Saat Pertama Kali Kau Jumpa Si Dia V1


Hai awek/amoi/gadis/cewek sekalian. Pekaba anda semua? Semoga sihat hendaknya. Bagaimana dengan pertemuan pertama anda dengan si dia? Adakah berakhir dengan pertemuan kali kedua atau stop di situ sahaja? Ini adalah realiti bukan sekadar fantasi. Situasi ini sering berlaku di kalangan [...]


Hai awek/amoi/gadis/cewek sekalian. Pekaba anda semua? Semoga sihat hendaknya. Bagaimana dengan pertemuan pertama anda dengan si dia? Adakah berakhir dengan pertemuan kali kedua atau stop di situ sahaja? Ini adalah realiti bukan sekadar fantasi. Situasi ini sering berlaku di kalangan remaja masa kini.

Hati-hati dengan pertemuan pertama anda dengan si dia. Kemungkinan kesilapan pertama yang anda lakukan itu sedikit sebanyak mendatangkan impak kepada diri anda sendiri.

Sebagai contoh, mungkin anda salah memilih pakaian. Pastikan penampilan anda sesuai dengan situasi dan perjumpaan itu. Elakkan menyarung sepatu tumit tinggi dengan baju yang seksi, apabila si dia mengajak anda ke taman bunga. Elakkan make-up yang berlebihan sehingga si dia kurang yakin bila bersama anda.

Jadikan pertemuan pertama anda itu sebagai sejarah awal percintaan anda berdua. Sekiranya si dia tidak menepati apa yang anda inginkan, jangan sesekali memberi harapan untuk pertemuan kali kedua. Namun, jika si dia yang anda carikan selama ini, pastikan anda ingin segalanya berjalan dengan lancar.

Apakah kesilapan yang perlu anda berikan perhatian saat pertama kali anda bertemu dengan si dia?
Bagi memastikan anda masih berpeluang untuk berjumpa dengannya buat kali kedua dan seterusnya, hindarilah kesilapan yang tidak sepatutnya anda lakukan. Mungkin kesilapan seperti ini tidak anda sedari. Berikut adalah antara kesilapan yang sering berlaku termasuklah saya sendiri. Hehe!

'You ni apa hal? Janji kul 2 tapi kul 4 baru nampak batang hidung. I penat tau tunggu you kat sini.' Jangan sesekali sampai perkataan itu keluar dari mulut si dia. Apa yang penting tepati masa. Datang lewat merupakan kesilapan yang sering berlaku pada pertemuan kali pertama. Bayangkan, untuk bertemu dengan anda, pelbagai perkara bermain di fikirannya, inikan pula kelewatan yang anda sendiri lakukan. Si dia mungkin merasakan kemungkinan anda mengulangi kelewatan itu pada pertemuan-pertemuan akan datang. Walaupun 10 minit anda lewat, ini tidak bermakna si dia akan menerima alasan anda dan ini boleh menyebabkan si dia hilang kepercayaan dengan anda.

Sebelum keluar, pastikan anda dan si dia telah membuat keputusan destinasi yang hendak dituju. Ini untuk mengelakkan anda berdua saling bertanya pada pertemuan nanti. Ingat, keputusan di saat akhir boleh menyebabkan anda berdua ke tempat yang membosankan. Mengetahui lokasi membolehkan anda merancang pakaian yang sesuai pada pertemuan itu nanti.

Aku yakin kesilapan seterusnya ini kebanyakannya dilakukan oleh kaum hawa. Mengajak teman untuk bertemu dengan si dia. Mungkin anda baru mengenali si dia dan masih menyimpan perasaan takut dan berhati-hati sebelum ditipu atau dianiayai oeh si dia. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mangajak teman untuk bertemu dengan si dia. Ini memperlihatkan anda seorang yang tidak matang. Sekiranya perkara ini berlaku, pertemuan pertama kali anda dengan si dia dianggap gagal.

Pastikan perkara tersebut dititikberatkan sebelum anda membuat keputusan untuk keluar bersama si dia. Ingat, kesilapan saat pertama kali bertemu boleh menyebabkan anda berfikir panjang untuk keluar buat kali kedua. Btol tak?huhu!

Ok lah korang, aku nak keluar jumpa dengan si dia jap. Nanti kita jumpa lagi. Papai.

ps: ada sesape yang nak berkenalan dengan Mr Lonely?

38 comments:

Sarah Samz said...

wah wah zizan mau keluar jumpe si dia? :D

Ady Syam said...

heuheuheu pertama!!!

aku 1st time jumpa org rumah dulu² ajak dia tgk wayang :D... minggu lepas pun baru tgk ice age dgn transformer.. :P

Ady Syam said...

adess.. 2nd la pulak...

mohdisa said...

awek, ades. bab cinta la plak.

Anak Gemilang said...

ngehehe. *_* erm.. wah2. jdilah diri sendri masa dating. hahaha..
tp.. hu3.. ada yang tak kena 1st time tuh.. besa la. ngee.
norml.
sm2 nebes bha. ekeke

azizwan(dot)com said...

hahaha.. entri cintan cintun rupanya.. anyway, thankz 4 the tips.. maybe boleh diaplikasikan utk date yg pertama utk org yg lain. hehehe..

<< s| tED| >> said...

wah!! tips menarik.. ekekkeke

baby at|ey said...

ececece. lurve is in the air. wuhuuu~

x-po said...

huhu tlg!!!! aku xnk bc post2 cintan!!!!

azizan4444 said...

Sarah Samz,

hooo..biase la.org x kiut cm zizan ade je org nk jumpa.ngeee

CikYana(",) said...

wahwahwah
jijan da de si dia rpnye
ngeh2 :P

masih mengatur rancangan sblm jumpa si dia
cewah :P

Encik Azizan said...

Ady Syam,

huhu..ko lambat 5 saat je bro.

cte ice age cam bez je.aku lom tgk lg.
sng je ko pikat orng rumah ek.hehe

IxoR@ said...

Mr Lonely....

Nak...! Hehehee....

Encik Azizan said...

mohdisa,

apsl bro?ad mslh cinta ke?haha
aku ley bg khidmat nasihat free bab cintan cintun nih..ngee

Encik Azizan said...

Anak Gemilang,

macamane ek nak jadi dri sndri tu? kurang jelas plk.huuu

yeah normal mungkin tapi bg sesetgh org die titikberatkan pertemuan pertma ni..

azizan4444 said...

azizwan(dot)com,

ternyata ko da berpunye bro.hehee
kantoi suda,nanti sudi2 la perkenal kat blog tu ek.heheehe

azizan4444 said...

baby at|ey,

same x mcm burung kat udara. kdg2 kalau angin slow ok jek die terbang tp bile angin laju die skali d bawak angin tu.huuu

agknye la lbh kurang camtu la,kalau xjgk.mksdnye cinte ibarat mimpi je la ek.hehee

azizan4444 said...

x-po,

cinta itu bez ckp org.lagi2 kalau dapat kawen awal.rezeki badan..hehee

azizan4444 said...

CikYana(",),

maseh mengatur? mknenye blom pnah jmpa la ek.
semoga berjaya la memikat hati si dia nanti.

azizan4444 said...

IxoR@,

die ckp kalau miss lonely je dpt die.hoo

noor afzan said...

zizan dah jadi DR.LOVE la pulak..
hehe~
tapi memang best la~

hasni said...

hai zizan
jump ngan sp tu?

azizan4444 said...

noor afzan,

dokte cinta merawat hati duka jiwa lara.hehe

azizan4444 said...

hasni,

hai hasni

kua jumpa kekasih gelap.hak3

FATIN kiddy said...

mr zizan,

pewwiitt..kim salam si cinta yah =p

Tfaaaaaa said...

fuyohhh incek jijan ngedate tuuuuuu..fiwitttt.

pertemuan kitorg berterusan hingga ke 2 3 4 5 dan seterusnye.alhamdulillah :)

azizan4444 said...

FATIN kiddy,

no problem punye.huuu..gaya mcm opie la plk.haha

azizan4444 said...

Tfaaaaaa ,

ngedate tu perkataan br ke?haha

bgs klu cmtu..semoga kekal n bhagia selalu.ngee

elle said...

hhmmm... dlu 1st date bw mak n kakak... xmatang kn?? ahahahaha....

tp bgsnye ms 2 hubungan berterusan selama 4thn... then, ats kesilapan msg2, hgbn dh berakhir...

dgn ex ni la 1st time kuar date... even dh single skrg, xde kuar date dgn sape2 pn...

bgs gk la tips ni... leh try next time... klu ada date la... keh3... [tp xde bw sape2 dh la... ehehe..]

miss lolly a.k.a luvfareda said...

mr lonely ku tamau! mr lolly ku mahu. wahahahaha.

azizan4444 said...

elle,

bawak mak ngn kakak tu lg dahsyat.mcm nk masuk meminang je tp yg klu sebelah laki ok la,ni sblh pompuan.x logik plak.huhuhu

single bez ley kua ngn sape je, tp klu da bosan cari la lagi.ngeee

azizan4444 said...

miss lolly a.k.a luvfareda,

siape gerangan mr lolly tu?name bole thn.hahaha!

Ivy Metaga said...

yg penting be yourself, kalo org tu tak dapat terima diri anda seadanya, carik yang lain lagi hahahahahha...lalalala

kumbang bukan seekor...
bunga bukan sekuntum...

Encik Azizan said...

Ivy Metaga,

caye la ivy,cam ad pengalaman je.haha

btol tu,
kumbang bukan seekor,
bunga bukan sekuntum

tp ingat,
kalau bunga tu jenis bunga tahik ayam kumbang pun xnk hinggap walaupun banyak..

MoOnEy said...

owh,
g2 ea??
xpenah alami la,
hehehehehe...
x de pengalaman dlm bab2 nie...

Encik Azizan said...

MoOnEy,

yeke x pernah alami? kalau blom kena2 pernah kn la nanti.hehe

asrizal wahdan wilsa said...

hai, salam kenal sobb

Encik Azizan said...

asrizal wahdan wilsa,

hai,salam kenal.:)

Post a Comment

Nak komen? Silakan.