Harga Gula Naik Lagi, 20 Sen Tu Banyak

Lepas solat jumaat tadi, mak gwe ajak klua cari barang. Gwe tanye la nak cari barang apa. Last2 nak beli gula. Gula kat dapur da abes katenya. Apasal mak tak beli semalam je, harga gula dah naik la 20 sen. Sampai je kat kedai runcit tu, dengar bising suara ibu ibu bercakap tentang harga gula yaang naik sebanyak 20 sen malam tadi.

20 sen tu kalau nak diikutkan memang tak banyak. Tapi kalau banyak kilo kita beli, memang terasa jgak la kenaikkan 20 sen tu.[...]


Ini petikan yang gwe amik dari kosmo;

Harga jualan runcit gula di pasaran dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram menjadi RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa mulai pukul 12 malam tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

"Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

"Harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini. Sebelum ini harganya 14 hingga 16 sen AS (Amerika Syarikat) bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen AS, jadi kerajaan perlu menaikkan harga gula," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kali terakhir harga gula dinaikkan ialah pada 13 September 2006 iaitu sebanyak 5 sen daripada RM1.40 kepada RM1.45 bagi Semenanjung manakala RM1.55 bagi Sabah dan Sarawak.

Jika tidak dinaikkan, Mohd. Zain berkata, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Bagi sesetengah individu memang tidak terasa sangant dengan kenaikkan harga ini. Tetapi Bagaimana dengan peniaga-peniaga kedai makan? Gwe rase makanan mesti mahal selepas kenaikkan harga gula ini. Kite juga yang kena tempiasnya nanti.

ps; lepas ni agak2 barang pe plak yang naik harga ye?

11 comments:

ZahirZ™ said...

erm.......tgk la nnti..air n mknan pon naik...adesssssssss

sI tEDI said...

bagi kita 20 sen banyak.

bagi derang... celah gigi pun x sampai!

misz benida said...

kna mnum air kosong la lepak kdai nti...huhu

Ivy Metaga said...

minum milo kosong hahahaaha..

happy new year zizan....=)

lieya orange M.I. said...

...bila la rokok nk naik harga sampai 20 ringgit...huhuuu

...happy 2010...=P

IxoR@ said...

makan di luar pun kena budget la ni sbb pastinya harga makanan pun naik...

tunggu je la...yg lain2 ada lagi yg naik ke tak...

dan lepas ni, kita akan tanya bos kita..." bos gaji tak naik ke?"

:P

rapheydhillo said...

salam en azizan,
ter'landing' kat sini secara tak sengaja. BTW, saya amat setuju harga gula dinaikkan. Amat bagus utk generasi akan dtg.. nak tau kenapa boleh baca pendapat kat blog saya:
http://rapheydhillo.blogspot.com/2010/01/teh-o-kosong-satu.html

my name is Ain said...

kurangkan manis dalam minuman dan makanan..lebihkan manis dalam senyuman..hahaha..

amalkan cara hidup sihat...maybe kjaan nk kurangkan jumlah pesakit diabetis..huu

Mawar Merah said...

kalau tak silap janji tak akan naikkan harga dalam masa terdekat, betullah tu, naik harga pada tahun baru, maknanya, lama tu....kalau tengok pada tarikh, berbeza tahun...

PutraRocker said...

tongkat ali satu...!woooot3

tenteraangin said...

mmg banyak beb... 20 sen leh beli cekodok tu...

Post a Comment

Nak komen? Silakan.