Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.
Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.
Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.
Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.
-mStar
24 comments:
al-Fatihah..semoga rohnya ditempatkn disisi org beriman
al-fatihah..
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji`un… semoga rohnya dirahmati Allah…
.............................
biar betol...
al-fatihah
cepat nye tulis blog psl nie! hoho~ pantas dan efisyen. i like. anyway, takziah buat allahyarhamah. nk tnya, tan siew segala apa tu suami dia ke?
erm
yup itu suaminya
msh tlalu bnyk tntg yasmin ahmad y peminat xtau
apa pun
doakan kesejahteraannya disana
alfatihah
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji`un....
betulkan......???
alfatihah semoga roh dicucuri rahmat amin
alfatihah..
nape suami dia nama cina ek.. tak tuka nama melayu ker..?
al fatihah
satu kehilangan yg besar dalam dunia perfileman kan....
al-fatihah....
al-faatihah.
kalau x bace kt cni, xtau pon..hehee..
baby at|ey,
mekaseh2.ngee..aah tu la suaminya..bnyk perkara tntng yasmin org xtaw..
mizz^lady^muack,
aah..btol dan sahih..hehe
ezany,
tu la kn..aku pon bnyk gk xtaw pasal die..cm plik je klu x tuka..
LuVidA^^ ,
da bce kn..so da taw la skng.hehe
Al-Fatihah..
Al-fatihah..
al-fatihah.. lepas nie xde la iklan yg best2 kat tv dah huhuhu
out of topic--> bro xde la expert menoreh nie...tp tahu la... klu expert, seminit pun 6-7 pokok leh toreh...
Framestone,
tu la kn..krg skit iklan mnrik..cter yg berkualiti pon nmpknye xde lg.hehe
Al- Fatihah..aku pun baru tau semalam arwah takdak..
Tingat film Mukhsin arahan arwah...
Part Adibah Noor menyanyi time hujan.."mega mendung di angkasa..."...
Semoga roh berada dikalangan org2 yg beriman..Aminn..
kehilangan sorang lagi pengarah tersohor tanah air..apapun, al-fatihah..
Post a Comment
Nak komen? Silakan.