Di sebalik kecohnya kejadian 'sejadah berdiri' sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat, wujud lagi satu kejadian aneh antara mukjizat dan penyakit kulit iaitu [...]
Di sebalik kecohnya kejadian 'sejadah berdiri' sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat, wujud lagi satu kejadian aneh antara mukjizat dan penyakit kulit iaitu 'bayi al-Quran'. Dua kejadian yang saya rasakan banyak persamaan.
Bagi saya, fenomena aneh seperti sejadah berdiri bukanlah benda baru. Fenomena aneh yang bersangkut paut dengan agama seumpama kejadian ini sudah lama wujud dan tercatat dalam sejarah negara kita. Sebelum ini kita mungkin melihat objek objek dengan kalimah ayat ayat suci al-Quran juga kepulan awan yang muncul dengan pelbagai bentuk.
Saya akui ilmu agama saya tak seberapa dan boleh dikatakan cetek untuk bercerita secara syarat mengenai kejadian aneh seperti ini. Anda boleh rujuk kepada yang lebih pakar dalam hal seumpama ini. Saya lebih suka bercerita tentang pemikiran masyarakat kita hari ini. Masyarakat kita hari ini lebih mudah dipengaruhi elemen kemediaan daripada elemen keagamaan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Media tidak pernah ketinggalan apabila berlaku kejadian seperti ini dan mereka pastinya menguasai carta kisah kisah seperti ini.
Pada pandangan saya, kejadian ini adalah angkara budak nakal yang mempunyai agenda tertentu serta mengharapkan perhatian. Selepas menilai daripada kejadian pertama, saya tidak memberi perhatian kepada mana mana kejadian seumpama ini. Apatah lagi berlaku susulan kejadian di Pasir Mas, dituruti dengan siri jelajah sejadah berdiri di seluruh Kelantan apabila ia merebak ke Kota Bharu, Tumpat hingga ke Tanah Merah, tempat saya sendiri. Cuba anda fikir sejenak dengan logik akal dan mata hati bagaimana kejadian ini merebak dengan cepatnya seperti penyebaran virus H1N1.

Saya yakin setiap kejadian aneh di dunia seperti ini adalah takdir dari yang Maha Esa. Soalnya, perlukah kita menanti perkara ganjil seperti ini barulah kita ingin menginsafi kekuasaan Allah? Saya ada terbaca satu blog, adakah ini satu petanda kebesaran Allah S.W.T atau sindiran kepada umat Islam?
http://satuhala.blogspot.com/2007/11/kebesaran-atau-sindiran-dari-allah.htmlMungkin benar juga apa yang
dikatakan oleh Datuk Jamil Khir Baharom- jangan besar besarkan hal ini. Apa faedahnya? Fikir fikirkan lah.
Bagaimana pula dengan kejadian aneh yang berlaku di wilayah Dagestan, Russia, ada seorang bayi yang baru berusia 9 bulan, lahir bersama tanda lahir berupa ayat2 Quran dan hadith yang mengandungi nama Allah di bahagian2 tubuhnya?. Pada mulanya keluar nama Allah di bahagian dagu sebaik sahaja budak lelaki itu lahir.
Adakah perkara ini menyerupai dengan kejadian aneh sejadah berdiri? Mungkin ada benarnya. Pakar kesihatan sendiri tidak dapat menjelaskan tentang kejadian aneh ini. Walaupun begitu, mereka menafikan tulisan tulisan itu ditulis oleh manusia manusia pada kulit.

Adakah ini membuktikan kepada kita satu lagi kebesaran Allah S.W.T dan adakah Ali Yakubov membawa sinar harapan keamanan kepada penduduk Degestan?
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53
Hari ini juga media mengeluarkan berita bahawa rumah bayi tersebut mahu dibakar.
http://terkinidansensasi.blogspot.com/2009/10/rumah-bayi-al-quran-mahu-dibakar.htmlApabila bercakap mengenai kejadian sperti ini, media tidak akan terlepas daripada cerita panas mereka. Kita selalu dengar Islam itu mudah. Tetapi janganlah kita mempermudahkan dengan perkara perkara yang boleh menyesatkan kita. Saya tinggalkan anda dengan persoalan, adakah ini tanda kebesaran Allah S.W.T ataupun satu sindiran kepada umat Islam? Fikir fikirkan lah.