LONDON: Seorang penjenayah Britain menggunakan kemudahan Facebook untuk menghantar ancaman kepada individu tertentu, lapor akhbar semalam.
Colin Gunn yang kini menjalani hukuman penjara 35 tahun kerana bersubahat membunuh dua orang berkata, dia akan membalas dendam terhadap individu terbabit sebaik dibebaskan nanti.
Sunday Times melaporkan, Gunn sebelum ini didapati bersalah mengarahkan pembunuhan terbabit dan diberi kebenaran membuka akaun dalam laman web sosial itu oleh pengarah penjara.
Dalam satu daripada tulisannya di Facebook, Gunn, 42, berkata: “Aku akan pulang satu hari nanti dan tak sabar merenung mata beberapa orang dan melihat ketakutan mereka memandangku.” Dalam tulisan lain, Gunn berkata: “Seronok apabila ada cara memberitahu kamu bagaimana keadaan aku dan sesetengah kamu akan menerima balasan.
“Sebahagian kamu mengecewakan aku dan akan menerima padah.” Sebelum dipenjara, Gunn mengetuai satu kumpulan penjenayah di Nottingham, tengah England, yang menjadi lokasi beberapa pembunuhan berprofil tinggi beberapa tahun lalu.
Sunday Times melaporkan, akaun Gunn di Facebook ditutup kelmarin.
Jurucakap Kementerian Perundangan Britain berkata, seseorang banduan hanya boleh dibenarkan menggunakan Internet untuk tujuan pendidikan, tetapi dilarang memasuki laman web sosial. - AFP-Metro
Lagi kisah mengenai ugutan melalui jaringan sosial facebook. Memang berani mereka yang melakukan perkara seperti ini. Terbaru mengenai seorang banduan yang menhantar ancaman kepada individu tertentu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Nak komen? Silakan.