Johan- Ozlyn Harap Perkahwinan Dapat Elak Kontroversi


Pasangan kekasih ini memang tidak lekang dengan pelbagai cerita yang kurang enak. 'Kemesraan' yang sering ditunjukkan oleh Johan Raja Lawak, 25, dan pelakon Ozlyn Wati, 28, di hadapan khalayak adakalanya kurang disenangi oleh banyak pihak.

Namun, baik Johan mahupun Ozlyn, walau dilihat cukup 'mesra', mereka akui masih tahu batas-batasnya. Dan kerana tidak mahu masyarakat terus mengecam, mereka merasakan ikatan perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mengakhiri kata-kata negatif itu.

Akhirnya, dengan sekali lafaz, Johan dan Ozlyn sah bergelar suami isteri pada 25 Julai lalu di Masjid Lembah Jaya, Ampang. Majlis pernikahan tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

"Sebenarnya, kami sudah lama merancang untuk berkahwin...sebelum timbulnya segala kontroversi itu. Tetapi, kesibukan nampaknya membataskan perancangan itu.

"Kami kemudiannya rancang untuk bernikah pada 13 Jun lalu, bersamaan dengan hari lahir Johan dan adakan majlis persandingan pada hari lahir saya pula iaitu 22 September.

"Tetapi sekali lagi, masa nampaknya tidak sesuai. Akhirnya kami nekad memilih tarikh 25 Julai lalu untuk bernikah dan mengadakan resepsi pada 26 September pula.

"Alhamdulilah, majlis pernikahan berjalan lancar. Saya berharap, selepas ini tidak lagi ada kisah kontroversi yang akan singgah pada kami," kata Ozlyn dalam nada ceria.

Pada majlis yang menyaksikan pasangan tersebut mengenakan busana ala-padang pasir itu, Ozlyn menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Ozlyn juga berkata, dia berharap tidak ada pihak yang berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis pernikahan mereka tempoh hari di atas faktor-faktor tertentu.

"Ahli keluarga saya dan Johan cukup besar. Memandangkan kami hanya bernikah secara kecil-kecilan di masjid, jadi kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat saja.

"Malah, ada juga saudara-mara yang tidak sempat kami undang. Begitu juga dengan pihak media. Insya-allah, majlis resepsi yang akan menyusul selepas hari raya nanti, saya akan mengundang rakan-rakan artis, saudara-mara dan media.

"Apa yang menariknya, saya juga akan adakan rumah terbuka sempena raya pada resepsi itu nanti. Ala-ala konsep 2 dalam 1.

"Dan pada majlis itu nanti, saya akan mengundang tetamu 'istimewa'. Tunggulah nanti," kata Ozlyn yang akui tertarik dengan sikap Johan yang tidak hipokrit.

Ditanya tentang kehidupannya sebagai isteri kini, tutur Ozlyn, dia akui tidak ada apa yang berubah kerana masing-masing masih meneruskan karier sendiri. Namun, ujar Ozlyn, dia tidak menafikan wujudnya perasaan kekok apatah lagi baru menjadi isteri selama empat hari.

"Sekarang ini masih kelam-kabut, baru nak cuba serasikan diri sebagai suami isteri. Saya pun masih belum sempat memasak untuk suami kerana selepas bernikah, kami sudah kembali sibuk dengan kerja masing-masing.

"Kalau saya tidak ada 'shooting' pun, saya akan ikut dia ke lokasi. Begitu juga dengan Johan. Sebab itu sehingga sekarang pun kami masih belum fikir destinasi berbulan madu.

"Tengoklah, mungkin selepas raya nanti baru akan kami fikirkan tentang berbulan madu," kata Ozlyn yang pernah dilanda gosip mengatakan dirinya pernah berkahwin sebelum ini.

-mStar

17 comments:

Anonymous said...

erm.. kawen artis.
smoga dorg ni.. berbagia ke hingga ke akhir hyt..
2 2 arts ini. oura x knl sgt. tp. xpa ka. kumne ckit ek.. aah. thniah la kerana mereka peka dengan apa yang masy nk. ini adlh amalan yang sgt baik bg arts.. tp.. kontroversi?dorg kawen sbb tu ker?alamk. ish2. mintk smpg la. dunia arts. wlu x kwen. ader jer kontrversi nyer. tp. tkut2 la.nnt klu dah kwen. populriti mkin krg. erm. tp.. xpala. wlu ct dah kwen. rmi gk yang msih mint dia. tp ada kurg gk kan.. mcm mawi gak. mesti fans dia dah kurg. sbb sudah dmiliki.. haha.. tp.. kwen ni bgus gk la. kdg2 boleh ttp mult sstgh pihk.. ape2 pun.. smoga dorg no bjya dan trs kecap kejyaan.. smgt..!!!

nifi a.k.a beliamuda said...

kahwin kan bagus...

noorafzan.blogspot.com said...

alhamdulillah..
makbul juga doa2 peminat diorang nih..
dah tak tahan tgk kemesraan melampau mereka kan...

LuVidA^^ said...

ouh da kwen ek?
bgs la..hehehe,,,
harap kekal la ek..smpai anak cucu cicit.
tp baju johan tu klakau lak..
name pon raja lawaks..
adeh

Dj Epoi said...

Bagus ar camgituh!!! benda yg baik harus dipercepatkan kan?

azizan4444 said...

Anak Gemilang,

harap2 la xde lg gosip slps ni..

azizan4444 said...

beliamuda,

kawen kan bez.hehe!

emak said...

sdp mata memamdang tgk dorg kawen.hehe

emak said...

LuVidA^^,

saya salah seorang peminat raja lawak.hehe

emak said...

Dj Epoi,

btol tu bro..bnda baik..x elok simpan lame2 takut dikebas org x pon makin banyak gosip dorang.hehe

semoga dorang bahagia ke anak cucu..aman dunia.

nurulhudalladdin said...

kne kontrovesi terus kawen..nmpk sgt ta ikhlas..hahahha ( ayat kecaman )...

Anonymous said...

raja lwk best ker? sy cuma pnh tgk stu slot jer dlu. masa jihn tu...
yang dialog dia ngn org tua dlm kpl terbg.. *_*

ezanykun said...

elok la dah kawen.. sbb org kata dorg ni cam over lak kat khalayak ramai.. siap peluk2 lg..

IxoR@ said...

Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang....

DilOt said...

elok la tu..bagus mendirikan rumah tangga...mendirikan masjid...byk yg dpt dihindarkan...

azizan4444 said...

si nurulhuda,

tu la psl kn,senang je..tp mntk2 la dorg kekal lame..x cm artis2 len..hehe

azizan4444 said...

Anak Gemilang,

bez2,lg2 klu si nabil yg bt lawak.hehe..mmg x kering gusi la.skit prt gelak

Post a Comment

Nak komen? Silakan.