MELAKA: Helah seorang lelaki yang sanggup menyimpan motosikalnya dalam bilik di rumah kekasihnya semata-mata bagi mengelak disedari jiran mahupun pihak berkuasa tidak menjadi apabila dicekup, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.50 tengah malam di sebuah rumah di Bukit Rambai, dekat sini, oleh imam dan polis yang membuat pemeriksaan selepas menerima aduan kehadiran lelaki terbabit ke rumah ibu tunggal berusia lewat 20-an itu.
Difahamkan, lelaki terbabit sering menggunakan helah meletakkan motosikalnya dalam rumah wanita terbabit, namun taktik itu gagal apabila diberkas sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).
Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika imam yang turut diiringi anggota polis tiba di rumah berkenaan, ibu tunggal berkenaan pada mulanya menafikan ada orang lain kecuali ibunya berusia 60-an serta anak tunggal berusia empat tahun.
Katanya, imam berkenaan yang tidak berpuas hati jawapan diberikan wanita terbabit kerana berdasarkan aduan menyatakan terdapat lelaki memasuki rumah itu lalu membuat pemeriksaan.
“Ketika pemeriksaan, lelaki terbabit ditemui menyorok di belakang pintu sebuah bilik dan lebih mengejutkan motosikal miliknya turut ditemui dalam bilik berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.-Metro

Gler, serius gler. Nak tergelak pun ada dengan penyebaran gambar bogel Mawi. Ternyata sekali gambar itu dieksploitasi dengan teknologi canggih masa kini, secara terang-terangan gambar itu adalah [...]
Gler, serius gler. Nak tergelak pun ada dengan penyebaran gambar bogel Mawi. Ternyata sekali gambar itu dieksploitasi dengan teknologi canggih masa kini, secara terang-terangan gambar itu adalah sumper impose. Kepala Mawi dicantum dengan tubuh seorang lelaki sasa. Hebat sungguh teknologi zaman sekrang ye.
Tapi itulah dunia artis, xde gosip xde lah artis, xde artis xde la Lisa Surihani. Hehe!
Lain pula cerita yang berlaku di Felda Taib Andak, Kulai jaya apabila rumahnya dipecah masuk oleh empat orang perompak. Dalam kejadian itu, dua perompak ditembak mati dan dua lagi dapat melepaskan diri. Suspek adalah lelaki Indonesia.
Semasa kejadia tersebut, ibu Mawi, kakak, abang ipar dan lima ahli keluarganya sedang tidur ketika rumah mereka diceroboh.
Susah jgak bila dah kaya, ingatkan makin senang hidup tapi tak mengapa, mawi kan kaya boleh upah guard la lepas ni. hehe!
Sebelum ni rumah 'Si Lanun' Orlando dipecah masuk. Ingat rumah lanun orang tak berani ceroboh ke?
KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.
Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.
Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.
Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.
-mStar