Slot Lestary TV3 - Asmara

MASIH menekankan mesej berkaitan masalah sosial di kalangan remaja hari. Drama bersiri yang mengisi slot Lestary di TV3 setiap Selasa jam 9 malam, bermula 31 Ogos lalu mengajak penonton menginsafi perbuatan negatif.

Drama 13 episod berjudul Asmara dilakonkan ramai pelakon baru yang mempunyai potensi di dalam industri hiburan. Mereka seperti Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi.
Drama yang mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga penulis skrip, Sharifah Abu Salem mengisahkan Zaliya lakonan Faezah Elai yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq lakonan Nazim Othman sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara lakonan Shaz Jazle mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui mengenai kehamilan Zaliya meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang satu kolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati lakonan Faralyna.

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa. Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri kerana terhutang nyawa.

Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, dia sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan. Asmara memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.
Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak menggugurkan anaknya dan merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?

-Berita Harian

2 comments:

eNaSaN said...

ttbe cam suka ngH ShaH tue..coz ttbe suka gaya rmbUt dia..ahaksss

Anem arnamee said...

salam.

drama ni best walaupun ramai pelakon baru:)

Post a Comment

Nak komen? Silakan.