Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Update Buat Si Dia, Sang Petang Yang Sejuk

Sekarang, untuk lebih tepat 2 3 minggu ni petang mesti hujan. Pantang masuk petang hujan nak muncul. Keadaan seakan akan berada kat negara Poland je, penuh dengan salji. Sejuk yang amat. Kalau yang jenis antibodi lemah senang nak dapat penyakit time2 cmni.

Dulu, 1980, Allahyarham ada nyanyi lagu hujan ni. Tapi sekarang xde sape dah nak nyanyi . Yang ada pun band hujan, band yang gwe layan suam suam kuku je. Selimut sama bantal melambai lambai sayu.


Lagi menarik : [http://bit.ly/bwbxlK ]

Aku, Dia Dan Kamera

Ditangannya, sebuah kamera DSLR berjenama Nikon D3000 dibawanya ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan. Seolah-olah orang yang tidak mempunyai matlamat hidup. Sekeping gambar diselit diketiaknya. Aku memerhati setiap inci tubuh itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan sekali tetapi banyak kali aku tatapi tubuh seksi itu ibarat melihat bidadari turun dari langit.

Aku tengok keadaan dia sungguh menghairankan kepala otakku. Melalui riak wajahnya, menunjukkan hatinya sungguh tidak tenang sekali seperti menunggu sesuatu yang pasti tidak akan datang menjelma ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Dia mengangkat wajahnya, memerhati dengan penuh teliti sepasang mata yang terdapat pada kepingan gambar yang dibawanya. Jauh di lubuk hatinya, gambar itu seolah-olah menyimpan seribu kenangan dalam hidupnya.

Jom sambung bace. Klik http://azizankadir.com/aku-dia-dan-kamera.html

Mencari Permata Yang Hilang

Dia masih di situ, berdiri di atas sepasang kaki yang telanjang tanpa menghiraukan guruh yang berdentum dan kilat yang seakan sabung menyabung diiringi titik titik hujan yang mula membasahi muka bumi. Baginya hujan adalah satu rahmat yang sangat ternilai yang diturunkan oleh yang maha Esa. Pohon pohon dan alam turut bertasbih memuji kebesaran Pencipta. Air mata turut bercampur titik titik hujan mengalir membasahi pipi yang dipenuhi jerawat jerawat liar.

Jom bace sepenuhnya. Klik http://azizankadir.com/mencari-permata-yang-hilang.html

Hakikat Bercakap Tentang Lelaki


Salam semua ape kabar? Dah lama saya tak bagi salam tangan kanan. Saya cakap jangan klik iklan kat blog ni. Korang klik juga. Nanti kalau saya kaya saya jadi sombong, riak sape yang susah? Jangan [...]

Salam semua ape kabar? Dah lama saya tak bagi salam tangan kanan. Saya cakap jangan klik iklan kat blog ni. Korang klik juga. Nanti kalau saya kaya saya jadi sombong, riak sape yang susah? Jangan tak klik. Klik cepat. Lu orang perempuan, bez ke jadi perempuan? Apa kelebihan?

Orang cakap saya asik sebelahkan lelaki saja. Memang la saya kan lucky laki,xkan nak sebelahkan perempuan pulak. Tapi kali saya nak masuk sebelah perempuan, bukan nak tuka jantina pula. Tuka jantina tu isu kite yang saya nak ceritakan ari ni. Skang saya di lamun cinta dengan sorang minah ni, jadi terpaksa lah saya masuk sebelah perempuan plk. Takut die merajuk pulak asik lelaki je menang.

Lu orang laki plak, bez ke jadi lelaki? Tu pun nak tanye, jawapannye bez la sebab buleh puaskan nafsu perempuan perempuan nakal kat lua sana tu. Walaupun saya orang laki saya gelak. Hehe! Saya punya banyak sebab kenapa saya gelak. Saya amik contoh paling dekat. Gambar kat atas. Sedara sedari kenal ke? Kalau lu orang nak tahu, tu pondan, bukan awek cun yang lucky laki duk cari skang ni. Jangan salah tengok, bukak mata hati.

Saya x paham dengan gologan macam ni. Tak seronok ke jadi orang laki? Menarik sangat ke dapat suntik sana sini, besarkan yang mane kecik, pejalkan yang mane kendur. Saya nak cerita sorang kawan, saya kenal tapi identiti die saya simpan dalam peti. Saya tanye die, "Lu pecerita bikin cerita sampai gempak mcm ni sekali? Tak puas ke jadi laki? Saya bla bla bla. Saya memang alergic dengan gologan macam ni lagi lagi yang duk lepak kat kedai mamak, bodi mengalahkan Steve Austin. Sabar bro. Tu dia cakap kat saya.

Ceritanya nye begini bro, saya asalnye bukan macam ni. Juga bukan pengaruh kawan kawan. Dulu saya lelaki macam bro, tetapi tiga pinangan saya ditolak orang. Macam mana saya nak terima semua tu bro. Hina kah saya ni bro? Selepas tu saya kecewa jadi lelaki dan jadi lah macam ni sekarang. Tu cite die pada saya.

Persoalannya, sape yang salah kat sini?Saya salahkan perempuan sebab terlalu memilih. Perempuan xkan terlepas. Sori awek awek. Haha! Ni kawan saya cakap, muka mengalahkan Ronaldinho, ada hati nak jadi perempuan. Hina sangat ke Ronaldinho sedara sedari? Saya serah kan pada sedara sedari nak kata apa. Tetapi ni la hakikat apabila bercerita mengenai sesetengah golongan lelaki.

ps; malam ni Kelantan lawan KL Plus
pss; pagi pula Arsenal lawan Az Akmaar. Penat syiok..

Seleksi Hari Minggu #1


Puas saya duk fikir tajuk yang sesuai untuk artikel kali ini. Rasenya sesuai sangat saya bukak segmen baru gosip hari minggu ni. Haha! Feel nak menulis makin berkurang sejak dua menjak ni. Mungkin idea [...]


Puas saya duk fikir tajuk yang sesuai untuk artikel kali ini. Rasenya sesuai sangat saya bukak segmen baru gosip hari minggu ni. Haha! Feel nak menulis makin berkurang sejak dua menjak ni. Mungkin idea terlalu banyak sampai xtaw nak tulis yang mane satu. Ntahla.

Kali ni, saya nak bawak satu tajuk yang agak panas. Isu yang selalu orang duk cakap. Tapi apa yang penting, ini bukan cerita politik. Juga bukan cerita artis kawin Datuk. Cerita hari ini kisahnya mengenai masalah dua jenis makhluk berjantinakan lelaki dan perempuan. Hidup ni memang x sah, apa jua masalah mesti dua jantina ni xdpt dipisahkan. Oleh itu, mari la sedara sedari kita bincang sama sama. Golongan pondan, nyah pun saya alu-alukan. Haha!

Ceritanya begini, pagi semalam saya sempat lepak bersama geng SEPAH. Tak lame, setengah jam je. Tu pun layan dorang kat radio je. Tajuk yang diutarakan pagi semalam cukup cukup menghangatkan telinga x kira la kaum Hawa ke kaum Adam. Tajuknya, antara lelaki dan perempuan: mane yang kuat cemburu? Jawapannya mudah je, tentu lah kaum wanita yang kuat cemburu. Bole ke? Saya melawak je. Ahakz

Saya ada pendapat sendiri tentang tajuk ni tapi saya nak bagitahu dulu pandangan dua orang pemanggil semalam. Pandangan pertama, saya kasik tau pandangan orang lelaki dulu la ye sebabnya kita selalu dengar orang cakap lady fisrt. Kali ni saya nak jantan first plak.Haha! Pendapatnya, orang lelaki dan perempuan sebenarnya sama je kalau cakap pasal cemburu ni. Tapi cemburu lelaki lain daripada cemburu perempuan. Dia cakap, cemburu perempuan boleh membuatkan seseorang lelaki berasa rimas sedangkan cemburu lelaki biasa biasa je. Akibat daripada perasaan cemburu tu, dia dan tunangnya berpisah.

Pandangan kedua orang perempuan. Menurutnya, dia berpendapat dengan pemanggil lelaki tadi dan menyifatkan sifat cemburu memang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita. Lelaki dan perempuan sama je tapi kaum perempuan tu janganlah menuduh kaum lelaki tanpa usul periksa dan kaum lelaki pulak janganlah asyik salahkan wanita je dalam hal seperti ini. Itu katanya.

Kata saya pulak, cemburu itu perlu dalam setiap perhubungan tetapi cemburu itu haruslah positive dan janganlah sampai ke tahap negative seterusnya boleh menyebabkan pergaduhan. Kesimpulannya, mengikut pendapat di atas kedudukannya adalah seri 1-1. Bagaimana nak menjadikan kaum anda menang? Anda sedara sedari ada jawapannya tersendiri. Selamat berhujung minggu.

.......... .......... .......... ..........


Salam ari selasa. Orang cakap ari selasa ari baik nak berbaik dengan bini. Itu orang cakap,bukan saya cakap. Rindu saya? Pasti. Saya dah tau aweks cun akan jawab macam tu sebab saya kacak. Artikel kali ini saya x bagi tajuk. Saya letak empat tempat kosong. Sedara sedari


Salam ari selasa. Orang cakap ari selasa ari baik nak berbaik dengan bini. Itu orang cakap,bukan saya cakap. Rindu saya? Pasti. Saya dah tau aweks cun akan jawab macam tu sebab saya kacak. Artikel kali ini saya x bagi tajuk. Saya letak empat tempat kosong. Sedara sedari isi lah dengan apa yang sedara sedari mau. Kalau xnak pikir, saya bagi contoh, empat petak kosong tu saya isi dengan ayat Azizan4444 seorang lelaki kacak. Tapi ari ni, saya xnak jadi kacak. Saya nak jadi laki x kacak tapi muka penuh dengan nur keimanan. Sebab? Sebab saya akan cerita kemudian.

Lu orang perempuan, kalau nak cari suami jadi perempuan macam ini. Tengok sendiri kat bawah kalau tak percaya. Itu hit yang saya dapat. Kenapa saya nak jadi laki x kacak? Kalau sedara sedara nak tahu, golongan wanita cun skang sudah bijak. Diorang nak pilih suami yang kurang kacak sebab kalau suami mereka kacak macam saya sudah semestinya menjadi rebutan perempuan perempuan nakal. Setuju? Bagus.



Itu adalah kelebihan untuk lelaki x kacak. Jadi kepada anda lelaki x kacak jangan mudah putus asa. Anda adalah calon suami baik baik untuk perempuan. Sekiranya masih xde perempuan yang mahu dekati sedara sedara, saya ingin katakan yang sedara x kacak dan xde nur keimanan. Jangan marah saya dulu, sebab ini kenyataan. Kesimpulannya jadilah lelaki kurang kacak dan beriman.

Tapi sedari sedari kena ingat, kaum lucky laki memang mengidamkan benda ni. nak tahu benda pe? Nah saya sajikan sedara sedari dengan klip video ni.
http://www.youtube.com/watch?v=ZRQ4oqzBxN4

Kalau saya perempuan, jumpa laki macam dalam artikel ini, saya akan sepak laju laju laki jenis binantang bertopengkan manusia.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm

Tua antara cerita menarik yang patut sedara sedari ambik perhatian. Babaiz.

Diam Bukan Tanda Takut


Tengok tajuk pun anda dah boleh agak apa yang saya ingin tulis untuk kali ini. Pernah dengar peribahasa kambing berak kapur? Okey x pernah, xpe. Pernah dengar plak frasa kawan makan kawan? Pernah. Bagus, sedara sedari [...]

Tengok tajuk pun anda dah boleh agak apa yang saya ingin tulis untuk kali ini. Pernah dengar peribahasa kambing berak kapur? Okey x pernah, xpe. Pernah dengar plak frasa kawan makan kawan? Pernah. Bagus, sedara sedari lah orang yang saya cari selama ini.

Ini adalah artikel pendek yang mana tidak melibatkan hati seorang perempuan manja mahupun awek kiut miut. Penulisan hari ini lebih berkisar kepada kehidupan berkawan. Hidup sangat sepi tanpa seorang kawan. Saya juga ada kawan, ada teman dan juga ada sahabat.

Dulu dan skang, saya punya seorang pacar lelaki. Eh silap! kawan lelaki sebenarnya. Kawan yang sangat memahami jiwa seorang kawan. Kawan saya ni memang pendiam orangnya. Lagi-lagi kalau bertentang mata dengan awekz. Kaku seluruh badan.

Alkisahnya, lepas balik dari kelas kawan saya mendapati laptop dia telah hilang. Perasaan kawan saya masa tu xyah la saya cerita, sebab anda pun dah boleh agakkan?. Siasat punye siasat, x silap lepas 2 3 hari jumpalah laptop kawan saya tu. Kat mane jumpa? Hanya Allah saja yang tahu, rupe-rupenya kawan die jugak yang amik. Kawan yang die anggap sebagai abang adik semasa susah dan senang. Tapi x sangka len plak jadinya. Kawan yang begitu baik sanggup mengkhianati kawan sendiri.

Apalagi, belakulah satu sesi pergaduhan. Memang teruk kawan dia itu dikerjakan oleh kawan saya. Berdarah satu muka. Nasib baiklah kawan saya itu terselamat daripada sebarang tindakan disiplin. Betullah apa yang saya selalu dengar, orang yang selalu senyap itu bukannya seorang yang penakut. Sebenarnya orang yang mulut bising tu lah yang penakut sebab nak cover ketakutan beliau. Betol x? Ntah la.

Kenapa, mengapa dan perlukah ada seorang insan seperti kawan kepada kawan saya ini?. Alangkah aman dan harmoni hidup tanpa mereka ini. Ingatlah kawan-kawan, berhati-hatilah semasa berkawan. Bagi saya, saya akan berkawan dengan sesiapa x kira baik ke buruk mereka tu. Tetapi perlu ingat, sekiranya mereka melakukan kejahatan silalah tegur dan jangan ikut serta. Bak kata pepatah, berkawan bia beribu, bercinta bia satu. Papai.

Nilai Daramu


Entri ini terpaksa saya rombak sebanyak tiga kali. Kali pertama saya sendiri x paham apatah lagi anda, untuk kali ke 2 saya paham mungkin anda yang tidak paham. Dan kali ke 3 dengan lancarnya saya menulis kerana saya yakin anda [...]

Entri ini terpaksa saya rombak sebanyak tiga kali. Kali pertama saya sendiri x paham apatah lagi anda, untuk kali ke 2 saya paham mungkin anda yang tidak paham. Dan kali ke 3 dengan lancarnya saya menulis kerana saya yakin anda akan paham apa yang saya hendak sampaikan.

Saya memang teruja bila bercerita mengenai dara. Maklumlah dara ni hanya pada perempuan saja. Tidak hairan, otak lelaki baik dan normal macam saya sering bergelodak untuk bercerita tentang situasi yang sering menjadi bualan masyarakat.

Dewasa kini, kita seringkali disajikan dengan berita keruntuhan akhlak dan moral dikalangan anak muda. Jika dirujuk dengan kaum perempuan, sebut je minah rempit, awek clubbing, awek kedai pelayan tersangatlah popular. Apatah lagi dengan koleksi 3G peribadi, memang berlambak dan hanya dengan klik jari on bluetooth pun ley dapat. Senang kan?

Persoalannya, di mana letaknya nilai dara anda sebagai seorang perempuan? Bagi lelaki senang, abes madu sepah dibuang. Saya tak nafikan itu semua. Kalau bercakap tanpa contoh memang susah kan? Okey, saya ambil contoh satu adegan rempit jalanan, terdapat sepasang jantina yang sedang berdansa dan tibanya di destinasi yang ditujui, mereka terus ke titik itu. Siapa yang rugi? Tentulah lelaki baik yang rugi kerana tidak dapat merasakan nikmat malam pertama bila berkawen dengan perempuan tadi.

Ada satu statement yang kita sering dengar, perempuan baik untuk perempuan baik. Eh! silap. Perempuan baik untuk lelaki baik dan sebaliknya. Zaman moden, boleh pakai lagi ke statement tu sedara sedari? Bagi saya, statement itu tidak boleh digunapakai selagi aksi dedah sana dedah sini dan aksi pelok cium berleluasa di kalangan remaja kita. Sapa yang harus dipersalahkan? Saya salahkan perempuan kerana mereka sering bermain dengan emosi dan tidak pikir soal hati dan maruah mereka.

Kesimpulan bahasa, entri ini diterbitkan semata-mata untuk menyelamatkan lelaki baik dan menginsafkan kaum perempuan. Sedarlah wahai kaum perempuan, jangan dah terantuk baru nak terngadah. Itu tidak ada gunanya. Nasi sudah menjadi bubur. Moralnya di sini, ialah saya telah aplikasikan apa yang telah saya belajar dulu. Sekian!

Kuasa Rambut Seorang Lelaki Kacak


Assalamualaikum. Salam tangan kanan saya dahului diikuti tangan kiri. Bak kata hidup, cinta itu perlu saling melengkapi antara satu sama lain barulah hidup aman harmoni. Tuan tuan puan puan, ini bukan ruangan [...]

Assalamualaikum. Salam tangan kanan saya dahului diikuti tangan kiri. Bak kata hidup, cinta itu perlu saling melengkapi antara satu sama lain barulah hidup aman harmoni. Tuan tuan puan puan, ini bukan ruangan 'sembang seks bersama kekasih'. Untuk pengetahuan sedara sedari, ini adalah keyword yang mendapat hit tertinggi untuk minggu ini selain Siti Nurhaliza.

Nampaknya, topic Perempuan..Oh! Perempuan agak panas jugak ye. Thanks kepada komentator yang memberi pendapat masing-masing. I luv Uols. Muackz. Daa. Nasib bukan bulan puasa ye, kalau tak, tak sampai tengahari dah kurus pahala pose. Hehe!

Berbalik pada topic kite kali ini, rambut sebagai mahkota seorang perempuan dan menjadi buah hati bagi seorang laki-laki. Puan puan, betol ke rambut dianggap mahkota bagi seorang perempuan? Saya nak keluar menghirup udara segar sambil mencari idea.

Selepas setengah jam lepak-lepak minum-minum, saya menyambung baki entri ini. Sebentar tadi saya ada memberitahu yang rambut menjadi buah hati bagi seorang lelaki. Mengapa? Sebelum mengulas lebih lanjut saya nak terangkan serba sedikit tentang persoalan yang saya ajukan sebentar tadi. Betol ke rambut dianggap mahkota bagi seseorang perempuan? Bagi saya senang, jawapannya betol. Perempuan begitu obses terhadap rambut, pantang jumpa cermin mesti mahu menilik, tak kira la cermin tandas ke, cermin tingkap ke, ada juga yang pakai cermin kereta untuk menilik keadaan rambut mereka.

Rambut adalah satu cara bagi seorang lelaki memikat perempuan. Di sini saya petik kata-kata seorang lelaki yang menjadi kegilaan perempuan di zaman kekachakan beliau dulu, George Clooney. Dalam satu temu bual dengan majalah In Touch, Clooney berkata: "saya menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga atau empat jam dalam bilik air pada setiap hari".

"Saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman. Bagi saya, itu (berjaya memikat wanita) adalah rambut. Jika anda mempunya rambut yang cantik dan kemas, anda kemudiannya boleh mencapai kejayaan terhadap perempuan". Clooney berkata, menjaga ketampanan itu merupakan satu tanggungjawab yang besar.

Di sini, terbukti bahawa rambut adalah menjadi buah hati kepada seseoarang lelaki dan juga madu kepada seseorang perempuan. Bagaimana anda seorang perempuan menilai rambut lelaki itu. Tidak dinafikan juga, sesetengah perempuan boleh terjatuh hati dengan seorang lelaki berkepala botak. No wonder la kalau seseorang lelaki itu menghabiskan masanya dengan rambut kesayangan mereka.

ps: lupekan sekejap topic mengenai perempuan syok sendiri.:)

Perempuan Lebih Boros


Boros adalah satu perkataan yang sangat sinonim dengan perempuan. Setuju atau tidak? Tepuk dada tanyalah iman. Memang tidak dinafikan ada juga sesetengah lelaki yang boros tetapi perempuan [...]


Boros adalah satu perkataan yang sangat sinonim dengan perempuan. Setuju atau tidak? Tepuk dada tanyalah iman. Memang tidak dinafikan ada juga sesetengah lelaki yang boros tetapi perempuan lebih boros dari lelaki. Boros sudah menjadi tabiat dan hobi bagi sesetengah perempuan itu.

"Tidak, ini bukan masalah utama saya! Saya hanya membeli belah, apa salahnya saya membeli belah? Lagipun saya hanya membeli belah semasa jualan mega dan bukannya setiap hari." Dialog ini datangnya dari salah seorang kawan aku yang bernama perempuan.

Dialog di atas menceritakan mengenai sesorang yang suka membeli belah walaupun pada hari hari tertentu. Mereka berbelanja tanpa memikirkan pengurusan kewangan mereka dan sifat mereka itu dikatakan boros. Ada sesetengah perempuan menyatakan dengan membeli belah boleh menenangkan fikiran, itu adalah tandanya dia seorang yang boros.

Alkisahnya, semalam aku ke kedai kain, nak cari kain untuk baju melayu. Maklumlah raya dah dekat kalau lambat lambat nanti tak sempat plak nak jahit. Nak dijadikan cerita, semasa memilih kain tu, aku ada menegur seorang awek ni. "Banyak beli kain, untuk kenduri kahwen ke?ni mesti baru dapat gaji" Ayat pancing yang belakang tuh.haha! Dalam kepala aku, gaji apa bendanya semalam baru 14hb. "Awek tu jawab la dengan selambanya, xde la ni semua untuk raya nanti. Kena beli awal, puasa pun dah dekat."

Agak agak korang la berapa pasang baju awek tu nanti ye? Bagaimana pula dengan anda wahai perempuan sekalian? Pikir-pikir kan lah.

Ok lah, aku nak sambung keje. chow!

Saat Pertama Kali Kau Jumpa Si Dia V1


Hai awek/amoi/gadis/cewek sekalian. Pekaba anda semua? Semoga sihat hendaknya. Bagaimana dengan pertemuan pertama anda dengan si dia? Adakah berakhir dengan pertemuan kali kedua atau stop di situ sahaja? Ini adalah realiti bukan sekadar fantasi. Situasi ini sering berlaku di kalangan [...]


Hai awek/amoi/gadis/cewek sekalian. Pekaba anda semua? Semoga sihat hendaknya. Bagaimana dengan pertemuan pertama anda dengan si dia? Adakah berakhir dengan pertemuan kali kedua atau stop di situ sahaja? Ini adalah realiti bukan sekadar fantasi. Situasi ini sering berlaku di kalangan remaja masa kini.

Hati-hati dengan pertemuan pertama anda dengan si dia. Kemungkinan kesilapan pertama yang anda lakukan itu sedikit sebanyak mendatangkan impak kepada diri anda sendiri.

Sebagai contoh, mungkin anda salah memilih pakaian. Pastikan penampilan anda sesuai dengan situasi dan perjumpaan itu. Elakkan menyarung sepatu tumit tinggi dengan baju yang seksi, apabila si dia mengajak anda ke taman bunga. Elakkan make-up yang berlebihan sehingga si dia kurang yakin bila bersama anda.

Jadikan pertemuan pertama anda itu sebagai sejarah awal percintaan anda berdua. Sekiranya si dia tidak menepati apa yang anda inginkan, jangan sesekali memberi harapan untuk pertemuan kali kedua. Namun, jika si dia yang anda carikan selama ini, pastikan anda ingin segalanya berjalan dengan lancar.

Apakah kesilapan yang perlu anda berikan perhatian saat pertama kali anda bertemu dengan si dia?
Bagi memastikan anda masih berpeluang untuk berjumpa dengannya buat kali kedua dan seterusnya, hindarilah kesilapan yang tidak sepatutnya anda lakukan. Mungkin kesilapan seperti ini tidak anda sedari. Berikut adalah antara kesilapan yang sering berlaku termasuklah saya sendiri. Hehe!

'You ni apa hal? Janji kul 2 tapi kul 4 baru nampak batang hidung. I penat tau tunggu you kat sini.' Jangan sesekali sampai perkataan itu keluar dari mulut si dia. Apa yang penting tepati masa. Datang lewat merupakan kesilapan yang sering berlaku pada pertemuan kali pertama. Bayangkan, untuk bertemu dengan anda, pelbagai perkara bermain di fikirannya, inikan pula kelewatan yang anda sendiri lakukan. Si dia mungkin merasakan kemungkinan anda mengulangi kelewatan itu pada pertemuan-pertemuan akan datang. Walaupun 10 minit anda lewat, ini tidak bermakna si dia akan menerima alasan anda dan ini boleh menyebabkan si dia hilang kepercayaan dengan anda.

Sebelum keluar, pastikan anda dan si dia telah membuat keputusan destinasi yang hendak dituju. Ini untuk mengelakkan anda berdua saling bertanya pada pertemuan nanti. Ingat, keputusan di saat akhir boleh menyebabkan anda berdua ke tempat yang membosankan. Mengetahui lokasi membolehkan anda merancang pakaian yang sesuai pada pertemuan itu nanti.

Aku yakin kesilapan seterusnya ini kebanyakannya dilakukan oleh kaum hawa. Mengajak teman untuk bertemu dengan si dia. Mungkin anda baru mengenali si dia dan masih menyimpan perasaan takut dan berhati-hati sebelum ditipu atau dianiayai oeh si dia. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mangajak teman untuk bertemu dengan si dia. Ini memperlihatkan anda seorang yang tidak matang. Sekiranya perkara ini berlaku, pertemuan pertama kali anda dengan si dia dianggap gagal.

Pastikan perkara tersebut dititikberatkan sebelum anda membuat keputusan untuk keluar bersama si dia. Ingat, kesilapan saat pertama kali bertemu boleh menyebabkan anda berfikir panjang untuk keluar buat kali kedua. Btol tak?huhu!

Ok lah korang, aku nak keluar jumpa dengan si dia jap. Nanti kita jumpa lagi. Papai.

ps: ada sesape yang nak berkenalan dengan Mr Lonely?