Simpan motor dalam bilik janda

Bila baca berita ni, nak gelak pun ada. Macam-macam karenah manusia.

MELAKA: Helah seorang lelaki yang sanggup menyimpan motosikalnya dalam bilik di rumah kekasihnya semata-mata bagi mengelak disedari jiran mahupun pihak berkuasa tidak menjadi apabila dicekup, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.50 tengah malam di sebuah rumah di Bukit Rambai, dekat sini, oleh imam dan polis yang membuat pemeriksaan selepas menerima aduan kehadiran lelaki terbabit ke rumah ibu tunggal berusia lewat 20-an itu.


Difahamkan, lelaki terbabit sering menggunakan helah meletakkan motosikalnya dalam rumah wanita terbabit, namun taktik itu gagal apabila diberkas sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).


Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika imam yang turut diiringi anggota polis tiba di rumah berkenaan, ibu tunggal berkenaan pada mulanya menafikan ada orang lain kecuali ibunya berusia 60-an serta anak tunggal berusia empat tahun.


Katanya, imam berkenaan yang tidak berpuas hati jawapan diberikan wanita terbabit kerana berdasarkan aduan menyatakan terdapat lelaki memasuki rumah itu lalu membuat pemeriksaan.


“Ketika pemeriksaan, lelaki terbabit ditemui menyorok di belakang pintu sebuah bilik dan lebih mengejutkan motosikal miliknya turut ditemui dalam bilik berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

-Metro






0 comments:

Post a Comment

Nak komen? Silakan.