Wanita ditemui mati dalam longkang

GUA MUSANG: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui suaminya kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mereka di KM8 Jalan Gua Musang-Merapoh semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kedua-dua lelaki terbabit, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan wanita itu, ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi.
"Kedua-duanya direman hari ini bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, mayat Zainab Che Kob, 41, dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarganya.

Mayat Zainab ditemui dalam keadaan terlentang di dalam longkang dengan kesan kecederaan di belakang kepala oleh suaminya, Khiri Zam Mohd Naim, 30.

Khiri Zam berkata, isterinya keluar rumah kira-kira 8 malam kelmarin setelah merajuk dengannya kerana tidak memberikan wang RM100 yang dimintanya sebaliknya hanya menghulurkan RM50.

"Selepas isteri saya tidak pulang, saya mencari dan menemui selipar yang dipakai oleh isteri saya berdekatan longkang itu sebelum menemui mayatnya," katanya.
Beliau turut menemui coli dan seluar dalam Zainab yang disangkut secara berasingan di ranting pokok kayu berhampiran tempat mayatnya ditemui.

Khairi Zam berkata, beliau mengahwini Zainab pada April lalu dan tiga daripada 12 anak isterinya hasil perkahwinan terdahulu tinggal bersama mereka. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Nak komen? Silakan.