3 ditembak mati rusuhan bantah bakar al-Quran di Afghanistan

KABUL: Polis Afghanistan menembak mati tiga peserta perhimpunan dalam dua kejadian berasingan di utara dan selatan negara itu hari ini selepas rusuhan tercetus berikutan kejadian membakar al-Quran.

Jurucakap polis berkata, seorang peserta ditembak mati dan empat cedera, termasuk dua pegawai polis selepas pihak keselamatan dan perusuh berbalas tembakan di luar ibu pejabat polis di Wilayah Baghlan.

Dua lagi perserta perhimpunan maut manakala enam parah selepas mereka berbalas tembakan di Wilayah Uruzgan.

0 comments:

Post a Comment

Nak komen? Silakan.