KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.
KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.
Tonton senario ops pocot full movie watch online disini. Senario ops pocot telah ditayangkan dipawagam pada 21 julai 2011 dan menarik ramai penonton.
Filem komedi senario mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya.
Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing.
Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).
Tujuan utama adalah untuk mengubah cara hidup masing-masing.Ikuti kisah senario ops pocot disini dibawakan khas untuk anda.
Kala Terbit Cinta mengisahkan tentang kehidupan mewah dan sosial seorang anak gadis bernama Juliana. Juliana lakonan aktres, Fauziah Ghouse merupakan anak tunggal kepada pasangan usahawan berjaya, Tuan Jailani dan Puan Maheran.
Sebagai seorang gadis yang hidup di dalam golongan kelas atasan, Juliana terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat yang mengamalkan kebebasan di dalam pergaulan.
Namun, kehidupan Juliana mula berubah setelah Dato Jailani mengamanahkan Munir, pemandu peribadinya menjaga Juliana sepanjang dia dan isteri ke Tanah Suci Mekah.
Akhirnya terjawab sudah kontroversi yang pernah dikaitkan dengan Faezah Elai, beliau sendiri mengaku menerusi murai.com.my bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujang dan akan mendirikan rumahtangga bersama pengarah berstatus duda yang sebelum ini pernah dikaitkan dengannya iaitu Heykal Hanafiah pada 9 September 2011 ini.
Faezah Bakal melangsungkan pernikahan di kampung halamannya Pulau Pinang, majlis resepsi perkahwinannya pula akan diadakan pada penghujung tahun ini di lokasi yang sama.
PETALING JAYA: Selepas Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Yana Samsudin menjadi mangsa akaun Facebook (FB) palsu, kini giliran aktres Lisa Surihani (gambar) pula mengalami nasib sedemikian.
Lisa yang turut memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM23 pada 25 Oktober lalu baru mendapat tahu ada pihak telah menyamar dengan menggunakan namanya menerusi akaun berkenaan.
Sehubungan itu Lisa terpaksa memaklumkan kepada para peminatnya tentang kewujudan Facebook palsu itu supaya orang lain tidak terpedaya dengan apa yang diperkatakan menerusi laman sosial berkenaan.
“Assalamualaikum kawan-kawan semua..! How are u guys? Lisa dapat tau ada yang menyamar jadi Lisa dengan “create” personal FB Lisa.
“Ternyata itu bukan saya ye. Harap tidak tertipu ya. Lisa tak nak “korang” semua dapatwrong info tentang Lisa dan aktiviti-aktiviti Lisa. Ini link ke FB palsu tersebut : http://www.facebook.com/lisa.surihani.Mohamed,” kata Lisa menerusi akaun Facebook sebenar miliknya.
Setakat ini, Lisa telah berjaya mengumpul 876,348 peminat. Pelakon filem Lagenda Budak Setan dan I’m Not Single ini aktif mengemas kini akaun Facebook miliknya yang betul iaitu www.facebook.com/pages/Lisa-Surihani.
-mstar
Drama 13 episod berjudul Asmara dilakonkan ramai pelakon baru yang mempunyai potensi di dalam industri hiburan. Mereka seperti Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi.
Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara lakonan Shaz Jazle mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui mengenai kehamilan Zaliya meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang satu kolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati lakonan Faralyna.
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa. Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri kerana terhutang nyawa.
Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, dia sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan. Asmara memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.
Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak menggugurkan anaknya dan merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?
-Berita Harian
KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Roslin Hashim (gambar),35, menegaskan produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu perceraian yang berlaku antara dia dan bekas isteri, Norhayati Othman,38. Roslin yang mengucapkan syukur selepas isu perceraian selesai pada Rabu menambah, dakwaan mengaitkan Raja Azmi hanya fitnah dan tidak sepatutnya ditimbulkan pada prosiding mahkamah rumah tangganya.
“Di bulan Ramadan janganlah membuat fitnah. Isu Raja Azmi tidak sepatutnya berlaku dan memang tidak relevan dalam kes perceraian saya.
“Saya juga dimaklumkan bahawa Raja Azmi akan mengambil tindakan undang-undang (saman) kepada mana-mana pihak yang mensensasikan nama dia dalam isu perceraian ini,” tambahnya.
Bagaimanapun, Roslin sendiri mengakui dia tidak berhasrat untuk berbuat demikian.
Mengulas mengenai perceraian itu, Roslin berkata, dia reda dan menerima apa yang berlaku sebagai takdir buat dirinya.
“Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Saya merancang perkahwinan itu kekal selama-lamanya, tapi ia tidak berlaku,” ujar Roslin yang percaya setiap perkara ada hikmahnya.
Roslin juga menafikan bahawa dia serik untuk mendirikan rumah tangga di masa depan selepas dua perkahwinannya berakhir dengan perceraian.
“Tapi tak tahulah kalau perempuan yang serik dengan saya,” tambahnya secara berseloroh.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada Rabu, mensabitkan bahawa Roslin dan Norhayati,38, sah bercerai talak satu dengan lafaz "I cerai you-lah".
Lafaz cerai itu dibuat semasa Norhayati bersemuka dengan Roslin di bilik nombor 533, Hotel Corus, di sini pada pukul 8.32 malam, 7 ogos lalu selepas mengetahui bahawa Roslin berada di bilik yang didaftarkan di bawah nama Raja Azmi.
Semasa lafaz itu dibuat, Norhayati bersama ahli keluarganya.
Roslin dan Norhayati mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu di Hotel Flamigo, Ampang, di sini, selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.
Ia merupakan perkahwinan kedua Roslin, yang sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinan pertamanya dengan Faizah Mohamad, 32, pada 30 Januari 2009 hanya mampu bertahan selama 12 hari.
-mStar Online

Membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta LCD TV tajaan LG, Tom, 25, juga akan mengikat kontrak rakaman bersama label rekod Warner Music Malaysia.
Tom yang sebelum ini pernah muncul juara vokal kontemporari di Pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun lalu, mendendangkan lagu medley kumpulan Search dan Bunkface, Isabella dan Revolusi manakala Senja Nan Merah duet bersama Mus dari kumpulan May.
Ketika ditemui di sidang media, Tom berkata, dia tidak menjangka akan memenangi pertandingan ini.
Sementara itu, Muhamad Hafidz Muhamed Kamal atau Apiz, 23, yang mendendangkan lagu Patri dan Farhana bersama Tia dari kumpulan Jinbara serta lagu medley Suci Dalam Debu dan Terharu mendapat tempat kedua, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan barangan LG Chocolate Phone (BL40).
Dalam pada itu, Maisarah Ismail atau Sarah, 22, memenangi tempat ketiga dan mendapat wang tunai RM5,000 serta set sistem home theatre HT964PZ dari LG selepas mendendangkan lagu Joget Lambak dan Gelora bersama Adam serta lagu Bunga-Bunga Cinta dan Senggol-Senggolan.
-Metro
Update laju laju selama 5 minit [...]
Update laju laju selama 5 minit
1) Pelawanan menarik antara dua musuh utama epl, Arsenal melawan Tottenham Hotspurs. Bet now. Arsenal 3-1 Tottenham.

2) Separuh akhir kedua di antara Kelantan menentang Perlis. Kelantan berbekalkan kelebihan 2 gol bertandang ke stadium Perlis malam ini. Saksikan. Bet now. Kelantan 2-2 Perlis.
3) Sehati Berdansa. Oh! Dyra. Chaiyok3x! Haha!
JOM LAYAN...

Aktor kacak, Orlando Bloom dikatakan tidak akan berlakon semula dalam filem 'Pirates of The Carribean' yang ke-empat. Orlando, 32, yang memegang watak seorang tukang besi Will Turner, menolak tawaran untuk berlakon semula dalam filem yang dibintanginya itu sebelum ini. [...]
Aktor kacak, Orlando Bloom dikatakan tidak akan berlakon semula dalam filem 'Pirates of The Carribean' yang ke-empat. Orlando, 32, yang memegang watak seorang tukang besi Will Turner, menolak tawaran untuk berlakon semula dalam filem yang dibintanginya itu sebelum ini
Beliau dikatakan menolak tawaran itu kerana mahu meluangkan lebih masa dengan pasanganya iaitu seorang model berusia 26 tahun, Miranda Kerr.
"Kesemua prouduser dalam filem ini pun tidak ada masalah dengan keputusan saya itu kerana kali ini mereka mahu menumpukan kepada watak Johnny Depp sebagai Captain Jack Sparrow.
Bertuah Miranda Kerr dapat teman lelaki yang setia dan begitu menyayanginya.
Satu lagi kejutan daripada Sandra Bullock, dikatakan akan meneruskan adegan bogelnya dalam filem terbarunya, The Proposal. Beliau merupakan produser dan aktress dalam filem tersebut dan akan bergandingan [...]
Satu lagi kejutan daripada Sandra Bullock, dikatakan akan meneruskan adegan bogelnya dalam filem terbarunya, The Proposal. Beliau merupakan produser dan aktres dalam filem tersebut dan akan bergandingan dengan aktor Ryan Reynolds.
Ryan Reynolds mengatakan dia sangat terkejut dengan keputusan Sandra yang mana sebelum ini dia yakin Sandra akan mengubah adegan tersebut tetapi beliau tidak sangka Sandra tanpa ragu-ragu mahu meneruskan adegan tersebut.

Setelah ditanya tentang adegan tersebut, beliau menjawab tujuan utamanya berbuat begitu adalah untuk membuat filem tersebut sebagai koleksi filem box office. Walaupun usianya agak lanjut iaitu 44 tahun itu bukanlah menjadi halangan bagi beliau terus beraksi bogel dan berkemungkinan akan diteruskan sehingga umurnya mencecah 70 tahun. Tambah beliau juga, setiap filem yang akan datang turut mengandungi adegan bogel.

Pada Shout! Award 2009 yang lepas Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor dalam kategori Best Vocal, ini menunjukkan negara kita tidak ketandusan bakat-bakat muda. Dengan kejayaan tersebut, diharapkan lebih ramai lagi [...]
Pada Shout! Award 2009 yang lepas Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor dalam kategori Best Vocal, ini menunjukkan negara kita tidak ketandusan bakat-bakat muda. Dengan kejayaan tersebut, diharapkan lebih ramai lagi bakat muda tidak kiralah hasil daripada program realiti tv sekalipun.
Sebelum itu, tidak terlewat rasanya saya mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza yang memenangi anugerah kategori Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta, malam semalam. Penyanyi nombor satu negara itu ternyata masih popular diserantau Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kemenangan itu sekali gus mengekalkan takhtanya dalam kategori itu selama sembilan tahun berturut-turut. Tahniah sekali lagi buat Siti Nurhaliza.
Walaupun keputusan muktamad APM'09 telah diumumkan tetapi ramai yang tidak berpuas hati terutama dikalangan artis Malaysia. Keputusan tersebut menyaksikan pemenang anugerah dimonopoli oleh artis Indonesia. Pada pentas APM kali ini tidak cukup dengan kontroversi itu ditambah pula dengan gelagat penyanyi Slank, Kaka.
Selain Siti Nurhaliza, Aizat dan Ayu turut membanggakan negara dengan anugerah yang dimenangi oleh mereka.
Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori:
1) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)- Aizat (Hanya Kau Yang Mampu)
2) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)- Ayu (Hanya Di Mercu
3) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik)-Kotak (Masih Cinta)
4) Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu- Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq
5) Artis Lelaki Terbaik- Afgan (Confession No. 1)
6) Artis Wanita Terbaik- Bunga Citra Lestari (Tentang Kamu )
7) Duo/ Kumpulan Terbaik- Yovie & Nuno (The Special One)
8) Lagu Terbaik- Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)
9) Album Terbaik- Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka
10) Artis Singapura Paling Popular (berdasarkan SMS)- Taufik Batisah
11) Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! (berdasarkan SMS)- Datuk Siti Nurhaliza
12) Artis Indonesia Paling Popular (berdasarkan SMS)- Yovie & Nuno
13) Artis Serantau Paling Popular (berdasarkan SMS)- Datuk Siti Nurhaliza
14) Lagu Paling Popular (Singapura) (berdasarkan SMS)- Impianku (Didicazli)
15) Lagu Paling Popular (Malaysia) (berdasarkan jumlah muat turun)- Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
16) Lagu Paling Popular (Indonesia) (berdasarkan jumlah muat turun)- Kul Cinta (Slank)
17) Anugerah Cinta Planet Muzik- Dik Doank
18) Anugerah Khas Planet Muzik- Band Gigi
Gambar: mStar

