada mana mana kejadian seumpama ini. Apatah lagi berlaku susulan kejadian di Pasir Mas, dituruti dengan siri jelajah sejadah berdiri di seluruh Kelantan apabila ia merebak ke Kota Bharu, Tumpat hingga ke Tanah Merah, tempat saya sendiri. Cuba anda fikir sejenak dengan logik akal dan mata hati bagaimana kejadian ini merebak dengan cepatnya seperti penyebaran virus H1N1.

Saya yakin setiap kejadian aneh di dunia seperti ini adalah takdir dari yang Maha Esa. Soalnya, perlukah kita menanti perkara ganjil seperti ini barulah kita ingin menginsafi kekuasaan Allah? Saya ada terbaca satu blog, adakah ini satu petanda kebesaran Allah S.W.T atau sindiran kepada umat Islam?
http://satuhala.blogspot.com/2007/11/kebesaran-atau-sindiran-dari-allah.html
Mungkin benar juga apa yang dikatakan oleh Datuk Jamil Khir Baharom- jangan besar besarkan hal ini. Apa faedahnya? Fikir fikirkan lah.

Bagaimana pula dengan kejadian aneh yang berlaku di wilayah Dagestan, Russia, ada seorang bayi yang baru berusia 9 bulan, lahir bersama tanda lahir berupa ayat2 Quran dan hadith yang mengandungi nama Allah di bahagian2 tubuhnya?. Pada mulanya keluar nama Allah di bahagian dagu sebaik sahaja budak lelaki itu lahir.

Adakah perkara ini menyerupai dengan kejadian aneh sejadah berdiri? Mungkin ada benarnya. Pakar kesihatan sendiri tidak dapat menjelaskan tentang kejadian aneh ini. Walaupun begitu, mereka menafikan tulisan tulisan itu ditulis oleh manusia manusia pada kulit.

Adakah ini membuktikan kepada kita satu lagi kebesaran Allah S.W.T dan adakah Ali Yakubov membawa sinar harapan keamanan kepada penduduk Degestan?
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53

Hari ini juga media mengeluarkan berita bahawa rumah bayi tersebut mahu dibakar.
http://terkinidansensasi.blogspot.com/2009/10/rumah-bayi-al-quran-mahu-dibakar.html
Apabila bercakap mengenai kejadian sperti ini, media tidak akan terlepas daripada cerita panas mereka. Kita selalu dengar Islam itu mudah. Tetapi janganlah kita mempermudahkan dengan perkara perkara yang boleh menyesatkan kita. Saya tinggalkan anda dengan persoalan, adakah ini tanda kebesaran Allah S.W.T ataupun satu sindiran kepada umat Islam? Fikir fikirkan lah.

17 comments:

IxoR@ said...

Bukti kekuasaan Allah s.w.t

Insaf.

joegrimjow said...

stuju!!!
xyah nak tunggu kejadian aneh camni baru nak tahu kekuasaan allah

imHepPie said...

yg sejadah tu taula ada org leh buat senang je bgi berdiri...yg baby tuh x pasti..mungkin tu kesebaran Allah..wallahualam..

izzat aziz said...

sedankan Rasulullah pun tak nak dikaitkan dengan kejadian-kejadian aneh yang berlaku.. seperti masa Rasulullah dilahirkan pelbagai kejadian berlaku pada masa tu, semua kata sebab Rasulullah dilahirkan.. tapi Rasulullah kata semua tu kebesaran Allah.. bukan kerana beliau.

Sama-samalah kita betolkan..

Deen said...

ape yg penting..
kite kene amik iktibar..
muhasabah diri slalu..
byk berdoa supaya dijauhkan dr sbrg malapetaka..
insyaAllah

arrizz said...

isu sejadah bdiri 2 xptut diperbesar2kan..mgkin ia tjadi sbb nak tegur org kita yg dok tggl solat 2..sal isu bayi 2 xtau laa..yg pntg sumenya ada hikmah dsebaliknya..

lizz said...

kadang2 cerite camni digembar-gembur sampai malas nk amik tau sgt. cukuplah caye yg kalau tuhan nak tunjukkan sesuatu...pada2 dan bila2 pun boleh.

kaxx said...

kadang kadang kita kagum bila ada ayat alquran muncul pada salah satu makhlukNya. Tapi kagum kah kita dengan ayat alquran itu sendiri?

Nine said...

Kekuasaan Allah S.W.T kalo nak ikutkan ada macam2 lagi, sama ada kita sedar atau tidak jer..

tengok bala tsunami kat Aceh dulu, Masjid jer tak rosak, yang lain hancuss..

Yang penting kita amik yg positive, kalo yg saja nak main2kan tu..tak tau la kata apa dah...

Aku pun sama, bukan arif sangat pasal agama..tapi saling ingat mengingati kan ok..

bagus entri nih Zan...

:]]

cybernetic88 said...

sjdh tu xthu btul x. maybe bdk2 nkl la kn wt. huhu. btw ALLAH lebih mengetahui

Unknown said...

mgkn apa yg terjadi sejak kebelakangan ini adalah satu peringatan dari Allah..mungkin ramai manusia pada zaman ini yg terleka dengan dunia..sesungguhnya Allahlah yg lebih mengetahui

Anonymous said...

pasal sejadah tu aku rasa ada yg dibuat2
pasal bayi tu itu memang mukjizat (sebab takkan nak tanda menyakitkan kat bayi kecik mcm tu kan)

betul jugak, jangan perlu diingat dengan mukjizat. sendiri mau ingat ler

Aku X-PO said...

kalau hok bayi tu, kawe percaya..tp kalau hok sjadoh tu, kawe xbpo nok cayo..tkt ore jah hok wat

my name is Ain said...

rajin2 muhasabah diri, tak payah tggu balasan /petunjuk dr Allah bru nk taubat..kn? bnyk betol dosa..ntah bila nak habis..

Anem Arnamee said...

Encik kacak,

bagi anem duer2 lah.
bagi umat islam sedar dengan dua cara tunjuk kebesaran ALLAH, dan sindiran bagi mereka yg lalai. katanya.

blogging-blogging gak sembahyang jgn lupe- ibarat sindiran mcm tu la. ;p

p/s: pape je anem neh..larikk;p

miss lolly a.k.a luvfareda said...

sokong x po.

:):)

beliamuda said...

kena bijak untuk menapis mana yang benar, mana yang palsu.. selidiki dan persoalkan..

Post a Comment

Nak komen? Silakan.