Cinta Itu Bosan Jika Si Dia ...?


Hai cinta. Buat pe tu? Kamu sihat? Dah makan? Ini adalah satu contoh ayat klise tetapi itu adalah hakikat bagi mereka yang sedang mabuk cinta. Bagaimana cinta anda dengan si dia? Bahagia atau membosankan anda? Saya harap [...]

Hai cinta. Buat pe tu? Kamu sihat? Dah makan? Ini adalah satu contoh ayat klise tetapi itu adalah hakikat bagi mereka yang sedang mabuk cinta. Bagaimana cinta anda dengan si dia? Bahagia atau membosankan anda? Saya harap semua berjalan dengan sempurna.

Cinta sangat manis sekiranya sifat memahami antara satu sama lain disemai dalam sanubari anda. Tetapi cinta anda dengan si dia akan lebih bosan sekiranya si dia ....

Kuat Cemburu
Semua orang tahu apa itu cemburu. Setiap kali anda bersama dengan si dia, setiap tingkahlaku anda diperhatikan sehingga anda rasa tidak bebas dengan kecemburuan yang ditunjukkan oleh si dia.

Meragui Cinta Anda
Setiap hari anda diajukan dengan soalan yang sama menyebabkan anda berasa rimas. Betul ke u cinta i? Apa bukti u cinta i? Ini adalah antara soalan yang boleh menyebabkan hubungan anda dengan si dia semakin jauh. Perlukah cinta itu ditayang dan adakah cinta itu akan tebukti dengan
luaran? Sedangkan saya yakin situasi seperti ini sebenarnya menjauhkan lagi jarak anda dengan si dia.

Busy Body
U keluar mana tadi? Dengan siapa? Semua benda yang anda buat dia nak tahu. Actually, ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap pasangan yang sedang bercinta. Diri anda bagaikan dikongkong dengan setiap gerak geri anda diperhatikan. Sampaikan mandi pakai sabun apa pun dia nak tahu. Hebatkan cinta?

Susah Nak Ajar
Semalam dah tegur, hari ini buat lagi. Tegur dan buat lagi sehingga anda sendiri muak dengan peragai si dia yang sangat degil. Bodoh sombong, Pandai tak leh tumpang, bodoh tak leh nak ajar, mungkin pepatah ini yang sesuai menggambarkan pasangan anda itu.

Kaki Kritik
Semua benda yang anda buat tidak betul. Ini salah itu salah. Semua bagaikan tidak bez bagi dia.
Perasan dia bagus dan betul. Arghhh bosannya cinta.

Saya nak senarai banyak pun takda guna kalau si dia tetap juga tak ubah. Betol x? Apa yang saya cakapkan di atas merupakan benda basic yang selalu si dia buat sehingga cinta anda amat membosankan dan tidak seindah apa yang anda impikankan ketika saat anda memerlukan cinta si dia. Mungkin anda sendiri mahu menyatakan hasrat hati anda kepada pasangan anda itu. Jom luahkan!

31 comments:

LuVidA^^ said...

kuat cemburu..hehek..stended la tu...:D

CikYana(",) said...

nice topic
semangat nk komen nie
lalalala

alhamdulillah wat mse nie
cinta saya dan dia
amat2 membahagiakan
:))

huahua kegatalan ku terserlah

Unknown said...

aku hari2 pun becinta...hehe...tp before kawin dgn after kawin lain...la ni tak leh nak majuk tahap gaban...la ni more to komitment....hehe

tp bercinta mmg bess...gaduh pun bes gak...hehe

denaihati said...

cinta ni kalau keterlaluan pasti akhirnya membosankan...sebab tu Islam suka yang sederhana

Ivy Metaga said...

semua di atas tu perlu tapi biar lah berpada2 kan enchek zizan???? *wink*

azizan4444 said...

denaihati,

stuju tu bro..sederhana itu indah sebenarnya..kalau dah cinta sejati sederhana pun manis.x payah nk lebih,tayang sana sini..orang yg tgk pon kadang2 muak...

Dj Epoi said...

Salam....

Tapi yang Indahnya memang banyak waktu bercinta....
Lpas kawin......sesi nak menyesuaikan diri tuh yg agak perlu KETELITIAN....

arrizz said...

psangan kna tau pranan msing2..jgn pntgkn diri..ada slah silp,dok bbincg..jgn ikutkn sgt mrah tu2..nnt kna jual,haha..

azizan4444 said...

Ivy Metaga,

mungkin kot tp depend individu tu sndri cmne nk menilai cinta mereka.

azizan4444 said...

al-Wann,

kalau laku ok la kot,takut org nk pndang sebelah mata pun tah hingin..naya tu.hehe

Ezad said...

Mane ade cinte tu busan...

Cinte is full of kalerpul wat....

kite yg warnekan..

s0 ad sipat2 kat ats tu memang sempurna lah insan bername manusia....

dari saye kepade sumer..

huuhuu... hek... 2,3 hri nie pale dh mcm "einstein"

Nine said...

Aku suka bercinta gak..
kalo ada 5 benda yg ko sebut tuh mmg prob skit la dlm hubungan...aku setuju..

Tapi cemburu tuh mesti ada sebab kalo tak cemburu means macam tak sayang plak...hehe..

Aku tak suka kapel aku yg busy body..semua dia nak tau..kdg2 rimas gak la..hehe..

Bab lain2 no prob bagi aku...syok bercinta nih, tak la kita rasa sunyi sgt...Muahss..hehe.

emak said...

Nine,

cemburu biase x kisah la kn..tp apa yg nak aku nyatakan jenis yg kuat cemburu..borak dengan kawan2 perempuan pun x boleh bgtu jgk klu laki yg kuat cemburu..lagi kesian aku tgk...hhee

lizz said...

kuat cemburu tu mende paling membosankan dalam relationship woo. seriously, aku tak suka.hehehe

noorafzan.blogspot.com said...

cemburu..
biar la bertempat..

jgn la tunjuk sgt rasa sangsi..

jgn la terlalu busy body..

give n take la.
jgn perasan bagus..
tegur ngan cara berhemah dan ada fakta.


lastly..
nak kritikpun guna la bahasa lembut..
jgn selalu..
macam diri bagus sgt..
haha~

Wardati Za'im said...

ayat klise tu mcm encik zizan da bese buat je. haha. oppsie. kantoi~~ :P

azizan4444 said...

lizz,

setuju 100%.hehe

azizan4444 said...

noor afzan,

bg yg suke kritik sy syorkn geng dgn ajai..hahaha!

azizan4444 said...

baby at|ey,

rahsia.hish.hahaa:p

ezanykun said...

aku dan rhea saling memahami.. itu yg paling penting kot.. hehe..

Anonymous said...

besa la.. tp kalu 2 2 ada sift ni. ada effct baik gk ni..
itu tnda nya ksih syg..
wakaka..
p.. kena sdrhana. jgn ktrlaluan. kerana ini akan mnmulkan rasa muak yg bpjgn. haha..
=)
hurm.. tp sy ada la gk sift2 kt atas ni..
wakaka. ngku ni.. hihi

IxoR@ said...

Cerita tentang CINTA memang sampai bila pun tiada penghujungnya....

mohdisa said...

bab cinta, ades.

Anonymous said...

cinta???? erm.....nothing 2 say :P

DilOt said...

yg penting kene saling memahami dan mempercayai...

pastu berbincang...kalau ada masalah....

haha..mcm dr love lak aku ni..tetttttt...

azizan4444 said...

ezany,

ko berdua memang role model la bro..hehe..semoga trus bahagia..

azizan4444 said...

Anak Gemilang,

bgs la klu ngaku..x hipokrit namenye tu..x gtew?hehe

azizan4444 said...

IxoR@,

agknye..cinta itu menarik untuk diperkatakan dan diucapkan..

mamai,wana,awiE,faten said...

haha,,cinta tuh penting ke?? huhu

emak said...

flip,

maksud cinta tu sgt luas dan objektif.nak kate penting tak jgak,nk kate x pntng pun x jgk..ntah la.hehe

Unknown said...

cinta tuh best lau si dia memahami.....biarla tak ensem pon, asalkan 'awak phm saya,saya phm awk'

~cinta tuh tak best bile 'ikut suke saya la, awk hak saya.'

~cinta tuh palsu bile 'arinih awk kata syg, esok lom tentu tetap sayang.'

~cintailah sape2 yg anda ingin cintai tp jgn berikan hati anda 100% kpd yg tercinta, tinggalkan sedikit unt diri sendiri..."

Post a Comment

Nak komen? Silakan.