Pakaian Yang Pupus Di Dunia


1. Kain Tungkek
Kain ni amat berlainan dengan kain songket kerana corak pada kain ini terlalu menjurus kepada simbol-simbol kesampahan dan kejijikan. Corak yang selalu disulamkan oleh perekacipta kain ini adalah seperti corak ulat-ulatan sampah-sarap, bangkai ayam, kotoran hidung, cecair yang keluar dari mulut kambing dan simbol-simbol setan. Disebabkan corak-corak tersebutlah kain ini akan mengeluarkan bau-bauan yang sangat bangsat baunya. Bau tersebut dikenali sebagai bau tungkek. Bertepatan dengan namanya kain tungkek, kain ini pupus disebabkan oleh jangkitan tungkek yang melanda pada pemakainya. Yang pasti bau sampah-sarap yang melanda adalah sabab-musabab ketungketan kain ini.

2. Baju Kekerusi
Seperti Baju Kemeja yang menjadi gaya hidup ofis pada masa kini, baju kekerusi pula adalah uniform rasmi atlit angkat berat Uganda. Baju ini direka khas untuk melatih bahu peserta angkat berat supaya tangan mereka lebih berstamina. Baju ini akan disulamkan dengan kaki kerusi di bahagian tangannya, tempat sandar di bahagian bahunya dan tempat duduk dibahagian perut. Namun fesyen ini membawa masalah kerana setiap kali dimana mereka berada, orang ramai pasti menyangka mereka adalah kerusi otomatik yang berjalan-jalan. Orang ramai akan megejar meraka untuk dibuat alas punggung ketika orang ramai berehat di taman. Kepupusan baju ini adalah disebabkan ramai atlit angkat berat tersebut mati kerana diduduki oleh para juri angkat berat.

3. Baju T-Shit
Baju T-Shit adalah modus operandi kepada baju t-shirt yang ada pada hari ini. Baju t-shit selalunya digunakan pada majlis keramaian seperti majlis kahwin-kahwin, majlis penyampaian hadiah dan majlis daerah tanah merah. Pemakai baju ini akan merasakan diri mereka tersangat riak tahap mentibang kerana bau-bauan yang hadir dari baju tersebut. Ini kerana semasa pemakai melalui di celah-celah orang ramai, orang ramai akan memberi laluan kepadanya dan menunduk sambil menutup hidung. Pada sangkaan si pemakai bahawasanya orang ramai sangat hormat padanya kerana pakaiannya. Padahal orang ramai menahan daripada nak muntah kerana bau taik yang amat dasyat tahap maharaja. Kepupusan baju ini adalah kerana sabun telah tercipta untuk mencuci pakaian jiran-jiran.

4. Spender Jeans
Kalau seluar jeans sudah ketat ya amat, apatah pula dengan spender jeans. Spender ini amat ketat-seketatnya sehingga tiada ruang untuk angin masuk. Spender ini tidak sesuai untuk lelaki dan perempuan tetapi ia hanya direkacipta dan sangat sesuai untuk superman sahaja. Tujuan superman memakai spender ini adalah kerana ia boleh menekan perut dan menekan di celah kangkang. Oleh itu semasa superman terbang, takdela nampak sangat 'adiknya' melanjut. Spender jeans ini sangat mahal harganya. Sebab itulah superman pakai spender kat luar sebab nak tunjuk spender dia tu mahal. Namun sudah ada superhero yang mampu memakai spender seperti superman tersebut iaitu spederman. Kepupusan spender ini adalah disebabkan...mana ada superman kat dunia ni, karut suma tu.

ps; sape blom amik award silelah amik ye...

16 comments:

senapang said...

cis kuang hajo je entry nih...

nak teguling aku..wakakaka

ops, sory terjd orang yg 1st post..hak3

einahnutayiffus said...

ceh..
jijan nie..
pnt hunny bce..
huu..

moonie said...

muahaaahaaaaa

lawoks!! mane ko amik nih? majalah lawak mn,ke create sendiri.?

emak said...

senapang,
teguling je..hahahaha.
susa tu nk jd 0rg 1st yg bg komen..
muakaka

emak said...

hunny,
ngeh3

emak said...

moonie,
lawoks sgt ke?
x lawok pom..
kui3!

moonie said...

haha..xderk la lawak sgt, aku x terguling pon cam senapang tuh..

niesah la! niesah!! said...

huhu~~ AGAK lawak..tp x fahamsgt ape yg cube disampaikan..huhu~~

emak said...

hahaha..bgs2...korang bace la utk isi mase smbilan korg.
muahehehe

emak said...

niesah,
x pyh pham sgt..klu paham nnti susah plk..teguling cm senapang jadinye..kah3

Tfaaaaaa said...

ahahhaa..
ok ni kelakar.
sesuai utk org3 yg xde bos diopis nye.
ngiahahaha

emak said...

hahaha,
curik tulang la tu..ngeee

nonna manis said...

hahaha...nasib bek bos xde nih...leh bace entry tu

kEy said...

argh...nekad mao carik spender tuh!

emak said...

nonna manis,
ni sume amik kesempatan nih..
bos taw abes la..hua3

emak said...

key,
hahaha!cari jgn x cari..

Post a Comment

Nak komen? Silakan.