Anak Sosilawati Kemuka Saman RM60 Juta

KUALA LUMPUR: Enam anak pengusaha kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada Selasa mengemukakan saman tuntutan ganti rugi berjumlah RM60 juta terhadap suspek-suspek yang terlibat dalam pembunuhan jutawan kosmetik berkenaan.

Tuntutan ganti rugi itu dikemukakan oleh Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati and Siti Nur Fatimah melalui firma guaman Kamarudin & Rakan-rakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka menamakan enam individu sebagai defenden iaitu kesemua yang dituduh terlibat atau bersubahat dalam pembunuhan ibu mereka.

Empat daripadanya ialah bekas peguam N. Pathmanaban, R. Kathavarayan, R. Matan and T. Thilaiyagan sementara dua yang lain ialah K. Sarawanan dan U. Suresh. Kedua-duanya mengaku bersalah terlibat membakar dan membuang abu mangsa iaitu Sosilawati dan tiga lagi ke dalam sungai.

Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, ditemui mati dibunuh di sebuah kawasan ladang di Banting pada 30 Ogos lalu.


-mstar

4 comments:

saya_arief said...

mane nak dapat 60juta tu...
huyooo..

Eazy Izzuddin said...

fuh lagi kaya makin kaya
xD

||| PöJìé PööH ||| said...

Ini dah macam menangguk di air keruh jer.. Melampau gila.. Patut minta hukuman berat jela

Love,
PojiePooh Abdullah

BD Fabregas said...

skg ni sume men saman jek.. daun serai belakang umah kena curi ngan jiran pn bleh saman..

Post a Comment

Nak komen? Silakan.